diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Tuesday, September 24, 2013

Makcik ABC bikin panas !

Tadi lepas aku balik kelas , cuaca panas , tekak tiba tiba teringin nak abc lah kan . Lepas satu selekoh tu ada lah nampak 1 kedai jual abc ngan air tebu . Kedai ni aku pernah singgah dulu masa mula masuk study . masa aku singgah dulu , dia jual abc rm 1.20 dalam cawan . Bagi aku harga tu setahun lepas pun macam dah murah sangat kan . Lagi pulak abc makcik ni pun boleh tahan sedapnye . Ada cincau , jagung dengan kidney beans , susu cair , susu pekat and of coz lah abc ada gula kaler merah dengan hitam tu kan . tapi takdelah grand macam abc kat bandor ada eskrem , laici tok nenek bagai . nama pon singgit doposen .

Disebabkan pelbagai jenis barang yang naik harga kebelakangan ni , aku tak jangka lah yang abc makcik ni akan kekal dengan harga rm 1.20 tu .So masa aku singgah aku pun tanya harga , makcik tu rilek selamber je , "singgit dposen jer" . aku sebenarnye tekejut jugak , tapi aku buat cool je lah . "ok makcik bagi 1 tapi nak dalam plastik".

 Tengah makcik tu buat , tengah dia dok pusing mesen ais tu dengan gigih nye , tetibe aku rasa macam kesian ke pilu ke tak tau lah  tengok makcik tu dok pusing mesen tu . aku dulu penah jugak terai pusing mesen abc tu kat kedai abc area umah dulu , lenguh beb tangan . aku pun order lagi 1 . 

tengah dia dok buat tu sempat aku nyembang dengan dia , "anak berapa orang cik ?" aku bajet anak dia dalam 3-4 orang lah sebab selalu kalau aku lalu ada 2 3 orang budak dok tolong dia. lagi sekali dengan selamber makcik tu jawab " 12 orang anak acik" sambil buat muka dono dok bubuh air gula . aku kat situ dah terbeliak , tersedak , terdetik semua ada . aku pulak selamber rilek je je "umangaih ramai nye!" makcik tu pun sengih je . dia dah biasa agak nye orang respon gitu . 

tengah aku dok nyembang tu jugak , mata aku sempat ler nengok atas meja tu ada cucur udang dalam bekas kuih tu , comey je udang seketol atas cucur tu , macam lazat jugek , aku pun tanya "cik ni camner kira ni ?" dalam kepala aku kalau ikut stendet kat bandor , cucur udang seketol 5posen , so disebabkan makcik ni punya abc pun dah murah , aku assume cucur dia dalam 5 ketol rm2 .

 Makcik tu untuk sekian kali nye jawab dengan selamber "3 , singgit" . Aku rasa macam marah tetibe . Dalam hati kata " woi pahal murah sangat ? " tapi respon segera aku kat makcik tu berbunyik ," uikk cik murah nye , balik modal ke ni ?"  dengan tenang dia jawab " alaaahh tu dah kira balik modal dah tu . bebudak tu (anak dia) makan je lebih . banyak makan dari jual". aku jadi lagi macam nak marah dalam ati , aku pun terus lah sound makcik tu " ehhhh cik , mana boleh . anak makan tu anak makan takpe . ni acik jual murah sangat ni " . rilek je makcik tu reply " takpe lah dik . hehe" sambil sengih lagi . aku rasa makcik ni kalau pegi bandor , makan abc rm 3 dengan cucur udang 5posen seketol mau pitam dia .

Dah nak ujung ujung pertemuan aku ngan makcik tu , aku tergerak bukak mulut "cik , barang semua sekarang dah mahal . Acik jual ni murah sangat ni cik . Tak boleh camni cik . Paling tidak acik naik ler abc tu singgit stengah ke kan " acik tu pandang aku senyum , dia balas " suami acik yang letak harga ni , anak2 pun ada jugak cakap jual murah sangat ". aku pun diam je lah . takkan aku nak bidas lagi lepas dia kata laki dia letak harga . takkan aku nak suruh dia lawan ngan laki dia . kang durhaka pulak dia ngan laki dia . tak masal je aku dapat saham .

Perbualan aku ngan makcik abc sampai disitu . total semua rm 3.40 . aku dapat dua bungkus abc dengan 3 ketol cucur udang yang sedap . sebelum aku nak balik , aku pesan kat makcik tu "cik esok kalau saya datang , jual abc singgit stengah tau !" .makcik tu balas  sengih je . Sebelum naik kete sempat aku trimas makcik tu , mintak halal apa dia jual . 

Aku rasa ni salah satu contoh orang yang tak pandai nak amik kesempatan atas orang lain . Aku cakap macam tu dengan makcik tu bukan untuk hasut makcik tu jual mahal ke apa , at least bagi dia meniaga tu ada untung sikit . Jangan lah sikit sangat . Dan mungkin boleh jugak dia bagi anak anak dia kehidupan yang selesa . Sebab masa nyembang tu , ada jugak makcik tu berseloroh pasal anak ramai , rumah kecik . kadang kadang mungkin orang kampung ni baik hati sangat lagi satu naif sikit pasal meniaga ni . Asal ada untung sikit , ok jalan . Bukan maksud aku diorang bodoh ye ! maksud aku mereka kurang pendedahan bidang perniagaan ni . 

Apa apa pun aku harap makcik tu hepi dan murah rezeki selalu . Orang yang murah hati ni korang pun tau kan , kalau tak kat dunia , kat akhirat Allah reply . 












Tuesday, March 12, 2013

#18 alahai PTPTN

Selesai urusan pinjaman PTPTN . berakhirnya sepuluh jam penantian giliran . aku sampai unisel dalam pukul 10 . pukul 7.15 aku sampai rumah . 

Alkisah , ada student yang menunggu dari jam 9 pagi , sampai pukul 6.30 petang , ditolak permohonannya . salah seorang student yang direjek permohonannye ni coursemate aku . dari sabah jauh meratau ke semenanjung untuk menuntut ilmu . dia ni pun sama jugak macam aku . menunggu lebih sepuluh jam . 

Ceritanya bila dokumen (sijil muet) yang sepatutnya ada dalam senarai lampiran , tak disenaraikan , dan tidak diberitahu secara langsung , mahupun tidak langsung . dan obviously , benda ni tak sepatutnya berlaku .

Student ijazah yang memohon melebihi 220 orang . satu urusan mengambil masa lebih kurang 10 minit . pegawai PTPTN yang menyemak ada kesemuanya ada 7 orang . maknanya ada 7 kaunter . 2 untuk diploma , 2 untuk ijazah dan 3 lagi untuk urusan lain . engkorang dah boleh nampak kan dia punya urusan akan mengambil masa yang sangat panjang . dengan lunch hour nya , dengan rehat minum petang nye . hehhhhhhhh

Releven nya kat sini , kenapa urusan penyerahan dokumen , tak dibahagikan kepada 2 hari ? memandangkan tempoh masa urusan tu yang agak lama . kalau nak buat satu hari pun , tak boleh ke PTPTN hantar lebih pegawai ? 

Itu tak masuk pulak student yang kene turun naik keluar masuk sebab pegawai ni langsung tak boleh nak tolak ansur . mostly benda yang diambil kira tu pun , takde kaitan pun dengan urusan PTPTN ni . macam cop timbalan dekan yang tak diterima sebagai saksi . kalaupun tak diterima , kenapa tak di bagi tau dari awal ? benda tu pun menyusahkan student . 

And student yang direject permohonannye pun , tak langsung diberi sedikit belas kasihan . sepuluh jam tu derrrr . ada yang tertidur , tertidur . yang skip kelas , skip kelas . apa lah salahnya , student yang tak cukup dokumen nye tu di beri pengecualian , hantar dokumen tu by hand ke , pos laju ke . ni tak . nak haritu jugak .   kalau tak , tunggu arus perdana bulan april . pehhhh . hancur hati dengar akak pegawai tu dengan suara lantang dia selamber je cakap , " kalau takde , tunggu april" . kau buta ke tak nampak sttudent tu tunggu dari pagi ?

Masa dok menunggu , ada sorang member aku punya member ni  bagitahu yang ayahnya baru meninggal 3 hari lepas . dia ada telefon pejabat PTPTN mintak pelepasan untuk hantar lewat sikit sebab nak uruskan hal arwah ayahnye , pun tanpa belas di rejek permintaan nya . terpaksa lah kawan ni yang asal dari terengganu ulang alik ke sini nak uruskan PTPTN . kalau tak , bulan april . kalau situasi tu jadi kat aku , dahlah mental diuji dengan kehilangan , lagi nak diuji dengan masalah PTPTN macam tu , memang langsung hilang semangat .

Kalau dapat bulan april , berkemungkinan besar untuk bayar yuran semester ni tak lepas sebab april tu dah penghujung sem . dan pulak yuran memang kene bayar sebelum exam .  kalau takde duit ? nak bayar pakai apa ? nampak tak semua tu boleh menyusahkan student ? 

Akhir kata , aku harap lepasni PTPTN boleh lah menimbangtara kan mutu perkhidmatan mereka . jangan lah menyiksa student yang nak menimba ilmu ni . lagipun student ni jugak yang bayar gaji engkorang pegawai PTPTN . kalau takde student yang kene bayar 4% interest tu , tak bergaji engkorang . 

PRU nak dekat . lagi senang kalau PTPTN dimansuhkan kan ? renung renungkan . dan selamat mengundi .

nota kaki : al-fatihah buat arwah ayah member .


Wednesday, December 26, 2012

#17 hilang bukan pelangi .

hari ini aku tak sedih lagi .
tak mengenang lagi .
tak berharap lagi .

kau kata kau suka .
kau kata kau sayang .
aku percaya .
aku dilamun cinta .

sampai satu ketika .
tiba tiba kau tak ada .
tiba tiba kau hilang .

kau tahu pelangi ?
pelangi petang yang datang baik selepas hujan?
yang memberi senyuman setiap insan ?
kau tau bukan ?

kau indah bagai pelangi .
kau juga hilang seperti pelangi .
tiba tiba .

tapi , aku jugak tahu .
pelangi kembali .
kau tidak .
dan aku tak mengharap lagi .
cukup dengan semua memori .
akan aku cari pengganti .
yang akan cinta aku sampai mati .
walau hilang seperti pelangi tapi tetap kembali .
terima kasih untuk memori .



Saturday, December 1, 2012

pencarian .

indah nya cinta yang tak aku sangka 
kau datang membawa duka , gembira dan bahagia 
aku tenggelam dalam arus cinta yang kau bawa 
cinta yang aku sangka kekal selamanya 
sampai satu masa
hilang nya cinta 
entah kemana
tanpa khabar berita 
hilang 
hilang nya cinta yang aku sangka selamanya 
hilangnya bahagia yang aku rasa seketika 
tanpa berita kau pergi 
tanpa kata kau hilang
aku yang tenggelam mencari langkah yang khilaf
persoalan yang tiada jawapan 
pertanyaan yang tiada tujuan
aku terus mencari 
kemana kau si jantung hati 
kemana kau wahai pujaan 
kemana kau wahai pembawa bahagia jiwa
aku masih menunggu 
aku masih menanti
andai kau terus pergi 
aku kan terus menanti 
hingga tiba saat mentari tak kunjung lagi

Friday, August 10, 2012

#15 UNTUK AWEK SAHAJA !

rasanya agak lambat lah kalau wa nak ucap selamat berpose sekarang ni . tapi ,wa pedulik hape . wa nak ucap selamat bepose gak . selamat hari raya nanti lain entry wa hapdet .

sebenanye wa bukan banyak sangat masa nak hapdet blog ni . wa punya assigment dah mengeverest , dateline pun banyak yang dah expired . wa sekarang bizi . tapi dek kerana kesian kan member wa yang amat memerlukan kasih sayang belaian manje seorang awek , wa hapdet gak .




ini bumi . beliau anak jati johor . tahap kehenseman kalau ikut bintang , wa bagi 7/10 . baik hati selalu belanje wa makan . baru baru ni beliau telah merasuah wa bukak pose kat murni untuk suruh wa carikkan awek untuk beliau .





berikut adalah hobi masa lapang beliau . beliau akan berasa tidak keruan jika tidak bergomol dengan dj controller beliau yang amat beliau sayangi . mungkin kerana tak ade awek yang nak kat beliau , beliau hanya mampu berkasih sayang dengan dj controller itu sahaja . 

beliau juga pernah bercita cita mewakili malaysia ke olimpik untuk sukan renang , tapi , beliau tak dapat kerana dulu beliau ada penyakit lemah semangat . beliau juga sangat cemburu melihat pandalela ke olimpik dan pulang dengan gangsa . beliau jeles sekali .





ini adalah haiwan peliharaan beliau . kata beliau , ini ikan siam mari .  tarak jual lain tempat . mahal harganya . tapi wa langsung tak amik pedulik . haiwan yang langsung tak membangkitkan nafsu wa .



ini adalah makanan kegemaran beliau . kata beliau , ini makanan dari surga . awek yang pandai masak chiken chop akan di utamakan .





beliau juga seorang applefag yang tegar . beliau selalu bagitau wa yang jam beliau mahal harganya walaupun wa sedikit pun tak kesah . 



hampir wa lupa . shisha juga makanan ruji bagi beliau . suda wa warwarkan kepada beliau , asap tu makanan jin , tapi beliau cuma memandang wa dengan ekor mata dan riak muka yang langsung tak kesah . 





yang akhir sekali , beliau banyak kali eksyen gambar ni pada wa . kata beliau , beliau nampak sungguh tampan dalam gambar ini . wa endah tak endah saja perbualan yang begitu . 


pada awek awek sekalian , yang single , tahap kecantikan 6-10/10 , yang tak banyak songeh , dan yang berambut pendek diutamakan , boleh kontek wa kat pesbuk . add je wa . jangan segan segan . k wa nak balik nak berbuka . bai .

tapi kalau rasa nak add wa semua tu lambat , bukak pesbuk , search : bumi ipang . nescaya korang akan jumpa makluk nama bumi ni . pm beliau . pasti reply !







Thursday, July 19, 2012

#14 bijak sikit lah bangg .

hellolooo . ada lagi yang tengah marah ? hahaha chill chill . barang yang lepas jangan di kenang ye . hahaha

wa baru je lepas jalan jalan kat pesbuk . tibe2 , jumpa satu status yang berbunyik ,


apakah ini ? takkan kwsp pun nak kaitkan dengan politik ? dulu masa kat sekolah , cikgu ajar kat depan lu pegi ponteng dalam jamban ke apa ? adoi .

berikut adalah komen komen yang diberikan . termasuk komen yang wa rasa bernas dari wa . 


bang , wa harap lu boleh berfikir dengan lebih bijak sikit lepas ni . lu dah lah pakai blackberry . blackberry tu smartphone tau ? so berfikir secara bijak sket . phone dah smart dah , tapi statement tu tak berapa nak semart . buat jadi bahan blog wa je . k wa cau lu . adiosaaa

Thursday, July 5, 2012

#13 khas buat abang rempit semua yang hensem .

aiyooooo . belog wa kena seranggg . abang abang rempit marah nauuu . hahaha . jangan ler marohhh ,hari ni pun nifsu sya'aban kennnnn . maroh maroh nanti tak hemsem . okay lah mandang kan ramai betul yang naik hangin , maka entry ini pun di ujud kan . yang xde kene mengene pun naik hangin , yang naik ekspi naik hangin , yang naik FZ naik hangin , yang naik motobot tu tak pastilah hangin ke idokkk  kan . sampai nak kumpul budak2 motor nak bantai wa pelbagai . adik maya sewwrraammmm nih !

wa bikin entry ni khas buat brado2 yang tengah hangin tu , dan sempena nifsu sya'ban ni , wa nak mintak mahap ler kalau lu orang terase . mahap kan lah penulisan wa yang seberapa ni . kalau lu orang tak mahap kan , susah wa kat padang mahsyar nanti . antara wa dan lu orang ade miskomunikesyen barangkali . lu orang ni pantang agak nya kalau sebut pasal rempit rempit ni . wa ni hidup di taman medan , surga permotoran . macam macam jenis manusia wa dah jumpa .wa memerhati keadaan sekeliling . maka , apa yang wa nampak , wa ekspresikan di belog ini . tak sangka pulak melatops entry ni . yang komen kat fesbuk kemain berjele jele , siap pm lagi . fren request abang abang emsem , tak berenti dari semalam ni .

pendapat orang lain lain , cara penerimaan orang pun lain lain . apa yang wa tulis , tu semua apa wa pikir . negara pun demokrasi kan . so tak payah ler nak ngamok ngamok abang abang semuaaaa . adik maya ni takde orang kenal pun . tak de orang pandang pun tulisan ni . maka nya , jangan lah rasa maruah tercalar bagai ye .

mohon jangan langgar wa kalau jumpa tepi jalan . wa dalam kelas ni . lect wa pun dah saun wa tadi . chalo beteh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...