diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Wednesday, December 28, 2011

HANYA DIA .

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Hanya mampu terserah
Moga cahaya tiba nanti


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya


Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

-ombak rindu-

Friday, December 23, 2011

IKLAN TAHAP GABAN


harini aku taknak membebel banyak banyak , aku nak buat iklan sikit je .  hehehe




kepada abang abang hemsem yang pakai seluar dockers , ni ado sikit promosi untuk kalian yang mahakarya hemsem kachak macho lagi bergayo .




DOCKERS PENDEK

Saiz : 28  - 36 inch  ( Saiz 95% tepat dan jitu) 

Warna : Hitam , Khakis & Cokelat ( Black , Khakis & Coco)

kualiti konpem de bomb uollsssss !

Harga :    RM 38.00   RM 28.00


Sebarang pembelian boleh dibuat secara Talian ( online )  

segala keraguan , kemusykilan , ketidak puas hatian , boleh rujuk kepada mr rudon - talian bayar sendiri 0162022553


kepada kakak kakak cun yang meletops letops , don't worry , biasa kita orang pempuan ni kalau tak shopping sehari tak sah kannn , kalau ndak jugak beli , boleh la beli kan untuk abang , boypren , suami , ayah dan yang sewaktu dengan nya . kalau takde semua yang diatas , boleh juga disedekah kan kepada jiran jiran yang terdekat . ngeh ngeh ngeh . selamat bershopping :D



Sunday, December 18, 2011

TUDUNG DAN ROKOK

hari ini aku kembali menulis . seperti yang sebelum nya . kalau ada yang perasan , ada kelainan yang berlaku kepada aku . tak nampak ? takpe , itu tak penting . hehe :D


rasanya aku belum lagi menulis selepas aku start masuk UNISEL . ya , aku dah jadi siswi unisel sekarang . topik yang aku nak perkatakan hari ni , tentang isu , tudung dan rokok .






korang pernah tengok perempuan bertudung merokok ? mungkin ada yang pernah kan . pernah tak korang melemparkan kata dalam hati seperti "ishh bakpe gini . tudung comey doh , sap okok pule . bodhoo " .


sebelum korang melemparkan kata hati itu , korang fikir dulu tak antara sebab sebab kenapa dia merokok ? meh sini aku nak tolong korang fikir . yelah , nak fikir tu kan susah . macam nak pegi menyangkul tanah . haha


semua orang pernah buat silap kan ? jangan tipu lah kalau tak pernah . yelah , aku tau ayat aku klishe . ada sesetengah pihak sekarang ni lebih menganggap perempuan yang tak pakai tudung tu normal la kalau merokok . kalau yang pakai tudung tu luar normal . kadang kadang ada yang sampai tahap mengeji .




korang fikir , andai kata seorang perempuan yang sebelum ni dia ingkar perintahNYA dan dia juga seorang perokok , tiba tiba berniat untuk berubah . tiba tiba dia nak ikut perintahNYA . dia dah mula sembahyang , mula menutup aurat , mula berpuasa . kalau sesiapa yang baca ni merokok , mesti tahu kan payah nya nak berhenti kan ? aku tahu . sebab tu banyak kempen kempen berhenti merokok diadakan .


atau korang nak dia berhenti merokok dulu baru dia boleh pakai tudung ? macam tu ? kumpul dosa banyak banyak sebab tak tutup aurat dulu ? sebelum ni entry aku tentang aurat tudung dan 3gp mendapat tentangan banyak pihak . yah , mungkin aku masih jahil masa tu .


apa yang aku tulis ni sememang nya bukan untuk membekap mana mana pempuan yang merokok mahupun mahu mereka merokok , mahupun apa apa yang negatif yang korang fikir . kepada yang rajin nau memikir yang negatif tu , bawak bawak lah fikir positif atau mungkin boleh cuba kaedah berfikir dengan lebih jauh dan bernas .


wallahu'alam , wassalam

Saturday, November 12, 2011

walau sekejap cuma , aku bahagia .

hadir kau kepada aku ,
suatu rahmat ,
suatu kebahagiaan ,
suatu kepahitan ,
suatu kesengsaraan ,
suatu kesabaran ,
suatu ketelusan ,
suatu perubahan .


mungkin kau tak erti ,
mungkin kau tak bisa mengerti ,
mungkin kau tak boleh hayati ,
tapi kau boleh cuba dalami .


tak pernah aku lihat siapa kau ,
dari mana kau ,
apa rupa ujud kau ,
bagaimana kau ,
apa ada kau ,
yang aku lihat hati kau .


permulaan yang indah ,
aku rasa hati kau ,
aku rasa jiwa kau ,
aku jumpa ikhas kau ,
aku temu cinta kau .


masa berlalu pergi ,
aku tak lagi mengenali ,
aku tak lagi rasai ,
aku tak lagi temui ,
kau yang dulu .


aku tak punya apa ,
aku tak seindah bidadari ,
aku tak semurni siti aisyah ,
aku tak sehebat saidatina khadijah ,


TAPI .. AKU PUNYA HATI .

Monday, August 15, 2011

malang tak berbau .

bulan ramadhan yang mulia ni banyak pulak dugaan yang aku hadap . tak pe . sabau je ler .

petang sabtu yang panas . jejak je aku kat umah baru balik dari keje , MAYAAAAAAAAAAAA OOooOOo MAYAAAAAA ~ meh tolong mama alih peti ais . =.= yeee maaaaaa.

settle aku alih petiais . baru hujung punggong nak cecah lantaiii , MAYAAAAA ~ pi amek ratu (nenek) cepat . nanti ratu tungguu lamaaa . =.= okayyyy maaaaa.

terbantut nafsu aku nak lepak tengok hindustan tv2 .


aku capai kunci terus gerak gi kg lindungan . umah pacik aku . amek ratu aku yang aku tumpang kan kat sane 2 hari sebab maaa gi loqstaq ngan abah . terpakse lah aku amek ratu yang dah overdue kat umah pacik aku tu . janji 2 ari je . tapi terletak 3 hari plak .


sampai je kat umah pacik aku , aku tengok ratu tengah rilek2 kat depan pintu . apa yang di ushar nye pun aku tak pasti . ushar jiran sebelah agak nye . si tayah(spupu aku) plak tengah tiarap sambil online . sebab kan aku ni dah lama tak berinternet , maka aku pun suruh la si tayah ni tlg nenek kemas barang . padahal dalam hati memang niat nak merampas takhta laptop yang dipegang nye , hahaha


sempat aku mengupdate status kat fesbuk . ratu dah ready nak gerak balik umah aku . haiiihhhh . cepat pulak ratu ni besiap . dah pasang turbo gak nye . biasa nye slow and steady je . haha


sebelum blah sempat gak aku gomol kucing gemok yang melepekk kat bawah kusi kekenyangan agak nye .


aku pun start enjin nak blah . cuaca nye memang panas terik kaw kaw punye . sampai je separuh jalan , aku rasa stereng aku lain macam je . rasa macam pelikk je . hati aku pun dah tak sedap . pahaalll lah stereng aku ni . stereng lah yang dipersalah kan masa tuu .


aku turun keta , aku tengok tayar . haaaaaaa . memang aku sangat sangat seronok masa tu . di bulan ramadhan yang mulia , di masa cuaca yang panas terik menggila , dan di tepi highway =.=




ini lah yang jadi . rim tayar aku dah cecah jalan . dengan ratu kat dalam keta lagi . hadoii . tambah pulak aircond keta aku rosak . balaa balaa . ratu ni mana suka panas panas . aiyooo . terus aku capai tepon aku . aku call maa . nasib baik lah hp aku ada credit time tu . kalau xde ? nayaaaa .


aku call maa , time time tu jugak la maa nak soal siasat aku . nenek ok ke ? macam mana boleh kene ? tayar pecah ke ? macam mana kau bawak kete ? macam macam lagi lah soalan yang agak menguji kesabaran time tu . nasib baik lah akak aku ada kat umah .


sploh menet lepas tu , nampak dah bayang banyang menatang kaler kunen (keta akak aku) lalu kat seberang jalan . ahhhhh . sampai pun . sepantas kilat aku pindah kan ratu kat menatang kunen . ratu mana boleh bia panas lama lama . kang cair mekap . hahaha .


nak tak nak kene jugak aku tukar tayar . aku pun konon konon reti , amek jet dalam bonet . jenuh jugak la aku nak pasang bende tu . 

nasib ade akak aku kat situ . kalau tak , terkapai kapai lah aku tukar tayar sensorang kat tepi jalan . nak harapkan ade abang2 hemsem ke macho yang tolong ? harammmmmm xde .

maka terkapai kapai lah aku ngan kak aku kat tepi jalan menukarkan tayar sambil ratu syiookkk dalam aircond . =.=


hajat dihati aku nak update banyak siket ari ni . apakan daya . internet yang lembap . dari pukul 12 sampai kul 5 baru aku siap update 1 entry . haiihhhhh .  

kepada gadis gadiss yang driving kat malaysia ni , bawak2 lah belajar dan mengenal apa itu jet , nut dan yang sewaktu dengan nye . nanti kalau kene kes macam aku ni , jangan harap lerr ade brade brade nak nolonggg . adiosss amigoss

Saturday, August 6, 2011

tohmahan keji , aku terima .

mulut mudah berkata . melemparkan kata dengan harapan darjat diri dipandang tinggi . tanpa menyedari keserongan pandangan insan lain . dengan sekadar melihat sedikit ciri , tohmahan dilempar tanpa usul . 


dengan hanya melihatr fizikal luaran , ciri dalaman dirungkai . aku tak paham. kenapa mesti macam tu ? tanpa memberui peluang untuk si mangsa menunjukkan sesuatu yang positif . tohmahan negatif terus dilempar .


sestengah orang kitra lebih selesa mempertikai dan menghakim orang lain berbanding menggunakan kebolehan itu terhadap diri sendiri . perasaan ingin tahu yang kuat juga mendorong neutron neutron minda berfikir kearah negatif . atau lebih mudah dirungkai dengan perkataan PENYEBOK .


bila difikirkan , rasa meluat bila berdepan dengan orang2 macam ni . memandang serong terhadap orang yang tidak pernah dikenali . bercakap pun tak pernah , macam2 dah keluar dari mulut . 


betapa typical nya orang kita dalam menjalani kehidupan . termasuk juga aku . manusia ada khilafnya , ada silap nya , tapi bukan kita layak untuk menghukum mereka . aku tak tau nak cakap macam mana . tapi aku lemah dengan orang yang mudah menghakimi dan menohmah . apa yang aku mampu buat , BERDIAM DIRI.


kepada rakan rakan aku yang menyokong blog aku ni , jutaan bilionn trimas aku lempatr kat korang . maaf sebab aku jarang update . laptop aku rosak , internet pun xde kat umah . cc sumber internet yang ada . tapi apa kan daya . ilham sangat tipis tatkala berada di cc yang hiruk pikuk orang penuh bermain game . akhir kata , selamat berpuasa wahai rakan rakan aku semua . terkasar bahasa , ampun maaf aku pinta . semoga tulisan aku tidak di alah erti  :)

Sunday, July 10, 2011

politik menghancurkan rakyat ? politik makan duit rakyat ?

kesukaran dan kepayahan yang aku lalui untuk aku mengupdate blog aku ni . mintak maaf la kat geng2 semua . demi untuk tidak menghampakan geng2 semua , aku sanggup lah bertapa kat cc ni perah otak nak update ni . ecehhhhh , macam bagus je statement aku :P  info sket , aku dah benti kerja kat hotel cekik gaji tu . and esok , isnin aku nak stat kerja baru . mintak2 semua nya okay . 


banyak gak bende yang best2 jadik sepanjang aku tak update blog ni . walaupun tak update tp readers still ada . btw , minggu lepas buah hati turun kl . jumpa parent aku . hehehehe . green light . and we have a very great time together .


anddd , aku nak cakap pasal ... BERSIH . sangat bersihhhhh ! menyusah kan orang , kannnn ?! aku tak paham betul lah . kan aku dah bgtau dulu . pasal politik ni , semua akan bawak bencana . macam entry aku yang lepas (klik sini) . 

dan ini yang aku dapat  hasil skodeng sana sini . jangan nak ambiga ambiga ye . apakah kebaikan perhimpunan bersih ? untuk semua ini ??

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam... tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!



andd , aku ade jugak dengar yang si ambiga ni ade buat khidmat percuma untuk org islam yang nak keluar dari islam . orang macam ni ke yang kita nak follow ? jangan kerana politik , agama tergadai .

aku dah penat ulang apa yang aku dah bagi tau . walau sesiapa pun yang memerintah , ianya tetap sama . bagi aku biar lah siapa pun yang memerintah . asalkan negara yang aku duduk sekarang ni tak berperang macam kat timur tengah or kat negara2 lain . 




kalau sesiapa yang dok kat area2 kl mesti pernah nampak bangunan ni kan ? kalau yang tak tau , ni aku nk bagi tau . ni lah bangunan UMNO . memang nampak gah ! pertama kali aku tenmgok bangunan ni , perkara yang pertama terkeluar dalam pikiran aku , HARGA ! bape juta duit rakyat yang digunakan untuk bangunan ni . untuk membina , juga untuk menyelenggara . demmmm !! bangunan ni dipenuhi dengan lampu yang boleh tukar2 gambo nye yongggg , memang lerr canggih abehhhh . koyak juge ler poket para rakyatt kannn ? tapi dah biasa dahhh berkorban demi pemerintah -,-


gambar ni aku dapat dari en google yaaa :D




setelah aku selongkar sana dan sini , bangunan UMNO yang bertingkat2 tinggi nya tu berharga lebih rm 360 juta !! demmmmmm !! itu baru harga bangunan tu . belum lagi maintenance bangunan tu nak buat  lampu lampu tu . kalau lalu kat area situ memang meriah oiii . kalau kawasan kejiranan aku masa musim perayaan -.-


apa yang aku kata ni , bukan untuk kondem sape2 . mungkin jugak kalau partui politik lain yang memerintah , akan ada bangunan lain yang terpacak .mana tau lagi tinggi . nak lawan sapa lagi hebat . sapa lagi meriah ennn


marilah kita bangsa melayu bersatu padu dan jangan lah melakukan sesuatu dengan terburu buru dan menyusah kan orang lain . aku tak pandai pasal politik ni . tapi apa yang aku nampak , apa yang aku faham , ini yang aku tulis . macam yang aku cakap jugak , aku budak umur lapanblastaun . jangan gaduh ngan aku pasal politik . tumbuk muka kau nanti !

cakap banyak pun tak guna , kuasa ada baru berkate .




Wednesday, June 29, 2011

PENGALAMAN YANG MEMBERI PENGAJARAN .

di suatu petang yang indahhhh , eceehhhhh , ingat ni karangan sekolah rendah ? hahaha . aku nak cerita pengalaman aku semalam . AKU LANGGAR ORANGGGG ! haha . yessss ! ni aku nak citer ni . 

semalam , lepas aku balik keje . pukul 7 , shira mmber aku ajak lepak bertiga ngan mmber aku lagi sorang si rika . nak ikut kan cerita , kitorang bertiga ni memeng berkawan rapat lah . diorang ni je kawan2 aku yang belum pernah jadi penikam belakang . huhuuuu

lepas aku balik kerja , terus aku gi amek diorang nak gi lepak . ikutkan nak pegi lepak bukit gasing , tapi dekn kerana menghadap kan jalan yang penuh sesak dengan kereta , kitorang pun patah balik nak pegi lepak minum . 


niat di hati nak pegi lepak dekat OJ PLACE . tempat makan yang akak aku bawak aku kelmarin . tapiii , malang tak berbau ....

kitorang bertiga ni memang dah agak lame tak melepak bersama sama . kalau lepak pun mesti x cukup korum . maka kami pun banyak benda lah yang nak di kongsikan . sesampai je aku dekat OJ PLACE tuu , aku parking . yang si rika dok meembebel parking aku senget . haiihhhhhhh , aku pun undur lah balik nak betulkan parking . sambil mulut mengomel , mata entah kemana , . . . undurrrrr .... unduurrrr ....


 GEDEGANGGGGGG !!!! ADOIIIIIIIIII .......!!!!!!!

wadefakkkkkkkkkk ...!! dalam hati aku .

im shacking , im shockkkk . apa aku nak buat ? tangan jadi sejuk . mula susah nak menapass . demmmmmmmmm !! aku langgar oranggg !! penyakit gelabah datang dah ni ..



rilek maya rilek maya . kata si syira . 

aku keluar kereta . WOIIIIII !! KAU BAWAK KERETA MACAM MANA HAA BODOH ???! jeritan dilempar oleh si pempuan yang aku langgar tu . aiyoooooo . 

**************************************************************




seribu kemaafan aku mintak kat situ . muka aku dah malu . badan dah ketar . first time kot aku langgar orang .  sebelum ni langgar pasu cik mon ade lahhh . semua orang dok tengok . pempuan tu aku tengok macam dah sakit sangat . aku ajak dia gi klinik dia xmau . aku keluar dompet aku bagi card aku . masa tengah gelabah apa pun aku x boleh nak pk . rasa nak nangis je time tu .


*************************************************************

pukul 10.30 pagi , tengah aku syiok tengok hindustan movie "3 idiots" yang memang awesome gilababeng  patut lah buah hati suggest citer ni . aku nangis kot tengok :') , henpon aku tibe2 bunyik . number tak dikenali . aku angkat . demmmm ! aku kenal suara tu . suara yang sangat bisa memaki aku semalam . 



mintak ganti rugi . rm 200 . untuk duit xray katanya . wadefakkkkk !!! langgar xde lah kuat mana . darah pun xde . patah pun xde aku rasa . okay . hati ngah cuakk , aku pun kata okay kak . saya jumpa akak hari ahad . bawak bill saya settle .

dalam hati aku mmg rasa ade yang tak kena . aku im akak aku kat fb . kak , minah yang aku langgar semalam tu mintak rm 200 . akak aku rilek je reply . "mintak dia bill clinik ngan xray filem semua . bia aku yang jumpa dia malam ni ." 


aku pun text minah tu cancel hari ahad , jumpa malam ni bawak bill dengan xray film .. setengah jam menunggu . no reply . aku tunggu dia punya reply .

tengah aku layan movie tu lagi , lepas 1 jam lebih kurang dia call aku kata tapayah bayar apa2 sebab dia dah buang recipt semua . hahahahahaha . wadefakk . kenapa dari awal aku tak perasan dia nak tipu aku . kalau dia nak mintak tuntutan kat aku takan la dia bodoh nak buang recipt semua kan? aku bodoh ke dia bodoh ? hahahahahaha



************************************************************************


untung ada akak aku . kalau tak sia sia aku kene bayar rm 200 . al maklum lah , akak aku pun keje dengan insurans . soo , memang dia sepatutnya tahu lah prsedure semua . okay , memang aku admit salah aku . memang kawan2 aku pun ada kata , kalau naik kete ngan aku , kene amik insurans . hahaha . BTW , SAPA NAK RENEW INSURANS KERETA , BOLEH CONTACT AKU . KAKAK AKU SUPLY INSURANS KERETA :P


kita kalau tengok orang tu macam bodoh2 jangan la buli dia . jangan la ingat dia akan kene tipu hidup2 . jangan lah amibik kesempatan dalam kesempitan orang kehh ? okay . manager aku ade kat sebelah rilek je aku update blog . hahaha . anddd ! jangan reverse kereta sambil sembang ngan member tanpa tengok belakang . musibah menanti !!!

Sunday, June 26, 2011

sekali main , memang ketagih la !

kenapa aku jarang menulis ? kenapa aku rasa macam malas menulis ? kenapa aku rasa macam busy sangat untuk menulis ?? kenapa ? whyy ? haha . benda ni memang akan buat semua orang ketagih . siapa pun yan terjebak , memang akan tersekat dalam dunia nya . walaupun tengah makan , dating , kerja , atau apa je lah lagi lagi kalau benda yang korang buat tu bosan , korang akan teringat ingat kan benda ni .




mula mula , aku terjebak dengan benda ni , aku dihasut oleh buat hati  . dia ajak aku join benda ni . dia jugak yang bagi dorongan dan bimbingan aku untuk terus terjebak dengan benda ni . hari demi hari , ianya semakin menyeronokkan . memang beso syetann mebda ni . aku semakin hanyut dalam dunia nya . setiap hari aku akan berusaha untuk mendapatkan semua keperluan nya  . tanpa aku sedar , empayar aku semakin besar , semakin maju . aku terus hanyut .




masa aku seharian habis menghadap benda ni . mood aku bertukar ganti . setiap kali aku dapat benda ni memang sengihh je sebab buah hati aku dah refil semua bekalan .mood aku akan bertukar bila bekalan semakin sikit , dan lama kelamaan habis . aku berhenti . tapi tak bertahan . aku akan mencarinya semula . satu persatu aku bina . penuh kesabaran . inilah hasil nyaa !


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



besarkan empayar aku ? walaupun tak lah hebat mana . tapi aku tetap rasa empayar aku hebat ! hahahahaa . power lagi empayar buah hati . ni baru 2 minggu aku usahakan . tunggu lah sikit hari lagi .hihi . sebelum ni memang aku tak main menda2 ni . aku tengok orang lain dok sebok farmville la , fishville la , apa la , tapi sekali dah terjebak , memang payah .


walaubagaimana hebat pun empayar aku , aku tetap kene berusaha untuk memperluaskan nya lagi !!! dan sekarang aku memang marahh !! kenapa ??




tengokk ! macam mana aku tak marah ? so , kepada sesiapa yang main menda ni , dan gila kan benda ni , sila lah add aku kat fesbuk . aply jadi neighbour aku . hehe


kepada couple2 diluar sana , kalau korang rasa nak erat kan hubungan korang , aku suggest korang main lah menda ni . menda ni kira macam korang berlatih la nak bina rumah tangga nanti . benda ni memang akan mengerat kan hubungan antara korang . even dengan kawan2 pun . kalau antara kawan2 main menda ni , memang akan sentiasa keep in touch lahh .


seriusly , aku dengan buah hati kalau tak bercakap pasal empayar kami memang tak sah . si buah hati memang selalu membangga kan empayar nya dengan aku . tapi takpe . aku sedar empayar dia memang hebat dari aku . walau aku tau dia memang bijak putar belit main menda ni . hahahaha . tapi aku tak kesah , sebab buah hati hari hari bagi aku nafkah . satu hari 30k , 40k memang tak lari . dia jugak lah yang tolong aku battle hari2 dan lawan kebanyakan invaders tempat aku . hihi


k k . aku nak gi harvest askar2 aku yang aku ternak tadi . chiiaaawwww !

Friday, June 24, 2011

rezeki orang jangan kacau la weyyyyyy!

astagfirullah hal azim . tarik nafass panjang . aku sampai je tempat kerja , colleague aku kata makcik cleaner yang baru kerja seminggu tu dah berenti kerja . dalam hati aku tau dah kenapa . aku watlek lagi . tapi dalam hati membara ni . aku tau dah angkara durjana sape ni . lepastu membe aku citer lagi , nama aku diburuk kan dengan cerita yang bukan2 dekat manager . ewahh ewahhhh . ini sudah lebehhhhhh .


hati hangat membara tatkala mendengar cerita sumbang yang si bangsat merempat tu lemparkan dekat boss . dah la semalam , hidup hidup aku dengar dia bayeekkk punya cucuk boss suruh berenti kan macik cleaner tu . hanya sebab macik tu tak datang kerja 1 hari sebab kene pegi hospital .


hati tengah panas ni , ade pulak mat2 rempit ni bakar2 line dekat depan hotel ni dok test motor dengan bunyi bingit nya . ikut kan hati nakk je aku tabo paku . mana pulak aku nak cekau paku malam malam buta ni . kalau bullet stapler ade lah . mana nak lutt . ZZZzzzzZZz -.- ahh abaikan mat rempit ni . buang masa .


 bangsat mrempat ni betul buat aku hilang sabar . aku dah kata , sabar aku terhad . sabar is no more available untuk kau . depan boss , kau bukan main tunjuk rajin . semua staff lain semua kau kondem . aku pun tak tau cam mana boss boleh watlek je pecaye mulut bacin kau tu !

btw , ni name card aku . kalau nak book hotel , boleh la contact aku :P 


kau punye busuk hati bukan main merebak lagi bila kau tengok boss bagi puji aku macam2 , rilek je dia kata kat member aku , aku mengade2 , boss buat kan aku name card . kau nak jeles lebih apahal ? haremm lah perangai kau .


kau dah la bangla . merempat . takan aku nak kene tunduk dengan kau ? kau hidup senang lenang , aku pulak yang nak kene tunduk dengan kau . stakat aku tidur dekat kaunter sejam dua , kau nak report dekat boss , lepas tu nak check CCTV bagai ? kau memang dajal ! aku kerja 12 jam kau ingat tak penat ? hari hari 12 jam , mati la weyyyy!


bangla bingai ade hati plak nak feeling2 ngan akuuu . takk maluu , ade hati login fb aku , lepas tu selamber add acc fb kau . lepas dah 2 3 kali aku remove kau . kau ingat aku bodoh lahhh ? kau ingat aku tak nampak notification lah ? wahhhh , siap warning dekat member aku , cakap jangan buat taik dengan kauuu . kau memang dajal .

maaf kalau bahasa kasar . sabar dah terhad . bengang dah kritikal . 

Monday, June 20, 2011

12 sign you are in love .

semenjak menjak berbuah hati ni kann , heee , sengih je memanjang . ni sedikit info untuk anda jikalau kalau anda rasa anda pun tengah angau tak hengat dunia macam sayaa :P






12 sign you are in love .


1. You'll Read Her Texts Over and Over again.

2. You'll Walk Really Really Slow , While you're with Her.

3. You'll Pretend 2 be She , Whenever you're with Her.

4. While Thinking about Her your Heart will Beat faster and faster.

5. By Listening to Her Voice you'll Smile for no Reason.

6. While Looking at Her , you cant see the Other People around you , you can Only See that Person.

7. You'll Start Listening to SLOW Songs.

8. She becomes all you Think about.

9. You'll get High just by Their Smell.
  
10. You'll Realize that ,you're always Smiling to yourself , When you Think about Them.

11. You'll Do anything for Her.

12. While Reading this,There was One Person on your Mind the Whole Time..

Saturday, June 18, 2011

✓ abah = live . X abah = die

abah . itu nama yang akan aku sebut setiap hari . itu orang yang bersama aku setiap hari . sempena hari bapa ni , aku nak cerita sikit , pengorbanan dan kenangan lampau aku dengan abah . 

bagi aku , abah seorang lelaki yang sangat sangat tabah dan bagi aku , tak ada orang yang lagi kuat dari abah . tak ada sape boleh chelen abah . tak ada orang yang lagi hemsem dari abah . buah hati aku pun kalau chelen abah aku , dia jatuh tangga ketiga lepas abah dengan abang aku . hihi


berketurunan jawa , dan memang taff orang nya . jangan ada siapa yang kacau anak abah . lebih lebih kalau anak perempuan . memang cari nahas . kami tiga beradik , abang , akak dan aku . abah beri lebih perhatian pada aku dengan akak pasal kami anak perempuan . abang ada cerita kat aku , masa dia kecik , abah garang dengan dia . tapi lain pulak pengalaman aku . semua kehendak aku yang tak melampau abah akan tunaikan semampu nya .

adik beradik aku memang jarak umur jauh jauh . so , masa aku kecik , abang kakak aku dah besar . aku memang dengan abah 24/7 . oleh sebab itu , masa aku nak masuk tadika , memang sangat sangat susahh . dua minggu pertama abah terpaksa tunggu aku dekat kelas . hilang je abah , mula air mata meleleh , lepas tu meroyan macam kene sampuk . abah tak marah pun aku nangis . dia pujuk2 aku . setiap hari pergi dan balik tadika aku dengan abah . 

habis masa tadika , nak masuk sekolah rendah . lebih kurang sama ceritanyaa . tangisan dan jeritan aku menghalang abah untuk balik . seminggu yang pertama , abah teman aku masa waktu rehat . hantar aku pergi dan balik . start minggu kedua abah pesan , abah tak teman aku masa rehat . aku kene rehat sorang sorang . masa tu sebak , pilu , berkecamuk semua ada . lama lama aku dah biasa . 


lama lama aku dah biasa dengan sekolah . aku mula pergi dan balik sekolah dengan van sekolah . masa aku darjah 1 , abah akan teman aku hari hari untuk tunggu van depan rumah . tapi masa aku darjah dua , abah suruh aku tunggu van sendiri . masa tu aku sekolah pagi , aku ingat lagi aku nangis sedu sedan masa tunggu van . padahal aku tunggu van depan rumah je . ade lah 5 meter dari rumah .  hahaha . 


nak kata aku gedik ke , mengada ngada ke , lantak la asal korang bahagia . ini cara abah aku . dia pun tak bising apa . semua kenangan tu memang kelakar . sampai sekarang abah masih lagi bagi aku sepenuh kasih sayang . Setiap hari abah akan call aku dua tiga kali untuk pastikan keadaan aku . apa aku nak dia bagi ikut kemampuan . abah cuba bagi aku kesenangan untuk hidup aku . abah tak nak tengok hidup aku susah . aku sangat besyukur dapat abah macam abah . 

aku tak dapat bayang hidup aku tanpa abah . abah ibarat nyawa aku . kalau pintu perlu kunci untuk dibuka , aku perlu abah untuk hidup . tak ada yang lebih berharga dalam hidup aku selain abah . SELAMAT HARI BAPA ABAH . AIILAAFFCCHIIIUUUCHOOOMAASSHHHH ♥

nampak tak superbike kat header tu ? haaaa , maya tau abah nak moto macam tu . nanti lepas maya dah kerja , maya ada duit banyak . maya belikan untuk abah k . abah boleh la rempit rempit nanti . abah dah nak penceh kann ? haa , nanti boleh la dating nagan mama naik superbike . lepas tu boleh bawak superbike gi kebunn . fuhhhhhh ! stylo habis ! :D


sebelum ni aku tak pernah tunjuk gambar ahli keluarga aku , entry hari ni aku lampirkan gambar2 keluarga aku yang ibarat nyawa aku . 


ini abah aku yang emsem , yang sengih malu malu konon brad pitt tu abang aku yang seken emsem dan yang kecik tu iman haikal anak kepada abang aku merangkap anak buah aku . 

haaaa , yang tengah lentok lentok manja tu mama , yang senyum nampak gigi ala ala comel tu akak aku , and yang manis cun cun tu isteri abang aku merangkap akak ipar aku .

sayangi diri anda , hargai keluarga anda , pandu cermat jiwa selamat . (ehh iklan plak)

Friday, June 17, 2011

AWAS HACKER DIMANA MANA .

Hacking Malaysia berterusan. ! haaaaa , benda hack ni bukan baru . dah lama sebenarnye . tapi sekarang diorang ni dah berani menonjolkan diri mereka sikit demi sedikit . hoho . AWAS , HACKER ADA DI MANA MANA 
sekarang ni aku nak cerita sikit lah pasal hacker yang ada kat malaysia ni . dan diorang ni pun bukan calang calang orang .

Beberapa kumpulan hackers telah melancarkan serangan keatas beberapa website/laman sesawang Malaysia seperti, http://www.tourmalaysia.com.my/ , http://ezi2care.jkm.gov.my/ dan banyak banyak lagii .

Kumpulan Hackers pemes dan selalu kita dengar :

-Anonymous

-RileksCrew

-DragonForce

Sebelum itu biar aku ceritakan sikit tentang sejarah mereka ni.

Anonymous

Kumpulan hackers antarabangsa yang mengumpulkan hackers di dalam 1 kumpulan bergerak dalam sesuatu operation/operasi. Tidak mengejutkan hasilnya mereka berjaya menyerang website negara dunia pertama seperti Amarika ! haha. Lebih mengejutkan, hackers kumpulan ini kebanyakkannya terdiri daripada golongan Muslims / ISLAM .

Terbaru, #OpTurkey telah berjaya menggodam laman utama kerajaan Turkey dan hasilnya, seramai 30 orang telah ditahan dan 13 daripadanya masih direman sehingga kini ! Cargas betui turki buat keja. hehe

Mereka melakukan perbincangan dan perancangan di ruangan IRC ( Internet Relay Chat )

Paling Terbaru #OpMalaysia

Main operation

-DDoS http://www.malaysia.gov.my

Side operation

-DDoS subdomain of Malaysia's Goverment Sites.

Terbaru, mereka juga menggembar gembur ingin perhatian media untuk operasi Malaysia kali ini. Jadi, sasaran saluran media yang akan menjadi target utama mereka kali ini ialah UTUSAN MALAYSIA .

Operation Malaysia ini telah mendapat banyak sambutan termasuk Rais & Shahidan Kassim. Dan katanya beliau telah mengambil langkah berjaga jaga. betul ke?atau mengambil jalan mudah dengan menutup server ? hahaha .  berusahalah. sebab mereka tidak kenal putus asa. 

Sesuai dengan slogan mereka,

We are Anonymous. We are Legion. We do not forgive. We do not forget. Expect us. "Please expect them successful hacking gomen sites ! hahas..

Maklumat Sulit Tourism Sabah selepas di inject !

Target: http://www.sabahtourism.com/

Host IP:            119.110.108.198

Web Server:     Apache/2.2.3 (CentOS)

Powered-by:    PHP/5.2.10

DB Server:       MySQL

Current User:    belalang@localhost

Sql Version:      5.0.77

Current DB:      diana

System User:    belalang@localhost

Host Name:      sabahtourism.com

Installation dir: /usr/

DB User & Pass:          root:15d72c3f6d461c75:localhost

                        root:15d72c3f6d461c75:127.0.0.1

                        ::localhost

                        belalang::%

                        belalang:2219762c2a20b179:localhost

Data Bases:      information_schema

                        ahmoi

                        ahmoi10_02_2011

                        ahmoiORI

                        angela

                        corpUserMgmt

                        cpaneluser

                        dbmapserver

                        diana

                        dianaORI

                        dianatest

                        geisha

                        indexed

                        indexed_v2 

                        indexed_v3

                        jpgeisha

                        jpn_newsletter

                        kepkas

                        kepkas2

                        kinako

                        korean

                        limesurvey

                        malay

                        mulan

                        myquickpolls

                        mysql

                        partner

                        phplist

                        phplistjap

                        root@10

                        simbo

                        sphider_en

                        sphider_my

                        sphider_sc

                        sphider_tc

                        stbblog

                        stella

                        test

                        tourstat

                        usermgmtDeadlock

                        weather

                        web_visitors

                        webgallery

                        wordpress_jpn

Data Base: diana ,Table:userlist , Total Rows:392

 Maklumat Lanjut boleh tengok di http://pastehtml.com/view/ax3mejiup.html#more

Nampak ruangan password pada link tersebut? Merepek2 kn? Itu namanya encrypted.

Dan kebanyakkan orang tak tau jenis encrypted hash yang digunakan oleh kerajaan yang SUPERSAIYAHEBAT ni. !

Meh sni aku nk bgtau jenis hashnya. Kerajaan menggunakan NTLM Hash. So kalau korang nak tau password diorang, gunalah NTLM Decryptor or korang pun terer tahap SUPERSAIYAHEBAT jugak macam kerajaan, boleh decrypt sendiri. Haha. 

RileksCrew & Dragon Force

Ada sesetengah dari rakyat Malaysia telah terkeliru dengan Anonymous, RileksCrew dan DragonForce.

Anonymous dikaitkan dengan kumpulan RC ( Rilekscrew ) dan DF ( Dragon Force ) . Seperti yang dimaklumkan bahawa Anonymous ingin melancarkan " Operation Malaysia " dengan memberi tarikh / masa dan ruangan sembang mereka di IRC , namunpun begitu kini agak panas dengan isu DF yang menyerang beberapa laman Kerajaan Malaysia ( GOV.my ).

Sebenarnya mereka tidak terlibat secara langsung berkaitan DF menyerang beberapa laman kerajaan walaupun di logo DF terdapat nama Rilekscrew.


Dragon Force ( DF ) merupakan pecahan daripada Rilekscrew dan ini dibuktikan dengan corak serangan mereka yang lebih agresif berbanding Rilekscrew sebelum ini. Jika diperhatikan , DF lebih melakukan serangan pada laman utama ( homepage defacement ) dan disertakan dengan nota kepada pihak kerajaan tentang isu SKMM menyekat laman perkongsian , berbeza dengan RC yang lebih kepada soal keselamatan laman dan mereka hanya mengubah sedikit kod pada laman berkenaan bagi menyampaikan mesej.

Setakat ini, Dragon Force juga telah banyak menggodam laman laman terkenal di malaysia termasuk Politeknik Dan beberapa Facebook Account yang menjadi laman peminat Artis (Fan Page).

kepada awokawok diluar sana , jangan lah mendisplaykan email awok awok dengan rasa bangga nya , kerana awok awok hacker itu juga dengan rasa penuh kebanggaan akan menghack acc anda tak kira la facebook ka , myspace ka , apa apa la acc laman sosial yang ada . kang tak pasal kena buat acc baru .  

haa lagi satu nak pesan , awok awok yang pakai laptop canggih yang ada webcam , or pc yang ada webcam jugak , awas , kerana hacker hacker ini buleh meng ON kan webcam anda tanpa anda sedar . so jangan lah online sambil naked naked ke , or lepas mandi rilek je pakai baju depan laptop yang tengah on .  


kalau tengok orang tu bodo bodo ja , jangan dok perleceh dia . dalam diam dia sebenarnya lebih SUPERSAIYAHEBAT dari  yang hanya hebat diluar tapi sebenarnya ZERO . macam biasa , DON'T JUDGE THE BOOK BY IT'S COVER .

Ok la. Tak leh nak cita lebih dah ni.. ni pun dah terlebih lebih. Kena tangkap buta . gelap masa depan .  Bye bye.


Thursday, June 16, 2011

ambil jalan mudah ? kami dah biasa lagiii

elak digodam ? tutup server . takutt lettewwww . hahahaha . kan ada , pepatah , berani kerana benar takut kerana salah . lebih kurang kes macam ni . kalau kuat apa nak takut . ni nak tutup server bagai . hahaha . buat malu jaa . nampak sangat depa malaih nak pi kuat kan securiti website tu . nak jalan mudah punya pasai , macam tu lewww . hahaha . 

lepas ni bagi duit bejuta2 , buat website , lepas tu nak elak kene hack , tutup server . bijak bijak . kalau bab nak makan duit rakyat , memang bijak . kannnnn ??









Tiada kesan diceroboh
KUALA LUMPUR: Portal malaysia.gov.my tidak menunjukkan sebarang kesan pencerobohan seperti yang didakwa oleh kumpulan penggodam antarabangsa menggelarkan diri sebagai `Anonymous’ kononnya akan bertindak menggodam laman berkenaan pada jam 3.30 pagi tadi.


Sehingga jam 4.30 pagi tadi, laman berkenaan dilihat tidak mempunyai sebarang perubahan hingga menimbulkan tanda tanya sama ada Anonymous gagal atau berjaya tetapi dapat diatasi pengendali portal malaysia.gov.my.


Sebaliknya, kira-kira 30 laman web tempatan didakwa digodam oleh pihak tertentu disyaki penggodam tempatan yang terikut-ikut dengan ancaman Anonymous.


Antara web yang dikatakan digodam dengan menggantikan laman dengan nota amaran dan gangguan atau DDoS atau penafian perkhidmatan terhadap laman termasuk penang.uitm.edu.my dan tourmalaysia.com.my, manakala beberapa laman web seperti krustudios.com dan sabahtourism.com yang didakwa digodam Anonymous dan mengalami kebocoran menyebabkan ditutup oleh pengendali web masing-masing.


Pemantauan myMetro terhadap kebanyakan portal menggunakan domain .gov.my tidak dapat diakses, tetapi tidak diketahui sama ada berpunca daripada serangan DDoS atau pengendalinya bertindak menutup sementara laman berkenaan.


Ancaman godaman laman web malaysia.gov.my adalah cetusan tindak balas pengguna internet berikutan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses kepada lebih 10 halaman perkongsian fail yang popular dengan alasan perkongsian fail berhak cipta dan melanggar akta hak cipta. tempatan.


10 halaman yang terlibat adalah Warez-BB.org, ThePirateBay, Movie2k, MegaVideo, PutLocker, DepositFiles, DuckLoad, FileServe, FilesTube dan MegaUpload.


“Tindakan menyekat laman web seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks tidak boleh dimaafkan...ia sama seperti menafikan hak asasi manusia,” dakwa rakaman suara yang tersebar di laman Youtube sejak beberapa hari lalu.


Kumpulan sama dikatakan turut bertanggungjawab menggodam laman web Play Station Network, Mastercard dan Visa malah pernah menceroboh masuk laman web kerajaan seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia.


Minggu lalu Anonymous melancarkan serangan DDoS terhadap laman kerajaan Turki sehingga membawa kepada penahanan 32 suspek yang dipercayai anggota kumpulan itu.


Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pihaknya sedang bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan untuk merangka langkah keselamatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan serangan berkenaan.


“Sebelum ini laman sesawang kerajaan pernah digodam namun proses pemulihan berjaya dilaksanakan dengan kadar segera berikutan terdapat prosedur tertentu yang sudah dikenal pasti,” kata kenyataan itu. - myMetro


lepas ni nak hack , senyap senyap naaaaa :D 


btw, aku nak say tenkiiiiuueeeewww lerr kepada kerajaan yang menurun kan harga petrol sebanyak 10sen seliter kannnnn , setelah ianya dinaikkan bepuluh puluh ratus sen . tapii , kata makcik cleaner kat sini , nak dekat mengundi ni turun ler . satgi  lepas mengundi naik balikk . ada logik nya jugak tuuu :P 

Tuesday, June 14, 2011

konspirasi web 1pengguna ? tipu rakyat ? kami dah biasa ...

awal pagi aku bangun , err , xde la bangun sangat . tidur2 ayam je sebab semalam balik kerja kul 7am , aku dah tidur sampai kul 7pm . hahahaha . semalam dok gayut dengan buah hati sampai kul 5am . selagi tak abis credit , selagi tu cakap . dengki tengok credit ada . hihi .


pukul 6.40am dah terpacak depan hotel . macam biasa kerja aku , online sampai lebam . tengah dok online , nampak newsfeed kat facebook , pasal web page 1PENGGUNA . tentang betapa CIKAI nya webpage tersebut yang bernilai 1.4 juta !!




aku tengok pun memang cikai abis . dok pakai theme free . hahaa . aku rasa blogger biasa pun boleh buat page lagi function dari web tuu . 1.4 juta banyakk kott !! kalau bagi kat anak yusof haslam buat filem lagi bagus dia boleh buat duit tu jadi berganda ganda . kalau bagi kat member2 kelas aku pun diorang boleh create lagi bagus .



biasa la benda macam ni kalau orang dalam dok makan duit . ada kuasa dapat la projek . lepas tu buat kerja macam budak sekolah menengah . kerajaan dok membazir duit pi bayaq  compeny macam ni , lepas tu dok naik harga itu ini . alasan ? demi rakyat =.=''


aku pun ada google pasal benda ni . banyak jugak blogger yang duk heboh pasal benda ni . diorang kata web tu senang nak kena hack , simple nak mampos , dan lain lain . hahaha , macam biasa la . kalau benda2 konspirasi macam ni memang senang nak cover . kami rakyat malaysia bukan bodoh . 


apa pun , cakap banyak tak guna . bukan boleh ubah apa yang dah jadi . kalau makin banyak benda2 macam ni jadi , makin susah lah nak dapat undi kan ? hahaha . 

sumber gambar : google image 

Monday, June 13, 2011

TAKDE DARA DAN BANGGA ?

hebatnya penulisan yang membawa kehancuran . dikenali sekelip mata . hasil nya apabila apa yang keluar dari akal tidak menepati kehendak alam .


abang , abah , akak , mak aku  selalu pesan , kalau nak cakap , kalau nak tulis , biarlah sesuatu yang berguna . supaya orang tidak mengeksploitasikan apa yang dicakap dan ditulis .


isu hari ni ? hahaha . mungkin aku sedikit lewat mewarwarkan isu ni . biasalah . pending sikit . isu DATEN MILANO . budak EMPAT BELAS TAHUN yang MENGAKU TIADA DARA . hahahahahaha . SORRY LA KALAU AKU LAMBAT . 


sebelum isu ni terjadi , aku memang pernah dengar nama daten milano ni . agak tersohor lah nama dia diantara pengunjung tetap pusat membeli belah yang terkenal di bandar kuala lumpur iaitu PAVILION . kiranya , wajah tepian pavilion lah kan . mungkin dia jugak teman akrab kepada pak guard pavi itu . 


pada satu hari tu , aku tengah dok online cam biasa la kan , tibe2 kat news feed ada yang like page ADINDA MILANO EVANS . fuhhh , dengar nama pun dah hebat . bila aku tengok yang like nya , perrgghhhh . ribu riban . hebat gilaa ! dalam hati aku mula tertanya tanya . camner dia boleh jadi gila hebat cam ni . aku rasa dia cam biasa je . malas aku nak selongkar sana sini . aku pun wat tataw je lahh .





tibe2 semalam , aku dok tengah chat ngan buah hati sorang ni , dia ada sebut pasal daten milano ni . humanggaiiihhh , aku plak mula heran . sampai ke kedah pun nama dia terkenal . adoiiii . aku pun dok tanya punye tanya . akhirnyaa aku tau .



masuk surat khabar wehhhhh .! hahaha . BANGGA TIADA DARA . gila keeeewwwwll ! padah nya bila menulis bawak kan perangai hotstuff awak tu . hadoiii . lemah lutut bila baca .

lepas tu ada pulak hujah2 balas si budak hotstuff ni dok kata orang mempertikai dia , awat tak pi hamun pelayan pub la , itu ini . haiihhhh . kau dah buat lawak bodohh kau tu , kau hadap lah semua balik . kau takdak dara ka , takdak buntot ka , takdak gigi ka , buat diam sudah la . nak pi canang satu dunia buatpa ? kang kata bodoh marah . tapi memang bodoh .  




 
 hahahaha . yang ni betol lawaakk . rogol orang , lepas tu kene hukum bunuh ? ada ke ? yang aku tau pusher dadah ye lahh kene bunuh . kalau rogol kene sebab bontot je kan ? agak agak la nak citer gebang ponnnn . pastu ada pulak sawet sawet lain yang kono dok tenang kan dia kata itu ini . eleehhhh , nak jadi best fren letteww . 

ini lah jadi nya bila budak budak pandai dah guna internet . semua pekung dalam kain luar kain semua habis dibukak . tapi kau memang tere la . aku yang tungkus lumus perah otak tulis blog pon dua tiga orang je yang baca . tapi kau , satu entry , terus masuk surat khabar . mawi nak pemes pon kene tungkus lumus masuk AF . kau rilek je pemes sekelip mata . blogger blogger pon sibok tulis entry pasal kau en . hebat la kau ni . hahahaha . and kau cakap apa ? DON'T HATE ME BECAUSE I'M BEAUTIFUL ? keh keh keh . jangan lah dibawak perangai myspace kau tu . orang kata , bodoh tu jangan dibawak keluar rumah . buang sikit bodoh tu . kang melimpah .  

hahaha . okay lah . lepas ni kau jangan lah malukan mak bapak kau lagi . guna lah populariti kau tu tolong mak kau jual kerepek ke , jual kuih raya ke ehh . KEREPEK PISANG ADINDA MILANO?? kelaassss kau mariiaaa xD 







Thursday, June 9, 2011

haiwan juga erti kasih dan sayang


tengah kat tempat kerja ni , macam biasa lah aku punye kerja . online , tgk tv dan lain lain kan . tengah dok asyikk online , tibe tibe tengok kat news feed , ade orang share video . aku tengok tajuk video tu aku rasa macam malas nak tgk. sebab aku baca tajuk je aku dah tacing . 






tapi hati ni degil jugak suh bukak . mungkin ade sebab naluri hati aku beria nak tengok . mungkin nak beri sikit pengajaran dekat aku . 


well , tempat keje aku ni pakai streamix kan , boleh tahan lajunya . maka video tu pun tak ade lah buffering . tengah aku tengok , muka aku berkerut , dengan itu bejurai air mata ni . 


dalam hati aku rasa macam nak pi balik umah , peluk sume kucing yang ade kat umah , nak bagi dorang makan bebanyak . sobbss soobbss :'(


kepada mereka yang tak suka kucing tu , harap korang tengok la video ni . mungkin akan lembut hati korang akan suka kat kucing lepas ni . siapa tahu kann . 


k lahh . kang kalau aku tulis panjang panjang kang makin tacing lak . babai :/

Wednesday, June 8, 2011

rezeki jangan ditolak , maut jangan dicari .

hari ketiga aku bekerja . walaupun kerja yang agak membosan kan , tapi , banyak faedah nye . sepanjang tiga hari ni , apa yang aku buat kat sini ? 


1. online 
2. tengok tv 
3. makan 
4. online 
5. tgk tv
6. buli bangla yang kerja ngan aku ni , suh dia gi beli air dan dia yang belanja 
7. tidur 15minx3 tiap hari di meja receptionist ni .


seronok kan kerja aku ? hahaha . sama je macam yang aku buat kat umah . lebih kurang je . yang beza nye , aku kat umah mengabihkan duit , kalau kat sini aku dapat duit . hahaha . 




hari ni , aku tak tau kenapa rezeki aku agak murah . 3 orang customer beria ria nak belanja aku makan , dan ketiga tiga nya aku tolak dengan baik . sebab apa ? sebab iqbal (bangla yang kerja ngan aku ni ) dah belanja aku the manhattan fish market dengan kenny rogers . trimas kepada beliau . aku pon tak tau apasal bangla ni baik nau dengan aku . 


pukul 1.20 . macam biasa aku tgh dok nengok tv kat reception ni . aku nampak ade sorang customer india ni datang . dia memang dah 2 ,3 hari gak check in sini . aku tengok kat tangan dia ada 2 bag mc donald . aku wat lek je . dia masuk , aku sengih la cam biasa , 




tiba tiba , dia tanya . persoalan yang aku dah jawab semalam , "you sudah makan ?" aku sengih sambil angguk je . dia tanya lagi sekali . aku sengih lagi sambil angguk . "sudah , sudah" aku jawab rilek . dengan rela hati dia hulur bag mc donald tu kat aku . aku pun cam biasa malu malu meoww aku cakap " isudah makan laaa " pastu dia cakap , "tak paaa , i beli dua . untuk u satu ." aku pun sengih sambil cakap trimas . 


orang tua biasa kata , "rezeki jangan ditolak , bala jangan dicari ". kannn ? haha . jimat duit aku satu hari ni . makan minum ditanggung . huheeee :D


niat baik orang jangan lah kita sangka buruk . mybe diorang tengok aku cangokk je kat kaunter ni , tak de makan . padahal kat dalam ni penuh makan . semalam , ade mamat tu belikan nasi goreng , akhirnya tongsampah jugak. haihhh . lepas ni kalau agak agak makan tak abis je aku sedekah kat pak guard tu . 


pada sapa yang ada kat area petaling jaya , tapi takde tempat nak stay sehari dua , meh datang hotel tempat aku kerja ni . diskaunn baeekkk punye aku kasi . alamat ,

50,52,52A jalan pjs 5/30
pusat dagangan petaling
jalan selatan,46151
selangor 

or boleh call 03-77706887 , 03-77706880 cakap nak cakap dengan maya ye :) 

 

k lahh . mekdi sebelah aku ni belum berusik lagi . nak kasi settle jap . chowww :P

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...