diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Thursday, March 31, 2011

GARANG GARANG MANJE :P


anda takut dengan orang garang ? kenapa takut ? garang je kan ? tak makan orang pun . aku sangat tertarik dengan lirik lagu 150juta by fynn jamal . aku rasa korang mesti penah dengar lagu ni kann . antara rangkap yang paling aku suka ,


Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

 

aku ibaratkan , perempuan yang dalam lirik ni aku . sebab ramai yang cakap aku ni garang , kasar dsb . mungkin ada diantara korang yang anggap , perempuan garang ni susah didekati , remeh , cerewet dsb nye . mungkin dah sampai masa anda mengubah persepsi itu .perempuan garang itu sukar untuk didekati adalah mitos semata mata. ini bukan promote ye . tapi , betul .. maya tak tipuuu . hihi .
  
kadang kadang , garang ini tebit dari perasaan ingin menjadi tegas dan ingin menunjukkan kepada orang lain bahawa seseorang itu kuat dan mampu . tapi pada hakikat nya , seseorang yang garang itu lebih lembut hati nya dari seseorang yang lemah gemalai sifatnya .
mana yang anda pilih ? garang atau biadab ? aku mungkin seorang yang garang , tapi aku bukan seorang yang biadab . aku tahu batas kegarangan . aku tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh aku cakap . aku cuba control tahap marah aku . kalau dah nampak aku maki maki tu , itu memang marah tahap gaban betul lah .


ni aku nak bagi tau , orang garang ni , selalu nye , dye nak cover line je . nak cover sebab orang garang ni sebenar nya sangat lah hati tisu . so untuk mengelak kan orang memperkecilkan nye , jadilah mereka golongan yang garang . dan yang paling penting , orang yang garang ni sukaaaa sangat merajuk . sama lah macam aku . aku mengaku memang aku ni hati tisu . dan kuat merajuk .


MERAJUK ? haaa . kenapa perempuan suka merajuk ? abang kacak , abang hemsem , ni adik maya nak bagi tau . orang perempuan ni suka kan perhatian . lagi lagi kalau dengan orang yang dye suka , orang yang dye sayang . maka nya , merajuk tu sebab nak diberi perhatian tu . paham paham la ye . jangan la belagak sangat tanak mujuk . ishhh
kalau dah tau awek/tunang/bini awak awak tu suka merajuk , jangan ler buat dekk je . kesian la kat diorang . at least pujuk ler sesikit . jangan la buat tataw .

orang pempuan ni paling menyampah kalau diabaikan masa merajuk . dapat pulak masa tu ngah PMS . kalau yang dah kawen tu , memang tido luar ler jawab nye . haha .

cara nak pujuk ? alahh tak susah pun tapayah lah nak renang lautan api bagai . takat cakap lembut lembut , pujuk elok elok pun dah oke . tapi tak tau la kalau dapat pasangan yang high maintenance kann . pandai pandai la anda berdikari . tapi rasanya takde masalah kot kalau setakat nak pujuk . masa nak mengorat dulu bukan main lagi kata " gunung everest sanggup ku daki ", "lautan api sanggup ku renangi ", "sanggup berkorban harta nyawa " ,"kuganti sungai merah dengan darah" dan pelbagai lagi ayat ayat madah yang selalu kite dengar kann . takan nak pujuk siket pun nak merungut ?


rasa nya sampai sini je lah dulu ye , terima kasih banyak banyak yang sudi membaca . maya ucap tahniah ye . kalau ade awek/tunang/bini yang tengah majuk tu , g ler pujokk ye . maya garang siket takpe kannnn :)

Wednesday, March 30, 2011

MADE IN MALAYSIA .


setelah dua tiga hari aku tak update , ni baru lah sempat nak update . tiba tiba demam , selsema dan batuk menyerang . aku pasti yang baca blog aku ni semua rakyat malaysia sebab blog sememeh macam ni mana ada orang luar yang baca kan .

kau orang pakai tak barangan buatan malaysia ? aku pakai . tapi tak semua lah . banyak jugak dari luar . aku pun tak berapa nak pasti dari mana . tapi , ade jugak lah beberapa barang yang aku perasan yang ada kat rumah aku ni buatan malaysia . tapi hari ni aku tanak cakap pasal barangan buatan malaysia , tapi aku nak cakap anak malaysia dan filem dan drama melayu/malaysia(kita).
korang tengok tak filem/drama luar ? tengok kan ? bagus ? okay . memang bagus . aku pon tengok jugak filem/drama luar . tapi aku still sokong filem/drama kita . aku menyampah gila bila ada anak melayu yang lempar ayat "aku tak tengok citer melayu lah kat wayang " , "apa barang tengok citer melayu" , dan banyak lagi ayat yang memenyampahkan .
  
apahal cakap macam tu ? fikir dulu la sebelum cakap . banyak anak malaysia yang mempertikaikan filem filem buatan malaysia . dan kebanyakan nye anak melayu . aku tak pernah dengar pulak keluar dari mulut bangsa bangsa lain ayat ayat macam tu . sebab apa ? sebab anak melayu kita yang cakap macam ni , sombong dan berlagak .


aku tengok anak melayu kita bukan main lagi kutuk filem filem melayu . dan ramai vlogger dan blogger yang hebat pun mempertikai kan nya . aku tak nafikan vlogger dan blogger yang mempertikaikan filem melayu ni hebat hebat belaka . tapi kenapa perlu nak mengutuk filem kita ? kan lagi baik kalau korang buat vlog memberi idea baru daripada mengutuk .

aku rasa korang yang baca ni kenal kot siapa vlogger dan blogger tu . vlog dan blog mereka memang banyak viewer nye .
walaupun filem filem luar tu hebat , gah , tapi aku rasa kita tak boleh la nak senang lenang memperlecehkan usaha usaha yang telah dilakukan oleh anak tempatan kita . tak salah kalau kita sebagai penonton nak komen , atau bagi pendapat . tapi jangan la sampai mengejek dan memperkecilkan filem/drama kita tu .

kadang kadang , yang konon nye up to date sangat tu , speaking pun berterabur , ade hati nak kutuk filem/drama kita lepastu agung kan filem/drama luar . bila masuk wayang , dapat pulak citer omputih yang takde subtitle , mula menggagau . keluar wayang , konon konon paham . padahal sepatah haram pun tak paham .


kite kene gak fikir gak kenapa filem negara kita tak semaju filem negara luar . kalau filem/drama negara luar , penonton sangat menyokong mereka . rakyat negara diorang pon sokong . tak macam kita , baru tengok trailer , dah keluar macam macam dari mulut . lepastu , ade pulak tu , dah la beli CD CETAK ROMPAK , lepas tu kutuk macam macam . haiihhhh . kita kene fikir , bajet yang diguna kan oleh produser filem/drama luar tu sangat lah besar . nak bayar sorang star je dah sama harga dengan sebuah filem'drama kita . so , tak payah lah nak kutuk lebih , melainkan korang keluar bajet dalam doploh tiga ploh juta , bikin filem/drama sendiri .


atleast , anak tempatan kita mencuba untuk buat filem walaupun ada sedikit yang kurang . kalau nak harapkan yang mulut jahat dok kutuk kutuk tu buat filem/drama ? hampehhhs . merungut je lebih . tapi ada jugak filem/drama kita yang dah sama level dengan filem luar kan . aku tengok adnan sempit , hantu kak limah , dan banyak lagi filem lain sampai barai kot ketawa . haha .
so , lepas ni jangan lah kutuk kutuk filem kita . sokong sikit . mana tau lepas ni filem kita boleh sama taraf dengan hollywood dan bollywood . maka akan keluar lah , MALAYWOOD . haaaaaa :D


*DUA ALAM je filem yang tak berapa aku nak gemar . haha XD

Friday, March 25, 2011

HARAPAN .

tahukah anda bahawa harapan boleh membawa kepada kekecewaan ? ya . ianya adalah sangat realiti dan bukan mitos sama sekali . harapan tu juga suatu penyeksaan . pernah kan anda diberi harapan ? atau pernah kah anda memberi harapan ?
sebagai manusia , kita memang tak sempurna . tiada seorang pun manusia yang sempurna melainkan rasul muhammad SAW . aku pun pernah memberi harapan dan aku selalu diberi harapan . memberi harapan itu mungkin khilaf aku . tapi apa kan daya . aku manusia . dan aku juga diberi harapan dan memang ianya satu penyiksaan .

macam yang aku tulis dalam post aku sebelum ni , aku belajar dari apa yang aku lalui . aku jugak ada bagitau yang aku memang seorang yang sangat jujur dan berterus terang . nak kata nak tak nak kata taknak . kenapa nak beri harapan ? harapan selalu nya diberi dalam cinta . tapi bukan cinta sahaja . dalam kehidupan la senang cerita . tapi , yang selalu kita dengar dan lalui , harapan dalam percintaan .

sebabkan aku ni dah lalui pelbagai perkara yang mengecewakan , (cewahhh kecewa konon. hihi) aku belajar dari situ . lelaki zaman sekarang ni jenis pemalu kan ? haa , aku tak remeh . kalau aku suka aku akan bagi tau . kalau dye reject aku , aku blah . tapi maksud reject tu bukan lah reject direct(coverline xD) . aku tau cara dye bila dye tak berapa nak suka . tapi ada jugak lelaki yang macam malu malu meow kan . mereka mengada ngada siket . malu tapi mahu . kalau lelaki macam ni , aku sabar selagi boleh . kalau tak boleh sabar dah , aku tak tunggu lama . angkat kaki blah la kan .

si kacak dan si cantik , aku tau kau kegilaan . tapi kau dah boleh tak payah nak layan semua lah . kalau kau suka yang itu , layan yang itu saja lah . jangan lah nak layan semua pun . kalau yang kau tak berkenan tu , layan biasa biasa2 sudah . tapayah lah dengan si A kau panggil sayang , denag si B kau panggil beby , dengan si C kau panggil manja . layan 1 sudah lah . nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran(wahh pandai dah aku berperibahasa bagai hikhik). kau nak tunjuk kau hebat sangat ke apa ? tak payah lah nak tunjuk kat orang yang kau tu manja manja comel . semua pun kau nak sayang , semua pun kau nak dear . aduhh aku pulak geli rasa macam terpijak tempoyak kat kaki . manje lah sangat . heehhhh

sayang . kau tau makna sayang ? okay memang lah sayang ada banyak . sayang member(kawan) , sayang adik , sayang kakak , sayang cinta . tapi takkan lah kau sayang member pun kau nak panggil sayang bagai ? sayang lah , dear lah , huney la . hadoi . kalau gadis dengan gadis tu okay la . tapi ni aku cakap antara mat dengan minah , minah dengan mat . tapi kalau mat dengan mat tu ... errr . . . aku no komen lah kan .

bila kau dah panggil si polan ni sayang , kire macam kau dah bagi harapan lah . kalau kene yang jenis se-spesis dengan kau yang suka bersayang sayang tu tak pe , ni kalau yang jenis straight to the point tu ? haa . kan dah kire macam bagi harapan . lepas dah panggil sayang , beby , dsb , layan pulak manje manje meow . lepas tu si polan ni pulak tangkap cintan cintun , tibe tibe kau cakap , "i anggap u member je , tak lebih dari tu !". perrrgghhh . kecai kecai hati kawan tu derrr ,(braderr) nahhh(minahh) . dapat pulak yang jenis hati tisu kaca , haa , terus cari flat 22 tingkat , buat bungee jump tanpa tali , sape nak jawabb ??! payah bebb . kalau wa takpe . wa hati jiwa kental !! (nak no kental nye . haha)

klau suka cakap suka , tak payah nak buang masa nak pintal pintal rambut ayat belit belit . buang masa semua tu . dah suka copp cepat cepat . cakap terus , "i suka u , u jangan acept mana mana laki/gadis tau . i cop u dulu" haaa ! kan senang kalau macam tu . tapi andai kata , anda kene reject , tak pe jangan putus asa . kalau anda bebetul suka kat awek/mamat tu try lagi sekali . mana tau dye tengok kesungguhan anda ke .tapi kalau second time pun kene reject , dahh stop . cari awek/mamat lain . mana tau jumpa yang lagi bagus . mungkin yang mereject anda tu ada sebab mereka tersendiri atau mereka ingat mereka barang panas sangat nak jual mahal .

aku suruh korang terus terang/cop awal awal , BUKAN LAH AKU NAK MENGGALAKKAN KORANG BERCOUPLE ATAU BUAT MAKSIAT . TAPI INI UNTUK MENGELAKKAN HATI YANG TERLUKA . KALAU DAH COUPLE/DAH KENE COP, JANGAN LAH PERGI BUAT MAKSIAT . DISITU KESABARAN DIPERLUKAN . TUNGGU HALAL BARU SETTLE LA . JANGAN GELOJOH DERR/NAHH .

apa yang aku cakap , ini yang datang dari hati juga akal aku . aku bukan tunjuk baik aku bukan tunjuk pandai . tapi aku cuba untuk meng-alert kan korang . jangan malu jangan segan untuk tinggal kan komen kat bawah ni . anonymous pun di alu alukan . ini dia bila aku sekali lagi cakap pasal cinta . hahadoii



LUAR DARI KOTAK .

otak manusia memang istimewa . beribu juta neuron ada untuk berfikir . pelbagai kejayaan telah dibuat oleh otak . apa teknologi yang ada di dunia sekarang ni , semua nya dari otak manusia yang digunakan untuk berfikir . dan semesti nya , itu anugerah tuhan yang maha kuasa .


topik yang aku nak bawak hari ni ? manusia yang berfikir luar dari kotak . memang bagus untuk berfikir , tapi perlu ke berfikir luar dari kotak tentang perkara yang langsung takde penting nya ?
dua hari lepas aku ada baca 1 blog ni , isu nye pasal iklan di tv3 . iklan pasal hari raya . iklan tu memang di banned , tapi ade manuusia yang sangat lah rajin menerjemah setiap babak iklan tu . benda yang kecik pun diambil kira . 

penerangan nye terrlampau panjang dan sangat sangat pelik . orang yang terjemah kan maksud dsebalik iklan tu macam seorang yang sangat paranoid .
mungkin dye dah takde kerja atau apa itu aku tak tau . come on , benda tu iklan je kot . tak kan penonton nak fikir out of the box jugak . contoh nye ,



1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur . Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3. Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

  
kenapa nak fikir sampai macam tu sekali . padahal banyak lagi yang boleh difikirkan oleh otak kita . fikirlah cara macam mana nak majukan malaysia ni ke , yelah , yang si penterjemah tu kan pandai , boleh terjemah macam2 , so tak mustahil beliau boleh fikir cara untuk majukan malaysia ni dengan lebih baik .


okay , memang lah berfikir tentang sesuatu kemungkinan tu tak salah , tapi , benda tu sekadar iklan hari raya . tak perlu lah terlampau serius nak kaitkan dengan ilumination bagai . penonton yang menonton tu pun bukan nye ade masa sangat nak fikir tentang benda2 pelik macam tu . kenapa nak buang masa fikir fikir ? dan aku rasa iklan tu tak salah pun , takde pun ciri yang boleh memesongkan penganut agama islam .


kalau sekadar bunga teratai tu , santa clause , takde bende pun sebenarnya . orang melayu kita yang suka nak bangkitkan isu yang tak penting . nama pun 1malaysia kan . biasa lah kalau nak gabungkan sikit sikit . tak perlu lah ambil serius . kita pun boleh fikir , takan pasal benda macam tu , boleh pesongkan agama kita kan.

macam tu jugak dengan orang melayu kita , semua benda pun tak kena . itu merungut , ini merungut . padahal benda kecik je . tapi diperbesarkan . haihhh . itu lah antara sebab kenapa banyak pergaduhan , pemberontakan yang berlaku .

aku bukan nak tunjuk pandai atau apa , tapi aku cuma nak meluahkan apa yang aku rasa . apa yang aku fikir . aku bangga lahir jadi anak MELAYU . aku bangga dengan negara aku MALAYSIA . tapi kalau bangsa aku , fikir tentang benda yang merapu , bila nak maju ? jangan biar bangsa lain tindas bangsa kita . memang kita 1malaysia , tapi bukan kita wujud untuk ditindas .
FIKIRLAH LEBIH POSITIF , KITA TAK RUGI APA APA . BANGSA MELAYU BANGSA MAJU .

Thursday, March 24, 2011

S.E.M.U.A

kau tau apa makna semua ? kalau nak cakap maksud nye dalam kamus dewan , aku pun tak tau lah kan . sebab , seumur hidup aku , aku tak pernah ada kamus dewan . kalau pegang kamus dewan pun dalam perpustakaan sekolah .

semua , bagi aku maksud semua tu menyeluruh . tidak satu pun terkecuali . apa yang aku nak tulis pasal perkataan ni ? kenapa aku buat perkataan ni jadi isu ? ni aku nak bagii tau .

aku sangat sangat alergi dengan perkataan ni . aku juga sangat berhati hati menggunakan perkataan ni . macam yang aku cakap , aku tulis guna jari dari hati juga akal . maka , setiap perkataan yang aku nak taip tu akan di proses dengan hati dan akal aku . banyak perkataan yang aku nak tulis yang datang dari nafsu atau akal gila aku akan ditapis guna hati dan akal waras aku .

aku banyak tengok post post member member kat facebook . contoh nye , "perempuan kat dunia ni SEMUA sama je ! suka buat cerita !" , "lelaki kat malaysia ni memang SEMUA tak boleh pakai!" ini kebanyakan nye keluar dari wall member member yang tengah marah barangkali .

tapi , marah macam mana sekali pun , aku rasa , kita tak boleh la keluarkan statement yang buat orang lain pulak menyirap . haihhh . aku memang cukup menyirap kalau nmpak statement cenggini . kalau puji memuji ke , takpe lah jugak kan . ni tak , semua nya nak mengutuk .

kita kene lah alert maksud satu perkataan tu . bila cakap SEMUA , semua pun akan rasa . kalau cakap lelaki , semua lelaki akan terasa . melainkan dia bukan lelaki . kalau yang tak pasti tu , aku pun tak tau lah kan . pandai pandai lah check . maca tu jugak dengan perempuan . aku memang terasa la kalau ade statement yang berbunyi "semua perempuan" sebab dah terang lagi nyata yang aku ni perempuan .

pernah satu masa dulu , aku bergaduh dengan sorang mamat ganu ni , pasal statement macam ni . leppas tu , bila aku argue pasal bende ni , die mula la tak puas hati . lepas tu mula lah dye maki hamun bagai . siap maki hamun dalam bahasa dye . dye ingat aku tak paham . haiihh . last last aku pun malas nak gaduh , malas nak layan , malas nak kumpul dosa , aku pun remove lah beliau .

kalau nak hurai pasal benda ni , memang panjang . aku taip sampai esok pun tak habis . aku tulis bukan nya omong kosong , bukan tanpaa arah tuju . apa yang aku tulis ini apa yang aku rasa dan apa yang aku rasa korang perlu tahu . aku tau aku bukan lah sempurna nak menegur tapi dengan hati yang ikhlas , aku cuma nak menyampaikan dan meng-alert kan orang . aku buat apa yang aku mampu . maka , hati hatilah dalam penggunaan setiap perkataan .

*23.04.11 4.44am . hari ni hari lahir satu satunya kakak aku . maisarah ahmad yang ke 24 . selamat hari jadi kepada beliau . semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki . amin .

Monday, March 21, 2011

cinta dan hakikat .



apa yang aku nak ? apa yang aku mahu ? mungkin ini juga apa yang di mahukan seorang gadis / wanita / perempuan . atau mungkin sebilangan .
seorang LELAKI . untuk melindungi , untuk menyayangi , untuk bermesra , untuk bermanja . sama sekali bukan untuk dibenci , dicaci , dikasari , diCURANGi dan pelbagai unsur negatif yang lain . semua orang pun nak yang elok . mana ada nak yang tak elok kan . macam tu jugak lah dengan aku .
aku akui , aku perlukan seorang lelaki dalam hidup aku . sekuat mana seorang wanita , setabah mana seorang wanita , tetap perlu seorang lelaki . setiap wanita mesti ada pasangan nya sendiri , sama ada berkongsi dan hak milik persendirian . dan semua wanita pun nak yang hak milik persendirian . tak tau lah kalau ade gadis gadis yang mendambakan payung emas di syurga nanti kan .
aku jumpa banyak orang , aku jumpa banyak perangai , aku jumpa banyak tabiat . ade yang baik , ade yang buruk . aku belajar dari semua itu . aku belajar cara untuk hidup dengan pengalaman . macam kata lagu malique ft m.nasir ,
yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi


so aku adaptasi apa yang aku nampak , masuk dalam hidup aku . aku belajar dengan semua tu . kalau aku tak belajar dari semua tu , mungkin aku akan jadi manusia yang hanya buka mata untuk meneruskan hiddup yang kosong . aku bukan macam tu . hidup perlu diteruskan dan perlu memberi seribu erti .
apa yang aku pandang ? bukan apa yang kau ada , tapi apa yang kau boleh . apa yang aku nak ? bukan semua harta dunia , tapi kasih sampai syurga . apa yang aku perlu ? bukan rupa kacak bergaya tapi budi pekerti menawan . masa kau , perhatian kau , manja kau , setia kau , jujur kau , percaya kau , semua aku damba , semua aku pinta . ini dia bila aku bercakap soal CINTA . ini yang aku mahu pada CINTA .

aku tak perlu seorang lelaki yang berharta penuh sedunia , takkan sampai kemana . aku tak perlu rupa kacak bergaya , kemudian hati , jiwa merana . bukan berpuitis , bukan meleret tanpa tujuan , tapi inilah hakikat apa yang aku mahukan . tapi aku juga tak pandang cinta hanya dengan cinta . tanpa usaha untuk bahagia .

Sunday, March 20, 2011

dosa pahala .


aku kata apa aku suka dari hati juga akal . dosa , pahala . ada di mana mana . semua orang punya dosa , semua orang punya pahala . sama macam aku . tapi siapa kau nak suruh aku , nak arah aku ? kau punya akal . kau boleh fikir mana nasihat , mana suruhan . kau suruh aku ikut cakap kau . hahh . kau ingat kau hebat ? hebat mana kau ? kuat mana kau ? sempurna mana kau ? jangan cuma cakap kosong . 


kau ada akal , kau boleh fikir . tak perlu kau cakap " kalau awak nak jadi girlfriend saya , awak kene pakai tudung , awak kene tutup aurat " itu aku taknak dengar . kau boleh nasihat aku . tapi kau jangan perintah aku.


kau siapa nak arah aku ? kau ingat kau hebat ? kuasa apa kau ada ? hahh . aku tau aku berdosa . tak tutup aurat . aku tahu tuhan marah aku . tapi aku takkan ikut cakap kau . kau bukan tuhan aku . SEDANGKAN SURUHAN , PERINTAH TUHAN AKU PUN AKU TAK IKUT . KENAPA PERLU AKU IKUT CAKAP KAU . KALAU AKU IKUT CAKAP KAU , SAMA JE MACAM AKU PAKAI TUDUNG KERANA KAU . BUKAN KERANA DIA YANG MAHA KUASA .


biar rasa itu datang sendiri . satu hari aku akan berubah . cepat atau lambat . doakan aku . bukan aku nak menyombong , bukan aku nak membongkak . tapi ini aku rasa . masa belum sampai . aku juga harap petunjuk tiba dulu sebelum ajal aku tiba .
aku akan tutup aurat . tapi bukan sekarang . banyak lagi yang perlu aku ubah . cara aku . tabiat aku . sikap aku . aku tak nak selindung jahat aku balik tudung . aku tak nak orang pandang serong terhadap gadis yang bertudung .
bagi aku , tudung itu sangat tinggi darjat nya . aku rasa aku belum layak untuk memakainya . banyak yang perlu aku ubah .


kau nak kata apa ? kau nak kata aku ni jahil ? kau nak kata aku ni bodoh ? ikut suka hati kau . berdosa kalau kau pandang aku kalau aku tak bertudung ? aku mintak maaf . belum tiba masa untuk aku memakainya . aku teringin nak pakai . tapi belum lagi .


abah , mama , abang , maya mintak maaf . maya tau korang berharap maya akan berubah . jadi anak yang soleh . maya janji , satu hari nanti maya akan berubah . maya mintak korang doakan maya ye . akak , aku dengan kau pun lebih kurang kannn , nanti kita berubah same same ye kak .
macam yang aku cakap sebelum ni , untuk aku dengar cakap kau , ikut suruhan kau , memang tidak . sebab perintah yang maha kuasa di atas pun aku ingkar . kalau aku ikut kata kau manusia yang sedarjat dengan aku , maknanya aku lebih mulia kan kau . tidak sama sekali .

ya Allah ya tuhan ku.kau tabahkan lah hati hambamu ini,kau tenteramkan jiwa hambamu ini,kau berilah petunjuk padanya ya Allah.kau luaskan akal hambamu ini,jangan lah kau sempitkan akal pemikiran ku ya Allah.aku hambamu yang lemah ya Allah.kau maha berkuasa maha pemurah lagi maha penyayang ya Allah.aku mohon pada mu ya Allah.dan kau selamat kan lah seluruh umat islam di duniamu ini ya Allah.amin ya rabbal alamin

Saturday, March 5, 2011

kau baca ? kau kenal separuh maya .


cara aku senang . kau cakap terus terang . kau suka cakap suka kalau nak cakap nak . tapayah nak belit belit pusing pusing . kalau aku tak layan maknenye ade yang aku tak suka atau aku memang xde masa . kalau aku dah cakap aku tak suka kau tak payah nak susah susah lagi cuba buat aku suka . memang aku x kan suka . dan kalau aku suka , aku cakap dan aku cuba kalau kau tak suka aku sedia angkat kaki . tapayah nk complicated kan keadaan . mula2 aku akan bagi respond . tapi kalau kau buat bebal gak , aku dah paham .
 
aku xde kawan dunia akhirat . sebab aku memang tak percaya kat orang . aku tak halang kau nak rapat dengan aku . kau kawan aku selagi kau tak tikaam aku . dalam sedar atau tanpa aku sedar . kalauaku dah anggap kau kawan , kau jangan cuba nak jadi lawan sebab sekali dah jadi lawan memang tak boleh undur . tapi aku ada sahabat . sahabat paling setia . aku yakin dia takan tikam aku . selain Allah s.w.t dia sahabat aku yang paling aku yakin dan percaya . akuSAYANGkau PINK
 
kau nak cakap pasal aku ? silakan . aku tak halang . selagi kau ada mulut kau cakap . bila kau penat kau diam . adat manusia . aku pun macam tu . nak cakap buruk pasal aku itu masalah kau . nak jaja cerita aku pun aku tak heran .

aku memerhati . jangan ingat kalau aku diam makna nye aku tak tahu . tak semua benda aku kene cakap . kalau nak cakap , kalau nak tegur , sampai dunia kiamat pun tak kan ada penghujung .

aku dengar kata hati . aku cuba fahami . aku cuba ikuti . selalunya kata hati aku tak menipu . kalau aku bagitau kau , kau tak dengar , kau tak endah . jangan suruh aku tumbuk muka kau .

jangan tipu aku . macam aku kata . aku dengar kata hati . aku senang tau kalau kau tipu aku . tapi selalu nye kalau aku tau kau tipu aku , seperti biasa , aku malas cakap . aku akan memerhati . aku malas nak kantoikan kau kalau kau tipu aku . pandai pandai la kau fikir .

aku cakap sekali , kau tak faham , aku ulang sekali . aku cakap dua kali kau tak reti ? aku ulang dua kali . aku cakap tiga kali kau buat polos ? angkat kaki aku berambos . aku bukan seorang yang sabar . sabar aku terhad . aku takan bazir kan kesabaran aku untuk benda yang tak patut . sila faham aku dan aku takan ade masalah dengan kau .

cara aku cara aku , takde kene mengena dengan kau . aku tak pernah suruh kau suka aku tak pernah suruh kau benci . atas kau nak macamana bagaimana .

kau cakap dengan aku kalau kau rasa itu tak memenyampahkan . sekali benci , benci sampai mati kecuali kata hati cakap berhenti .

aku terbuka , aku cakap apa aku nak , aku fikir sebelum cakap . aku jaga hati orang bila perlu . tapayah nak bagi tahu aku apa yang kau ada . tapayah cerita apa kau boleh . kalau aku berminat aku sendiri cari tahu . aku kasar sikit . tapi aku baik hati ♥ @@V
 
apa aku tulis aku sendiri karang datang dari hati juga akal . kau suka aku kau kawan . kau tak suka ? kau punya pasal . aku apa ada hal ?
 
aku tak seindah gambar . aku kat luar lain dari gambar . aku memang takan upload kalau gambar tu burok . jangan cakap aku . kau pun sama kan . tapi aku tak edit gambar aku . aku edit kalau aku rasa nak buang masa je .mungkin kamera tu suka pada aku . tak faham ? jangan cakap banyak . jumpa baru faham . aku malas nak cakap kalau orang tak percaya . dan selalu nye bila aku cakap orang tak percaya . bila dah jumpa baru ternganga muka tak percaya

terima kasih baca sampai habis . kau dah kenal separuh dari maya . dan ye panggil aku maya sebab semua panggil macam tu . nama dalam ic xde maya . masturah ahmad je . bila gabung nama maya dan nama aku jadi sedap . aku punya suka .
 





aku tak kesah la kau ni mat rempit ke , hotstuff ke , muka kau cantik macam bidadari , faker ke , copy cat ke , milo ais ke , tiang lampu ke , penipu ke , pembunuh ke , pakai gambar katon ke , ade penyakit buasir ke , curik gambar maria ozawa ke , kepala kau botak ke , awek kau ade lapan ke ,boifren kau keliling pinggang ke , perut kau boroi ke , ketiak kau bebulu ke . apa saja lah . asalkan kau tak kacau hidup aku , tak kacau jiwa aku , tak kacau emosi aku , kau boleh buat apa kau suka . kalau kau buat jenayah polis tangkap kau . tapi jangan kacau aku . okay ? kau tak kacau aku , aku tak kacau kau . kalau kau kacau jugak , dalam diam aku akan rosakkan hidup kau . deal ? okay bagus 
 
formspring
aku . kalau kau nak kutuk aku maki aku pun bole kat sini . macam biasa . aku tak kesa . nak tnye aku benda2 pelik pon aku rela .

terima kasih lagi sekali . aku rajin taip dan aku rajin cakap .
freakingMMA ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...