diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Monday, March 21, 2011

cinta dan hakikat .



apa yang aku nak ? apa yang aku mahu ? mungkin ini juga apa yang di mahukan seorang gadis / wanita / perempuan . atau mungkin sebilangan .
seorang LELAKI . untuk melindungi , untuk menyayangi , untuk bermesra , untuk bermanja . sama sekali bukan untuk dibenci , dicaci , dikasari , diCURANGi dan pelbagai unsur negatif yang lain . semua orang pun nak yang elok . mana ada nak yang tak elok kan . macam tu jugak lah dengan aku .
aku akui , aku perlukan seorang lelaki dalam hidup aku . sekuat mana seorang wanita , setabah mana seorang wanita , tetap perlu seorang lelaki . setiap wanita mesti ada pasangan nya sendiri , sama ada berkongsi dan hak milik persendirian . dan semua wanita pun nak yang hak milik persendirian . tak tau lah kalau ade gadis gadis yang mendambakan payung emas di syurga nanti kan .
aku jumpa banyak orang , aku jumpa banyak perangai , aku jumpa banyak tabiat . ade yang baik , ade yang buruk . aku belajar dari semua itu . aku belajar cara untuk hidup dengan pengalaman . macam kata lagu malique ft m.nasir ,
yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi


so aku adaptasi apa yang aku nampak , masuk dalam hidup aku . aku belajar dengan semua tu . kalau aku tak belajar dari semua tu , mungkin aku akan jadi manusia yang hanya buka mata untuk meneruskan hiddup yang kosong . aku bukan macam tu . hidup perlu diteruskan dan perlu memberi seribu erti .
apa yang aku pandang ? bukan apa yang kau ada , tapi apa yang kau boleh . apa yang aku nak ? bukan semua harta dunia , tapi kasih sampai syurga . apa yang aku perlu ? bukan rupa kacak bergaya tapi budi pekerti menawan . masa kau , perhatian kau , manja kau , setia kau , jujur kau , percaya kau , semua aku damba , semua aku pinta . ini dia bila aku bercakap soal CINTA . ini yang aku mahu pada CINTA .

aku tak perlu seorang lelaki yang berharta penuh sedunia , takkan sampai kemana . aku tak perlu rupa kacak bergaya , kemudian hati , jiwa merana . bukan berpuitis , bukan meleret tanpa tujuan , tapi inilah hakikat apa yang aku mahukan . tapi aku juga tak pandang cinta hanya dengan cinta . tanpa usaha untuk bahagia .

1 comment:

Anonymous said...

wow...cantek ler blog dier.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...