diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Friday, March 25, 2011

LUAR DARI KOTAK .

otak manusia memang istimewa . beribu juta neuron ada untuk berfikir . pelbagai kejayaan telah dibuat oleh otak . apa teknologi yang ada di dunia sekarang ni , semua nya dari otak manusia yang digunakan untuk berfikir . dan semesti nya , itu anugerah tuhan yang maha kuasa .


topik yang aku nak bawak hari ni ? manusia yang berfikir luar dari kotak . memang bagus untuk berfikir , tapi perlu ke berfikir luar dari kotak tentang perkara yang langsung takde penting nya ?
dua hari lepas aku ada baca 1 blog ni , isu nye pasal iklan di tv3 . iklan pasal hari raya . iklan tu memang di banned , tapi ade manuusia yang sangat lah rajin menerjemah setiap babak iklan tu . benda yang kecik pun diambil kira . 

penerangan nye terrlampau panjang dan sangat sangat pelik . orang yang terjemah kan maksud dsebalik iklan tu macam seorang yang sangat paranoid .
mungkin dye dah takde kerja atau apa itu aku tak tau . come on , benda tu iklan je kot . tak kan penonton nak fikir out of the box jugak . contoh nye ,



1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur . Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3. Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

  
kenapa nak fikir sampai macam tu sekali . padahal banyak lagi yang boleh difikirkan oleh otak kita . fikirlah cara macam mana nak majukan malaysia ni ke , yelah , yang si penterjemah tu kan pandai , boleh terjemah macam2 , so tak mustahil beliau boleh fikir cara untuk majukan malaysia ni dengan lebih baik .


okay , memang lah berfikir tentang sesuatu kemungkinan tu tak salah , tapi , benda tu sekadar iklan hari raya . tak perlu lah terlampau serius nak kaitkan dengan ilumination bagai . penonton yang menonton tu pun bukan nye ade masa sangat nak fikir tentang benda2 pelik macam tu . kenapa nak buang masa fikir fikir ? dan aku rasa iklan tu tak salah pun , takde pun ciri yang boleh memesongkan penganut agama islam .


kalau sekadar bunga teratai tu , santa clause , takde bende pun sebenarnya . orang melayu kita yang suka nak bangkitkan isu yang tak penting . nama pun 1malaysia kan . biasa lah kalau nak gabungkan sikit sikit . tak perlu lah ambil serius . kita pun boleh fikir , takan pasal benda macam tu , boleh pesongkan agama kita kan.

macam tu jugak dengan orang melayu kita , semua benda pun tak kena . itu merungut , ini merungut . padahal benda kecik je . tapi diperbesarkan . haihhh . itu lah antara sebab kenapa banyak pergaduhan , pemberontakan yang berlaku .

aku bukan nak tunjuk pandai atau apa , tapi aku cuma nak meluahkan apa yang aku rasa . apa yang aku fikir . aku bangga lahir jadi anak MELAYU . aku bangga dengan negara aku MALAYSIA . tapi kalau bangsa aku , fikir tentang benda yang merapu , bila nak maju ? jangan biar bangsa lain tindas bangsa kita . memang kita 1malaysia , tapi bukan kita wujud untuk ditindas .
FIKIRLAH LEBIH POSITIF , KITA TAK RUGI APA APA . BANGSA MELAYU BANGSA MAJU .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...