diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Wednesday, March 30, 2011

MADE IN MALAYSIA .


setelah dua tiga hari aku tak update , ni baru lah sempat nak update . tiba tiba demam , selsema dan batuk menyerang . aku pasti yang baca blog aku ni semua rakyat malaysia sebab blog sememeh macam ni mana ada orang luar yang baca kan .

kau orang pakai tak barangan buatan malaysia ? aku pakai . tapi tak semua lah . banyak jugak dari luar . aku pun tak berapa nak pasti dari mana . tapi , ade jugak lah beberapa barang yang aku perasan yang ada kat rumah aku ni buatan malaysia . tapi hari ni aku tanak cakap pasal barangan buatan malaysia , tapi aku nak cakap anak malaysia dan filem dan drama melayu/malaysia(kita).
korang tengok tak filem/drama luar ? tengok kan ? bagus ? okay . memang bagus . aku pon tengok jugak filem/drama luar . tapi aku still sokong filem/drama kita . aku menyampah gila bila ada anak melayu yang lempar ayat "aku tak tengok citer melayu lah kat wayang " , "apa barang tengok citer melayu" , dan banyak lagi ayat yang memenyampahkan .
  
apahal cakap macam tu ? fikir dulu la sebelum cakap . banyak anak malaysia yang mempertikaikan filem filem buatan malaysia . dan kebanyakan nye anak melayu . aku tak pernah dengar pulak keluar dari mulut bangsa bangsa lain ayat ayat macam tu . sebab apa ? sebab anak melayu kita yang cakap macam ni , sombong dan berlagak .


aku tengok anak melayu kita bukan main lagi kutuk filem filem melayu . dan ramai vlogger dan blogger yang hebat pun mempertikai kan nya . aku tak nafikan vlogger dan blogger yang mempertikaikan filem melayu ni hebat hebat belaka . tapi kenapa perlu nak mengutuk filem kita ? kan lagi baik kalau korang buat vlog memberi idea baru daripada mengutuk .

aku rasa korang yang baca ni kenal kot siapa vlogger dan blogger tu . vlog dan blog mereka memang banyak viewer nye .
walaupun filem filem luar tu hebat , gah , tapi aku rasa kita tak boleh la nak senang lenang memperlecehkan usaha usaha yang telah dilakukan oleh anak tempatan kita . tak salah kalau kita sebagai penonton nak komen , atau bagi pendapat . tapi jangan la sampai mengejek dan memperkecilkan filem/drama kita tu .

kadang kadang , yang konon nye up to date sangat tu , speaking pun berterabur , ade hati nak kutuk filem/drama kita lepastu agung kan filem/drama luar . bila masuk wayang , dapat pulak citer omputih yang takde subtitle , mula menggagau . keluar wayang , konon konon paham . padahal sepatah haram pun tak paham .


kite kene gak fikir gak kenapa filem negara kita tak semaju filem negara luar . kalau filem/drama negara luar , penonton sangat menyokong mereka . rakyat negara diorang pon sokong . tak macam kita , baru tengok trailer , dah keluar macam macam dari mulut . lepastu , ade pulak tu , dah la beli CD CETAK ROMPAK , lepas tu kutuk macam macam . haiihhhh . kita kene fikir , bajet yang diguna kan oleh produser filem/drama luar tu sangat lah besar . nak bayar sorang star je dah sama harga dengan sebuah filem'drama kita . so , tak payah lah nak kutuk lebih , melainkan korang keluar bajet dalam doploh tiga ploh juta , bikin filem/drama sendiri .


atleast , anak tempatan kita mencuba untuk buat filem walaupun ada sedikit yang kurang . kalau nak harapkan yang mulut jahat dok kutuk kutuk tu buat filem/drama ? hampehhhs . merungut je lebih . tapi ada jugak filem/drama kita yang dah sama level dengan filem luar kan . aku tengok adnan sempit , hantu kak limah , dan banyak lagi filem lain sampai barai kot ketawa . haha .
so , lepas ni jangan lah kutuk kutuk filem kita . sokong sikit . mana tau lepas ni filem kita boleh sama taraf dengan hollywood dan bollywood . maka akan keluar lah , MALAYWOOD . haaaaaa :D


*DUA ALAM je filem yang tak berapa aku nak gemar . haha XD

2 comments:

Anonymous said...

yeah ilke

maisarah_ahmad87 said...

hahah.. erkk sy x suka tgk cite luar.. <3 malaysia film.. even x best aku still tgk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...