diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Thursday, March 24, 2011

S.E.M.U.A

kau tau apa makna semua ? kalau nak cakap maksud nye dalam kamus dewan , aku pun tak tau lah kan . sebab , seumur hidup aku , aku tak pernah ada kamus dewan . kalau pegang kamus dewan pun dalam perpustakaan sekolah .

semua , bagi aku maksud semua tu menyeluruh . tidak satu pun terkecuali . apa yang aku nak tulis pasal perkataan ni ? kenapa aku buat perkataan ni jadi isu ? ni aku nak bagii tau .

aku sangat sangat alergi dengan perkataan ni . aku juga sangat berhati hati menggunakan perkataan ni . macam yang aku cakap , aku tulis guna jari dari hati juga akal . maka , setiap perkataan yang aku nak taip tu akan di proses dengan hati dan akal aku . banyak perkataan yang aku nak tulis yang datang dari nafsu atau akal gila aku akan ditapis guna hati dan akal waras aku .

aku banyak tengok post post member member kat facebook . contoh nye , "perempuan kat dunia ni SEMUA sama je ! suka buat cerita !" , "lelaki kat malaysia ni memang SEMUA tak boleh pakai!" ini kebanyakan nye keluar dari wall member member yang tengah marah barangkali .

tapi , marah macam mana sekali pun , aku rasa , kita tak boleh la keluarkan statement yang buat orang lain pulak menyirap . haihhh . aku memang cukup menyirap kalau nmpak statement cenggini . kalau puji memuji ke , takpe lah jugak kan . ni tak , semua nya nak mengutuk .

kita kene lah alert maksud satu perkataan tu . bila cakap SEMUA , semua pun akan rasa . kalau cakap lelaki , semua lelaki akan terasa . melainkan dia bukan lelaki . kalau yang tak pasti tu , aku pun tak tau lah kan . pandai pandai lah check . maca tu jugak dengan perempuan . aku memang terasa la kalau ade statement yang berbunyi "semua perempuan" sebab dah terang lagi nyata yang aku ni perempuan .

pernah satu masa dulu , aku bergaduh dengan sorang mamat ganu ni , pasal statement macam ni . leppas tu , bila aku argue pasal bende ni , die mula la tak puas hati . lepas tu mula lah dye maki hamun bagai . siap maki hamun dalam bahasa dye . dye ingat aku tak paham . haiihh . last last aku pun malas nak gaduh , malas nak layan , malas nak kumpul dosa , aku pun remove lah beliau .

kalau nak hurai pasal benda ni , memang panjang . aku taip sampai esok pun tak habis . aku tulis bukan nya omong kosong , bukan tanpaa arah tuju . apa yang aku tulis ini apa yang aku rasa dan apa yang aku rasa korang perlu tahu . aku tau aku bukan lah sempurna nak menegur tapi dengan hati yang ikhlas , aku cuma nak menyampaikan dan meng-alert kan orang . aku buat apa yang aku mampu . maka , hati hatilah dalam penggunaan setiap perkataan .

*23.04.11 4.44am . hari ni hari lahir satu satunya kakak aku . maisarah ahmad yang ke 24 . selamat hari jadi kepada beliau . semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki . amin .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...