diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Sunday, April 24, 2011

6sebab gadis tak suka motor . vroommm vrrooommm

setelah 2 3 4 hari tak update , ni baru ada masa nk update . ni update dalam sedikit kemarahan dengan kaum adam kita ni . suka sangat bagi spekulasi pelik pelik dan aku anggap agak keterlaluan


5 SEBAB KENAPA GADIS GADIS TAK SUKA NAIK MOTOR .

1. sebab utama . korang oenah tengok berita kan . selalu time time nak raya diorang ada keluar kan statistik kenderaan berisiko kan ? haaa tengok yang mana paling berisiko? MOTOSIKAL !!

2. selalu nya yang memandu motosikal ni lelaki kan ? kalau yang semenggah bawak nye tak pe . ni dah macam beruk dapat motor . sangat berbahaya . macam kat bawah ni


3. motor takde bumbung kan ? kalau hujan ? tayang ,muka bawah jambatan ? kalau yang pergi kerja balik kerja tu biasa lah . ni kalau awek yang pakai cantik cantik nak g dating tu ? tambah pulak baru ontheway nak g dating . kalau sempat jumpa jambatan tak pe . kalau tak sempat ? balik umah tengok tv je lah .
4. bagi awek yang pakai tudung pulak , lagi lagi yang pakai kain pergi kerja . naik motor , kene angin . terselak selak kain awek tu . kejap kejap pegang kain . kan dah susahh macam tu .

5. motor tak de tingkap . terbuka . kalau lalu sebelah bas/lori yang dah lapan tahun tak servis eksos nye ? kenyang makan asap hitam .
6. kalau lepas hujan , lopak air tepi jalan . sekali kenderaan lain langgar , shuuuuuuuu . basahhhhhh .


ni antara enam je yang aku boleh fikir buat masa ni . yang lain kalau ade aku update lagi .


bagi aku , naik motor ni memang menjimat kan . nak pergi kerja jimat , boleh elak traffic jamm . tapi kalau dari muda sampai tua , anak dah 5 orang pun tak kan nak pakai motor lagi ? sesak napas aku .

entry aku bukan menghina ke apa . tapi untuk buat kaum adam sedar . jangan lah nak cakap kami kami kaum hawa ni memilih ke apa . kami sayang kan nyawa kami .
jangan samakan zaman dulu dengan sekarang . bapak aku dulu pun pergi kerja ulang alik pakai motor . dulu lain sekarang lain . dulu jalanraya tak bahaya macam sekarang .


dulu orang orang masih punya rasa timbang rasa ketika memandu . bukan mcm orang sekarang .

dan kaum adam , aku pasti , kalau korang punya adik perempuan pun , korang mesti nak adik korang dapat pasangan yang ada masa depan , lengkap serba serbi kan ? korang mesti tak nak adik korang berhujan panas naik motor kan . so jangan lah lempar spekulasi yang pelik2 . sama je . usaha untuk majukan diri perlu ada .


kalau aku , bapak aku memang tak kasi aku bawak motor . abang aku en gaban pun tak kasi jugak . diorang cakap , bahaya . kalau eksiden ke apa susah . kang kalau mati katak tengah jalan , sia sia je bapak aku bagi aku makan sampai gemuk .
 
entry ini aku ujudkan , bukan untuk menghina sesiapa . cuma untuk memberi sedikit kesedaran supaya tidak melemparkan spekulasi yang aneh terhadap wanita . jugak aku nak bagi sedikit sokongan untuk kita sama sama lebih berusaha .

cara aku mungkin sedikit kasar dan mengguris hati tapi , ini cara aku . ambil nya ke arah lebih positif .





kehadapan para penunggang motosikal ,

aku buat entry ni bukan untuk menghina atau memperkecil kan sesiapa . sikit pun tak terniat dalam hati aku . aku cuma nak bagi sikit dorongan untuk korang lebih berusaha memajukan diri . dan aku nak anak bangsa kita maju macam bangsa lain . aku harap korang faham . lepas ni kalau jumpa aku tepi jalan jangan lah korang langgar aku . kesian lah kat aku ye .

yang ikhlas , -maya-

25 comments:

Anonymous said...

ko gemok, mmg la x leh naik moto..semput moto 2 nnti..hari2 kene servis..ko ingat rakyat malaysia ni sume kaye2 ke?? sume mampu beli kete ke?? dh kerajaan kenekn cukai2 bnyk2, gaji plak ciput, cmner nk beli kete?? pikir la cket..bapak aq keje smpai umur 49 bru bleh beli kete tau x..2 pn 2nd hand..bkn sume org mampu beli kete beb..biarlah kene ujan ke, hape ke, yg penting moto 2 digunaka utk cari rezeki yg HALAL...cukup la....

mayamasturahahmad said...

assalamualaikum en anonymous yang mulia hatinya . terima kasih kerana meninggal kan secebis nukilan yang menggambarkan betapa cetek nya akal anda . jangan salah kan kerajaan . kerajaan dah bagi banyak subsidi itu dan ini . hidup ini perlu ada usaha dan akal juga diperlukan untuk berfikir . jangan cuma melemparkan kata kata dengan nafsu yang di kawal teman mu shaitan .
apa guna ibu bapa menghantar anak anak ke sekolah ? untuk belajar dan mengharap taraf hidup boleh dimajukan . anda seharus nya berfikir dan bukan melemparkan kritikan aneh seperti ini . tidak kah anda sedar batapa malu nya orang tua anda mempunyai anak seperti anda ? dihantar kesekolah tetapi akal nya masih cetek bak si lembu yang tidak dihantar kesekolah dan hanya di begi makan rumput ?

mayamasturahahmad said...

juga kalau bapa anda tidak mampu bukan lah salah nya kerana beliau telah menabur bakti membesarkan anda . dan mungkin taraf hidup nya agak rendah kerana selain itu beliau terpaksa memberi makan kepada anda yang sama bingai nya dengn lembu yang hanya tau membuat bunyi aneh tanpa usaha untuk memajukan diri .

Hang Kata Hang Terer said...

ermmm... tak semua insan didunia mampu miliki apa yg mampu kita miliki... harta benda tak membawa kemana. hanya amal yg akan dihisab. lagi satu yg duk cabut nyama ni bukan kita yg tentukan.. hanya Allah saja yg tahu... lau nak mati tgah berak pun boleh mati.. fikir2 kan lah... wasalam

mayamasturahahmad said...

hidup itu wujud , kematian itu pasti . pernah dengar , berusaha bagai anda hiddup 1000 tahun dan beramal bagai anda mati esok ? sesuatu yang di tulis mempunyai sebab tersendiri . usaha untuk memajukan diri itu amat diperlukan dan bukan nya merungut itu dan ini .

eL aMoRe MuE said...

kalo dalam short distance, moto mmg sgt sesuai ar. sev minyak, cepat (leh mencelah), paking tak kene bayar, tol terlepas. kehkeh. kalo long distance, prefer lagi kete or public. sbb lagi selesa dan selamat ;D

mayamasturahahmad said...

itu memang sangat tidak dinafikan . mungkin kalau lelaki bujang boleh kan . kalau dah ada keluarga kena lah maju sikit kann :)

Hang Kata Hang Terer said...

berusaha n berdoa macam mana sekalipun kalau dia kata rezki takat tu ja nak buat macam mana. da dugaan tu yg dapat redho n pasrah seadanya. bukan nak merungut atau nak menghina sesiapa cuma nak bagi pendapat.

Hang Kata Hang Terer said...

mmg betul cuma cara penyampain tu boleh mengguriskan hati banyak insan.

mayamasturahahmad said...

kadang kadang hidup ni , jangan terlampau fikir jauh . ambil sedikit untuk fikir ke arah positif

Hang Kata Hang Terer said...

mmg betul ambik yg positif. hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. sy sendiri pun pakai keta adik saya pun da ada keta, ayah saya pun da ada keta skrg. kalau diikutkan semua orang nak sempurna, semua orang nak ada keta, semua nak nak maju.kalau artikel ni dituju pada orang yang pemalas dan mat rempit saya sokong 100%

mayamasturahahmad said...

itu lah yang saya cuba perkatakan . ke nak saya ubah tajuk entry ni ?
"untuk mat mat rempit dan si pemals " ????

Hang Kata Hang Terer said...

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. terlajak taip tak perlulah nak mendelet. itukan kata hati awak. dan kata hati kami adalah memberi pendapat. lain maknusia lain tempat, lain orang lain pendapat.. tak semestinya pendapat saya akan disokong 100% dan tak semestinya apa yg awak taip ditolak 100%.

Anonymous said...

sy nak tanya.pemandu kereta ada timbang rasa ke masa memandu?tukar lorong tak bagi signal, kalau time tu moto lalu sebelah, moto jugak yg jadi mangsa.kebanyakan kemalangan yg melibatkan penunggang motorsikal juga adalah disebabkan pemandu yg tidak perihatin kepada pengguna jalan raya lain.jadi jgn la nak menuding jari kat sebelah pihak sahaja, pikir kesalahan pihak sendiri dulu

mayamasturahahmad said...

terima kasih kepada en anonymous kerana sudi membaca dan meninggal kan komen . disini , saya dengan rasa rendah diri ingin lah memberitahu , tujuan entry ini ditulis bukan lah untuk mencari salah sesiapa . di dalam entry ini juga tidak lah saya mengatakan bahawa motosikal menjadi kenderaan yang berisiko kerana penunggang nya . dan saya juga ada mengatakan bahawa penunggang dan pembonceng motosikal menjadi mangsa kenderaan lain . saya tidak mempunyai niat langsung ingin menunding jari kepada sesiapa . sudah saya nyatakan motif entry ini adalah untuk menyedarkan dan memajukan dan bukan lah menunding jari . sekian terima kaseh

Dak Ketegaq said...

Sabau jer lah

aiEn mOyu said...

aku rse baek kereta baik moto.masing2 ade kebaikan dan keburukan..kite nh hidup cube byk besyukur k..bukannye moto smua mat rempit yg tunggang eh (bukan "memandu" moto x de stereng).bende mcm nh ssah nak ckap.hati masing2..

Yaya said...

hehe aku tak kisah lah naik motor ke kete...janji ley gerak...tp moto mat2 rempit je la aku tak layan sgt...superbike motorcross sume aku layan ahaha....tp kalau dok kl la..aku sarankan naik moto lagi save...kete dgn minyak lagi pastu tol lagi parking lagi haih tak ley pegi doe...haha

mayamasturahahmad said...

yaya , betul betul dok kl ni memang wajar pakai moto lebih lebih lagi kalau pergi balik kerja .

bella hannan said...

kebanyakan yg komen negatif adalah lelaki dan penunggang motosikal.. mung bahasa awak membuat mereka marah apatah lagi keadaan sekitar mereka yg mmg dikelilingi manusia yg sama sprti mereka..sy setuju dgn entry ni sbb mmg btl pn ape yg dikatakan.. mgkin yg mmaki hamun entry ini merasa populariti mereka akan trjejas jika pasangan mereka baca dan sedar tntang prkara ini.. teruskan berkarya.. setiap perkara ada risiko positif n negatif..

mayamasturahahmad said...

bella hannan , big thank you . terima kasih kerana menyokong :)

PEN MEMANDU PATGIG said...

hehehhe...btol gak 2...tp dah jiwa ke arah 2,akur khendak hati...kete tetap ada,xkan nak kua d8 nek moto,kalo xsiden,huduh dah rupe,mjur la kalo nk lagi org 2...hhehehe..saya sndiri bikers,n we are riders not gangster.hehehe.

Anonymous said...

sebenarnya xda masalah naik moto atau keta.. Masing2 ada tggungjwb di jln raya.. Klu yg pmpuan boleh naik skuter.. Naik skuter kain x terselak kan?hehehe.. X smua yg naik moto tu xda masa dpn.. Persepsi mcm tu kna ubah..

Anonymous said...

memajukan diri? habis tu orang yang naik superbike tu? mahal lagi dari kereta yang kebanyakan kita mampu milik.

erull fendey said...

kpde akk yg persn bagus....ko jgn ingt smua yg ad mtr ..xad krte.....bgi ak lah...lo nk acdnt..acdnt gak...kte org yg naek mtr ni..bkn ap...mtr lgi snng hndle brbndg krte...lo mtr rsk ..mse bwk longdistnce..kat higwy ke..bely baiki sndri....kte org maen mtr...bkn sje2 maen ...kte org maen..kte org tau isi dlm mtr..lo bwk kerte..tau bwk je..ble tibe mse rsak mse bwk jauh mle mngelbah...lpas tu mle lah tahan2 mat2 mtr...mnx tlg...lo ko kne mcm 2...bru ko sdar...lgi stu...kenpe blog ko ni byk tls sal negtf je...kte THINK +???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...