diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Thursday, April 7, 2011

PROTESTOTERON

dari pagi tadi aku bangun , aku cuak betul kalau terdengar suara cik mon . aku risau je dye pekik pasal pasu dye . nasib aku baik sebab dye tak kata apa apa pasal pasu tu . mungkin sebab dye malas nak cakap atau dye memang tak tau . aku risau je dye mintak ganti rugi . haiiihhh . aku dah la nga kering kontang .


tengah hari tadi , masa aku nak keluar g kedai , aku tengok pasu bunge cik mon dah ganti . sebab masa aku langgar tu , aku bio je pokok palma tu bogel xde pasu . hihi . ternyata , cik mon memang banyak stok pasu .


andai kata , sedara cik mon , atau cucu cik mon , atau anak cik mon , mahupun sape sape yang berkenaan dengan cik mon baca entry ni , nanti jumpa cik mon , kate ngan dye aku mintak mahap . kite jiran , takan pasal pasu nak bekire kan ? :D
ahhh . . persetankan cik mon . aku ade bende lagi penting nak tulis .






ni antara gambar yang abang kamil shoot semalam . aku yang mana 1 ? korang dah besar . pandai pandai berdikari cari sendiri .



petang tadi , sebelum citer kemboja yang boleh tahan best kat tv3 tu , aku sempat selak surat khabar yang aku pasti bukan surat khabar harini . aku ade terbaca 1 entry kecik dekat surat khabar metro (bukan nama sebenar) yang tajuk nye "AS MUFLIS 15 MEI ".


lepas aku tengok tajuk tu , dalam hati aku ketawa besar . padan muka kau . tu lahhh . bom sana bom sini . hutang sampai ber trilion trilion . walau dalam hati aku tau , kalau AS muflis , negara kita pun akan terkena tempias nye . sebab negara kita pun ade bisnes ngan diorang lkan ? (ini aku agak la . aku bukan update pun info2 terbaru ni )


aku perhati , kat facebook , bukan main ramai lagi yang memberontak pasal harga minyak naik . lepas tu kat area rumah aku ni , bukan main banyak lagi banner marah kan kerajaan pasal naikkan harga barang . siap buat dalam bentuk perlian "TERIMA KASIH KERAJAAN KERANA NAIKKAN HARGA BARANG " sentap pakcik najib kalau baca . kang kalau pakcik najib merajuk sapa nak jawab ? sapa nak jadi pedana menteri ? haihhh .


okay , mungkin ada yang baca blog aku , akan pandang enteng dengan tulisan aku , sebab mungkin korang anggap aku ni budak hingusan atau rasa aku ni tak cukup bagus ak cakap ape ape . tak pe . aku tulis apa aku rasa ikut hati akal aku kann ? sukahati aku laa .


korang tanak kan negara kita muflis macam amareka tu kan ? kalau tak nak , kenapa merungut kalau kerajaan naikkan harga barang ? minyak naik 20sen , tapi korang tau kan berapa banyak subsidi yang kerajaan bagi kat kita ? tepung , gula , minyak , banyak lagi .


aku rasa kita sebagai rakyat , tak boleh la nak memberontak je . lepas tu bila tak puas hati , buat perhimpunan . apaa lahh . kan lagi menyusah kan . korang bukan tau kalau kerajaan terpaksa bayar gaji abang abang polis , rela , bomba , ambulan yang hemsem taff dan macho tu . lagi kalau korang semua buat hal bagai , kene lah bayar overtime semua abang abang hemsem taff dan macho tu .


kalau korang rasa tak puas hati , minyak petrol naik harga , apa kata korang tapayah pakai kenderaan yang pakai petrol . pakai basikal ke , kereta kuda ke (ha , kereta jugak ) , beca ke , lagi afdal kalau jalan kaki :D


kalau korang rasa rugi je beli keta mahal mahal dan nakk jugak pakai kereta korang yang power gila tu tapi tetap nak protes harga petrol , korang isi je tank keta korang dengan teh o ke , nescafe o ke . nak lagi afdal , urine korang . kaler lebih kurang kan . kereta korang mesti xde hal punye .

kerajaan pun ade bagi kite kemudahan lain kan . kenderaan awam kan banyak , korang naik lah kenderaan awam yang ada . lrt , bas , komuter , monorail dan lain lain . kalau tak nak jugak . lantak korang lah . pandai pandai hidup .


okay ? sebarang komen , cadangan , usul , cacian , makian , sila tulis di ruang komen bawah ni . kalau rasa macam takot2 , takpe , boleh komen sebagai anonymous . aku tak kesa . aku redha je .
and and , selamat hari jadi kat abang aku mohd rudy (click untuk view blog tahap gaban beliau yang power tahap gaban). semoga panjang umur dan murah rezeki . and , takkan iman sorang je bang ? produce la 2 3 4 lagi . hihi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...