diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Thursday, April 28, 2011

REDHA DAN POLITIK

maaf kalau ada yang bertanya , maya kenapa tak update ? aku bukn bz cuma aku menghadapi kesukaran untuk update sebab BEROKBAND AKU DAH LIMITTTTTT !!!!
kalau cakap pasal marah dengan berokband aku ni , memang sampai minggu depan pun tak habis . mari kita cerita pasal lain .


mula mula aku nak cakap pasal entry aku yang lepas . agak ramai yang tak berpuas hati dengan entry aku yang minggu lepas (KLIK SINI). adat menulis , mesti ada yang suka , ada yang tak suka .


ada yang melemparkan komen komen yang agak menyayat hati juga berbaur kelembuan . tak apa . aku redha . nak buat macam mana . aku bukan boleh puaskan hati semua orang . dan aku suka dan bersetuju dengan sorang pengkomen ni :)
  


mungkin antara mereka tak paham apa yang aku cuba sampaikan . ade jugak yang boleh paham . tak pe lah biarkan mereka berkata apa yang mereka mahu . kau tak suka apa aku tulis tak apa . kalau aku salah kau tegur aku cara yang munasabah atau aku akan layan kau dengan penuh kekejian .

**********************************************************************************************

POLITIK ? putar belit politik . budak darjah dua pun dah pandai main politik sekarang .
dua tiga hari lepas aku ade berbalah dengan sorang cik abang ni pasal politik . akhirnya aku mengalah sebab aku malas nak berdebat dengan dia . sebab aku ni cepat angin . kang tak pasal boleh bergaduh dengan cik abang tu . "mengalah tak semestinya kalah kan ?"
sekarang ni dengar apa budak lapan belas tahun ni nak cakap pasal politik ye cik abang kakak .
setiap kali aku bukak buletin utama kat tv3 pukul 8 malam , tajuk utama dia ? POLITIK . berita berita dekat surat khabar banyak nya pasal ? POLITIK .



tambah pulak kalau ada adun yang baru dijemput ke alam lain , lepas tu ada pilihan raya kawasan . hahhh ! time tu lah semua budi baik ditabur , janji lapan tahun lepas diperkota . time itu lah baru wujudnya orang miskin yang perlu dibantu . aku dah biasa sangat situasi macam tu .
BAIK KERAJAAN BAIK PEMBANGKANG ! SAMA JE !
jangan nak memandai assume (membabi buta) kata aku ni sokong kerajaan , atau pembangkang . undi anda adalah rahsia !


aku semak tengok orang dok pum pam citer pasal politik . mula mula politik , lepas tu boleh sampai kemana mana . bila bercakap pasal politik , mula lah dok mencari salah masing masing . macam pasangan kera cari kutu ," i cari kutu u , u cari kutu i " . lagi lagi pakcik pakcik yang dok kat kedai kopi , cerita pum pam . anak bini kat rumah ntah makan ntah idak . amek politik , sumbat dalam perut anak bini




bila bercakap pasal politik , akan timbul cerita RASUAH . hahhh ! cerita pasal rasuah ni . common sangat . baik melayu , cina atau india . bahkan iban , dusun , dan semua kaum kaum kat malaysia ni sangat mudah terjebak dengan rasuah .


selalu nya RASUAH ni pasal apa ? DUIT kan ? KUASA kan ? haaa . mana ada manusia yang tak teringin nak punya DUIT dan KUASA . aku dulu masa sekolah rendah pun dok join pilihanraya ketua kelas . tak dapat ketua , jadi penolong pun redha .


baik yang berpegang kepada islam atau pun tidak . kadang kadang kita terlalu jegil kan mata kita untuk cari kesalahan orang . sampai kesalahan depan mata kita , terus jadi buta . berpegang kepada islam bukan confirm orang tu betul betul jujur dan ikhlas "RAMBUT SAMA HITAM HATI LAIN LAIN"



bagi aku , siapa pun yang memerintah , siapapun yang memegang kuasa , tak akan lari dari kesalahan . kita bukan dalam zaman rasulallah SAW .tak ada umat muhammad yang sempurna segalanya . umat muhammad ni sangat mudah terpengaruh dengan iblis laknatullah kan . sama macam aku .


aku budak umur lapan belas tahun . tak reti sangat kalau nak berbalah pasal politik ni . jangan tunjuk hebat nak berbalah dengan aku pasal politik . jemput datang rumah berbalah dengan abah aku . tengok siapa nagis dulu . ini apa yang aku paham . aku ambik isu ni secara menyeluruh . kalau pasal politik ni , LAKI BINI PUN BOLEH TIDUR ASING . ini kan pulak rakyat jelata . negara timur tengah pun perang besar pasal politik jugak .


ini baru aku menulis pasal politik malaysia . kalau aku cakap pasal dunia ? tahun depan baru korang boleh baca entry nye kot . ikut kan banyak lagi yang aku nak tulis . tapi sampai sini dulu . aku nak pergi tukar absober sang kancil yang patah mungkin pasal aku langgar lubang atas jalan (haa lubang ni pun ada sangkut paut asal politik jugak ni ) tambah pulak dengan berat beban aku =='

8 comments:

mck said...

aku sokong pendapat ko~~x payah nk critA pnjg..sbut psal duit/kuasa semua org lupa diri..cri slah org laen smpai dri sndiri bt slah pn kta x apa...aku x minat politik sbb krna politik smua bpcah..bgsa melayu bperang sesama sndiri~~allah suruh ke kta bgaduh sesama muslim..aku dh jemu dgr agenda politik zaman skrg..kta org melayu?islam bgaduh sesama sndiri smpai nk mbunuh2~~org cina/india kt blkg duk dabik dada tggu masa melayu hncur~~aku xkisah sapa mmrintah baik umno atau pas asalkn martabat bangsa melayu dlm perlembagaan xjatuh &diperkotak katikkn oleh mereka2 yg mnggu utk mnjahanamkn bgsa melayu~~

Anonymous said...

love you

mayamasturahahmad said...

mck . apa yang kau cakap tu pun memang terngiang ngiang dalam fikiran aku . memang politik ni bawak perpecahan . trimas komen dan memberikan pendapat yang bernas sekali :)

mayamasturahahmad said...

hi anonymous , err . lebih baik komen disertakan dengan link supaya mudah dikenal pasti . tq :)

Pembawa_Wacana said...

bersatu kita bersatu......... :)

mayamasturahahmad said...

pembawa wacana , pelik ayat itu :)

Dak Ketegaq said...

wahhh...pendapat saya disukai ramai... hehe

mayamasturahahmad said...

dak ketegaq , whooooaaaaaaaaaa :O hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...