diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Wednesday, April 20, 2011

susah sedar senang lupa

datang dan pergi . lumrah hidup . macam tu jugak dengan kawan . kawan datang dan pergi . susah cari , senang pergi .
kawan makan kawan , gunting dalam lipatan , duri dalam daging , harapkan pagar pagar makan padi , tikam belakang , aku dah jelak dengan kawan kawan yang jenis macam tu . tak kira lelaki tak kira perempuan .

dan selalu jugak kalau susah , ada masalah , bukan main hari hari dok telefon . kalau dah senang , tanya khabar pun takde .
bukan semua tapi kebanyakan . aku masih ada lagi kawan kawan yang boleh buat susah dan senang . aku hargai perKAWANan kitorang .
buat BEKAS KAWAN , aku ucap terima kasih pernah jadi kawan . perkara biasa lumrah manusia , jumpa yang lebih baik , yang lebih agung , yang lebih hebat , yang lama dilupakan . walaupun yang lama tu lah yang tolong kau tengah tekapai kapai kesusahan .

bukan niat mengungkit tapi sekadar meluah rasa . meluah kan rasa yang orang tak kan pernah pedulik . siapa yang heran tulisan tempelan macam ni . banyak lagi bende penting yang perlu diendah kan . aku tau semua tu .
semua orang pernah rasa menolong dan ditolong . semua orang sedar masa menolong tapi berapa ramai yang sedar masa ditolong ? sama je . aku pun macam tu . kadang tak hargai masa ditolong .
kawan yang pergi buat aku jadi terpinga pinga , tertanya tanya , kenapa kau pergi ? kenapa kau hilang ? jawapan yang aku dan sesiapa pun tak pasti melainkan tuan punya hati .

apa pun hidup perlu diteruskan . kawan bukan segala nya . tanpa kawan hidup masih boleh diteruskan walau pun susah . tak perlu rasa hina kalau takde kawan . kalau kita senang kawan sendiri akan cari kita . kalau susah ? pandai pandai lah berdikari .
mungkin sedikit bosan bila takde kawan tapi kadang kadang menyampah bila ada kawan yang menyusahkan .


kepada kawan kawan aku yang kau orang rasa aku kawan ,
terima kasih sebab jadi kawan aku . aku sangat hargai kau kawan aku . aku harap kau akan jadi kawan aku sampai aku expired date . kau kawan aku selagi kau tak tikam aku dalam sedar mahupun tanpa sedar . aku mintak mahap ujung rambut sampai hujung kuku jari kaki kalau aku ada sakitkan hati korang . kalau aku ade salah apa apa kau bagi lah tau aku . kalau kau sakitkan hati aku sikit sikit , takpe lah . aku mahap kan . tapi kalau kau dah tikam aku kaw kaw , moga kau mati nanti tak jadi bangkai . jadi lah orang yang berguna .
kawanmu, -maya-
credit to EKAMIL PHOTOGRAPHY @ EKAMIL RAZALI (click for fantastic photos) for the photos :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...