diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Sunday, May 15, 2011

pemikiran , aurat , tudung dan 3GP

sekali lagi persoalan tudung aku bangkit kan . sedikit luahan yang aku harap takde yang mempertikai . 


tudung , simbol agama islam . menutup aurat kaum wanita . tapi aku rasa bukan simbolik untuk menutup kekejian hawa nafsu kan ?


okay bende yang aku nak bangkit kan ni mungkin sensitif , sebab isu ni mungkin akan berbaur keagamaan . tapi aku rasa bende macam ni semua perlu alert .


kenapa selalu ada yang mempertikai seorang wanita yang tidak bertudung bercakap tentang agama di khalayak umum . terutama di alam maya ni la . kalau perempuan tu tak pakai tudung kira perempuan tu tak layak cakap pasal agama ke apa ?

aku rasa benda macam ni memang tak wajar . selalu aku nampak ayat ayat keji seperti "ELEEHHHH , KAU PUN TAK PAKAI TUDUNG , ADA HATI NAK NASIHAT ORANG . PAKAI TUDUNG DULU BARU TUNJUK BAGUS"

OOO KALAU PAKAI TUDUNG BARU BOLEH CAKAP LAHH ? yang suka cakap macamtu , dah lah minda lembu , pemikiran tak maju , protes je lebih . bila orang cakap sikit , protes macam orang gila padahal tak tau pape -.- 

kenapa ada segelintir manusia ni selalu sangat nak berfikiran macam tu ? 



bagi aku soal bertudung atau tak , bukan lah medium untuk menghakim pekerti seorang wanita . serius aku cakap , PEREMPUAN PAKAI TUDUNG TAK SEMUA NYA AKHLAK MULIA , PERIBADI SOLEHAH . 





kenapa aku cakap macam ni ? sebab banyak berlaku depan mata . jangan lah ada yang nak mempertikai kan aku dengan soal ni . macam korang tak pernah tengok awek yang singkat otak nye yang memakai tudung dalam 3GP ? come on . kita bukan zaman charlie chaplin atau zaman tun abdul razak memerintah kan ? 

lagi satu aku nak ulas , perempuan perempuan BERTUDUNG yang melakonkan aksi aksi dalam henpon2 korang kite tuuu ,  memang sangat lembu otak nya . tak boleh fikir ke ? kok ye pun , bukak lah tudung tu . tak delah nampak rupa islam nye . sakit je mata aku tengok . rasa macam nak hempok pakai seterika 


aku bukan nak back up perempuan yang tak pakai tudung , atau nak jatuh kan perempuan yang bertudung , tapi aku cuma nak orang sedar yang fizikal bukan hakim dalaman . jangan menghukum seseorang itu hanya kerana dia melakukan kesalahan yang jelas , semua tu boleh diubah .

aku tau , membuka aurat tu memang tergolong dlam kategori berdosa dan akan di hitung , tapi beri masa . semuanya tak boleh berubah sekelip mata . segala yang dilakukan seharusnya "lillahi ta'ala" bukan kerana lain  . macam yang dah aku cakap dalam entry aku sebelum ni (KLIK SINI) .

ISLAM BUKAN HANYA PADA FIZIKAL PEMAKAIAN LUARAN , TAPI SEMAT DALAM HATI JIWA PENUH IMAN . 

buat si dia yang aku puja

tiba tiba jiwa meruntum . ntah apa yang aku nak luah pagi pagi ni . tapi aku pasti ini dari hati . bukan berjiwa jiwa la . tapi meluah rasa . kalau yang tengah gaduh ngan awek tu , gi amek kertas salin ni . pastu bagi kat awek korang . jangan print . tulis dengan tangan . dan jangan suruh adik korang tulis or member2 . biar tulisan kau yang ori .

kalau awek kau tak terharu makne nye awek kau tu ade masalah hormon atau mungkin ada keturunan dengan sopngebob atau patrik star . kalau cik awek awek nak bagi kat boipren , aku tak pasti sebab hati lelaki kan . aku tak berapa nak paham . tapi sebenarnya ni sesuai bagi kat abang abang -.-

kalau ada cik abang cik abang yang baca ni , boleh la tinggal kan sikit perasaan korang kat ruang komen tu , bayangkan kalau ni awek korang bagi . aku nak tau gak hati lelaki ni . kalau malu , pakai anonymous je pun tak pe . aku paham lelaki kan pemaluu  :P





buat si dia yang aku puja .
  



buat sang kekasih 
aku bukan meminta 
aku cuma mendamba 
bukan harta penuh merata 
sekelumit kasih merata di jiwa 

buat yang dicinta 
rajuk ku bukan suka 
rajuk ku bukan lah lama 
tunjukkan kau suka 
berikan rasa apa itu cinta 
 


 


buat yang dikasih 
sayang aku bukan untuk membatu
pamer sedikit cemburu
berbunga hati saat kau ragu
baru ku tahu kau mahu diriku 


buat yang dicinta 
bukan diri mahu dipuja 
bukan diri mahu didamba 
jujur setia ikatan jiwa 
hati berkata kau lah semua 


buat si bakal penyeri hidup 
tak pernah terfikir kau siapa 
tak pernah perduli kau punya apa 
selepas tuhan yang maha kuasa
dan keluarga punca bahagia 
hanya kau dicinta hingga akhir nyawa


 



hargai dia selagi masih ada ,
hargai dia selagi masih  , 
sayangi dia selagi punya rasa , 
cintai dia selagi tubuh bernyawa.
   

Saturday, May 14, 2011

APA YANG KAU BANGGAKAN ??

ooo maakk . tekejut aku tengok
post section ni . patut lah diorang close punye lah lama . rupenye dok usahakan bende ni . okay walaupun aku hangin  , bukan aku je , semua blogger blogger lain juge , tapi nampak nye post section ni lebih mudah dann lebih stailo . terima kasih .

ini ada sedikit puisi untuk renungan para anak muda termasuk aku . kau bukan lah hebat mana .  renung renungkan . 



Anak Muda,
Rambutmu kini menjadi perang
Entahlah, kau cat dengan wang dari orang tuamu
ataukah sekadar mengikut kenkawan

Anak Muda,
Ada besi melingkar menembusi cuping telingamu
Bukan hanya kaum hawa
Engkau pun sekarang memakainya
Kamu menyangka kamu nampak hebat
Tapi sebenarnya semakin membuatmu seakan wanita


Anak Muda,
Pakaianmu yang kemas semasa bersekolah menengah
Telah berubah setelah menjadi mahasiswa
Koyak sana, conteng sini
Baju yang baru sengaja kau burukkan
GRUNGE katanyaa . 

Anak Muda,
Sebatang rokok selalu menemanimu
Ringgit demi ringgit kau bakar
Pengubat stress katamu
Padahal kau sedang bahayakan diri dan sekitarmu
Kau benci orang yang ego
Padahal kau sendiri termasuk darinya





Anak Muda,
Usia yang semakin bertambah
Tak juga membuatmu berubah
Waktu demi waktu
Engkau habiskan berlalu begitu sahaja
Dari warung ke restoran mamak
Dari mall ke kelab
Pengisiannya sama tetapi tempat yang berbeza





Anak Muda,
Masa mudamu menentukan masa tua
Barangsiapa bersenang-lenang di waktu muda
Kemungkinan akan bersusah payah di waktu tuanya
Dan sebaliknya,
Barangsiapa bersusah payah di masa muda
Insyallah akan menuai nikmatnya hari tua

Anak Muda,
Bukan kehensemanmu yang boleh kau banggakan
Bukan pula penampilanmu yang kononnya cool
Bukan pula aksesori dan gaya jalanmu
Tapi berbanggalah kerana akhlakmu
Berbanggalah kerana kebaikanmu
Dan berbanggalah kerana keikhlasan mu




Anak Muda,
Ayahmu membanting tulang bersengkang mata
Mencari nafkah kos sekolah dan makanmu
Sedangkan ibumu
Sabar mengajar mengira satu dua tiga
Dan mengeja a b c d
Namun, apa baktimu?





Anak Muda,
Pilihan di tanganmu sekarang
Diam bererti menanti kehancuran
Berubah bererti mencipta masa depan
Renungkan, fikirkan
Dan cepatlah ambil keputusan




usah berada diawangan . masa bukan lah untuk di perlengah . masa tidak akan kembali . 
 
ilham-isuhangangat.net- 

sumber gambar dari ekamil gojes ! 

Wednesday, May 11, 2011

selami hati ini


untuk menyelami hati dan perasaan seorang wanita itu kadangkala mudah kadangkalah payah . tetapi kadangkala mereka mereka yang menjadikan nya payah dek kerana ditenggelami keegoaan yang menutupi segala kefahaman . kefahaman adalah tunjang utama keserasian . tiada kefahaman , runtuh lah keserasian .



kadangkala , apabila si wanita menangis , bukan lah kerana dia lemah . bukan juga kerana dia menagih simpati . akan tetapi kerana itu yang termampu untuk mendapat sedikit perhatian yang didambakan .

kadangkala , apabila si wanita membangkang , bukan kerana ingin menunjuk kan dia kuat atau pun bijak , akan tetapi untuk menunjukkan yang dia juga tahu dan bukan lemah seperti yang selalu disangkakan .

kadangkala , apabila si wanita menolak sebuah pertolongan , bukan lah kerana dia berlagak kuat atau sombong . dia ingin berdikari . berdiri di atas kaki sendiri dan bukan mengharap simpati . juga dia ingin menyangkal kata kata mereka yang selalu memperkecil . dan mungkin dia tidak mahu menyusah kan mereka .

kadangkala apabila si wanita marah , bukan lah kerana ingin menunjukkan yang dia seorang yang emosi , dia hanya ingin memberi amaran supaya mereka tidak memperlekeh dan memperleceh . juga supaya dia tidak dipandang enteng .

kadangkala apabila si wanita mengeluh , bukan lah kerana dia berputus asa , dia hanya meluahkan sedikit perasaan yang terbuku di dalam jiwa dan mungkin juga si dia mengharapkan pertolongan akan dihulurkan dari mereka .

kadangkala apabila si wanita merajuk , dia tidak mengharapkan pujukan atau layanan istimewa , cukup sekadar perhatian dan belaian emosi yang mudah dan bukan nya suatu yang membebankan .

kadangkala apabila si wanita menegur , bukan lah ingin berlagak pandai , juga bukan ingin memerintah tetapi niat yang ikhlas di dalam hati untuk memperbetul . mereka sering menyalah erti dan menganggap ianya suatu arahan .



dia dan mereka bukan lah jauh berbeza , memerlukan antara satu sama lain . diciptakan untuk digandingkan bersama .

DAH BOLEH MAINNN ????





whhoooooaaaaaa dah boleh main lah sekarangggg ! besttt nyeee :D
-

-

-

-

-

-



hahahahaa gimik betol aku ni . takde ... cerita nye macam ni ....



tengah aku dok online , tibe tibe tekejut aku keluar lagu kuat gila . aku tengok player aku xde plak on . rupa nya datang dari blog aku ni haaa .

selarang ni , korang semua dah boleh baca blog sambil main game . hihi . tapi ini advertisment . aku pun tak tau sampai bila ada . bukan kat blog aku je . kat blog orang lain yang ade advertisment semua pun ade . kalau xde korang kene tutup balik then bukak lagi sekali sebab iklan nye lain lain .




cara dia senang je . macam main guitar hero tuu . korang tekan je arrow kat keyboard korang tuuu . ye ? hiihi . selamat mencube :D

Monday, May 9, 2011

terbit cinta bukan dusta



kakak kakak , awek awek , gadis gadis , macik macik , tahukah anda bagaimana rupa nya apabila seorang abang abang atau seorang lelaki jatuh hati atau jatuh cinta ??


ALKISAHHHH ......


sang kancil bertemu sang harimau . . . ok ok aku gurau :P



macam ni sebenarnya ..
Lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk kekasihnya.

Antara tanda lelaki jatuh cinta dengan hebat termasuk:

- Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

- Sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

- Banyak menasihati kekasihnya kerana dia sayangkan kekasihnya.

- Berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

- Sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

- Sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sering rasa curiga.

- Tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

- Mudah rasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian padanya.

- Ada kalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahukan kekasihnya melayannya lebih daripada orang lain.

- Menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

- Pandai merajuk kerana ingin dipujuk kekasihnya.

- Menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

- Sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

- Mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

- Kerap bertanya cinta kekasihnya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

- Tidak melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

- Cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

- Membanggakan kekasihnya depan orang lain.

- Jika dia ditinggalkan kekasihnya, dia berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun sentiasa mengharapkan kekasih kembali padanya.


- Apabila timbul orang kedua, dia akan hilang akal dan sanggup buat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
- Menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawa sendiri.

sumber-ukirancinta.blogspot.com


haaaa , betol ke tipu tu diorang bercinta ? hihi

aku tak relaaaa :'(





tawaran kemasukan tingkatan 6 . haihhh . yang aku mintak tak dapat . yang aku tak nak dapat tawaran pulak .
sama lah macam kehidupan ni . apa yang kita nak , apa yang kita betul betul nak , tak semestinya kita akan dapat . termasuk lah apa yang kita suka . selalu nya , apa yang terjadi tu , mesti ada hikmah disebalik nya ,


macam aku kecik kecik dulu , bila time pergi pasaraya dengan abah , nak beli barang dapur , aku nak beli air gas . haaa , abah aku memang tak akan kasik . memang time tu merajuk lah konon . tarik muncung lapan inci .

tapi bila dah besar sikit , dah kenal mana baik mana buruk , baru lah aku tau , oooo kenapa abah tak bagi minum air gas . sebabbb , air gas banyak gula . nanti boleh kene kencing manis . kannnn . tapi kadang kadang , bila degil datang , minum jugak . takpe , selalu aku dengar , takkpeee , sikit jee . uuubbaaattttt :P




haaa petang tadi masa aku ngah beli buntot ayam bakar kat tepi jalan tuu , aku sempat la ngomel kat mamat yang menjual tu . "panas betul sekarang ni kan bang" , dengan tangan yang tengah dok mengipas bara arang sambil asap berkepul kepul memenuhi ruang langit , dia dengan selamber jawab , "aah tulahh . ozon sekarang makin nipis . banyak pencemaran ! dan bla bla bla dia membebel " . aku ingat aku je manusia yang rajin becakap , rupenye dia lagi hebat . mungkin pasal hari hari dye ngadap bontot ayam kot .


terdetik dalam hati aku " dia tak sedar ke apa yang dia buat tu pun menipis kan lapisan ozon ? " haiiihhh .. nak buat macam mana . kepak ayam dengan buntot ayam yang mamat tu jual memang terbaik . nak tak nak terpaksa lah aku beli .

marilah kita sama sama mengurangkan aktiviti yang boleh menipis kan lapisan ozon kita . bumi semakin panas . tak sanggup rasa nya menahan kepanasan ini .
juga kepada umat islam , termasuklah aku , marilah kita bersama sama melakukan ibadah dan amal jariah serta menyahlibatkan diri dalam aktiviti aktiviti zina kerana sesungguhnya , neraka itu panas yang amat sangat .


okay lah . aku pun nak tutup lampu nak get ready to dreamland . sakit di pungkok masih terasa bisa nya tatkala jatuh di pinggiran dapur tadi . untung rumahku konkrit . kalau tidak alamat nya , berita muka depan lah pagi esok . nunitee :)

Friday, May 6, 2011

semakan upu spm 2010

7.00 malam . aku dapat im dari seorang kawan aku , "mas(nama panggilan kat sekolah) sayangggg , dapat mana ?" aku pun dengan exited , tanpa sempat mereply im mmbe aku tu , aku terus pegi check . kalau ade antara korang lepasan SPM2010 yang belum semak , boleh semak di



aku baru lepas check .
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


(klik image untuk lihat kemudian backspace untuk kembalike page ini)


sedikit kekecewaan namu tidak terbit putus asa . tanpa berlengah , aku mengisi e-borang rayuan .

(klik image untuk lihat kemudian backspace untuk kembalike page ini)


perancangan aku untuk masa depan , aku akan tetap sambung belajar , walaupun sedikit lewat . bak kata pepatah biar lambat asal selamat . tak perlu tergopoh gapah . almaklum lahh , result spm pun yang hadooo je . redha lah .
mintak jasa baik , doakan aku . sekian terima kaseh .


Monday, May 2, 2011

duit kita bangsa kita .


al kisahh .. dua hari lepas aku pegi 7e dekat area umah aku ni . nak beli topup henpon . tibe tibe mamat yang keje situ dok mempertikai kan aku pakai line maxis .
kata nya , "apa lah pakai maxis , sokong india . nanti diorang gi buat kuil "
aku pandang dia dengan jurus jelingan pedih seribu , aku cakap "ehh suka aku laaa" ..


*******************************************************************************************


sini aku nak cakap pasal kuasa pengguna . kenapa mesti nak pilih pakai yang bangsa kita jugak hasil kan ? sedangkan ada yang lebih bagus ?

selalu orang kata , "buat apa bagi india/cina kaya ?" (selalu orang melayu yang cakap)
bukan masalah bagi diorang kaya atau pun tak . the best bisnes strategi win la . kesah apa aku kalau india ke , cina ke , melayu ke . mana yang pandai tarik pelanggan guna perkhidmatan diorang , itu lah yang berjaya .


kenapa bangsa lain banyak yang kaya dari bangsa kita ? sebab diorang pandai bisnes . pandai buat strategi . (kadang kadang pandai kelentong jugak)

kita hidup kat malaysia . ada berbilang kaum . tak boleh la nak boikot sesuatu benda pasal bukan dari bangsa kita . asalkan tak lari dari hukum hakam agama sudah laa . dalam quran pun bukan ada tulis berdosa pun kalau kita guna barang dari bangsa/agama lain .

kalau nak cakap pasal maxis (india) celcom (melayu) digi (cina) , kalau nak kene sokong bangsa , tapi kita yang pakai , lepas tu kopak poket , apa guna ?


itu lah dia kuasa pengguna . kalau melayu pun bagi perkhidmatan , lepas tu mahal nak mampos , takkan nak sokong jugak ? kalau kita dok sokong dia , dia kaya , kita papa kedana ?

okay , memang lah kalau kita pakai perkhidmatan bangsa india , mereka untung , mereka salurkan pada kuil ataupun bangsa diorang . tapi itu hak diorang . siapa kita nak halang ? diorang bagi perkhidmatan bagus , murah , aku sebagai pengguna mesti lah pilih yang murah .


aku bagi contoh , kata lah jiran aku , cik mon , cik bedah , dengan cik peah , jual kuih dekat pasar malam . tapi aku tak suka dekat cik mon pasal dia marah aku pecah kan pasu bunga dia . tapi kuih yang dia jual lagi murah dan sedap berbanding cik bedah dengan cik peah .
so what kalau aku tak suka dia pun ? kuih dia sedap lagi murah . persetankan perasaan tak suka tu . takkan aku nak bazirkan duit aku beli kuih yang tak berapa nak sedap dan tak berapa nak murah dari cik bedah dan cik peah . kann ? -tamat kisah contoh-


duit bukan senang nak cari bhaii . kalau senang tak pe . sebagai pengguna , kita berhak pilih . jangan kira bangsa apa . mana yang bagi perkhidmatan terbaik , itu yang wajar kita pilih .
memang lah orang akan cakap , kita kene sokong bangsa kita , tapi bukan itu cara nya . pilih mana yang terbaik . kalau nak harapkan sokongan semata , nak jadi kaya , tanpa bisnes strategi dengan perkhidmatan yang bagus , susah la hidup . bila melayu nak maju kan ?


tujuan aku tulis entry ni , bukan lah nak mengata atau mengutuk sesiapa mahupun bangsa bangsa kat malaysia ni . aku just nak bagi tau , bangsa apa pun , kita tetap sama . manusia . perlu berusaha untuk hidup . nak yang terbaik . maka dengan itu jadi lah pengguna yang bijak . jangan nak lempar hujah bukan bukan kat aku .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...