diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Monday, May 2, 2011

duit kita bangsa kita .


al kisahh .. dua hari lepas aku pegi 7e dekat area umah aku ni . nak beli topup henpon . tibe tibe mamat yang keje situ dok mempertikai kan aku pakai line maxis .
kata nya , "apa lah pakai maxis , sokong india . nanti diorang gi buat kuil "
aku pandang dia dengan jurus jelingan pedih seribu , aku cakap "ehh suka aku laaa" ..


*******************************************************************************************


sini aku nak cakap pasal kuasa pengguna . kenapa mesti nak pilih pakai yang bangsa kita jugak hasil kan ? sedangkan ada yang lebih bagus ?

selalu orang kata , "buat apa bagi india/cina kaya ?" (selalu orang melayu yang cakap)
bukan masalah bagi diorang kaya atau pun tak . the best bisnes strategi win la . kesah apa aku kalau india ke , cina ke , melayu ke . mana yang pandai tarik pelanggan guna perkhidmatan diorang , itu lah yang berjaya .


kenapa bangsa lain banyak yang kaya dari bangsa kita ? sebab diorang pandai bisnes . pandai buat strategi . (kadang kadang pandai kelentong jugak)

kita hidup kat malaysia . ada berbilang kaum . tak boleh la nak boikot sesuatu benda pasal bukan dari bangsa kita . asalkan tak lari dari hukum hakam agama sudah laa . dalam quran pun bukan ada tulis berdosa pun kalau kita guna barang dari bangsa/agama lain .

kalau nak cakap pasal maxis (india) celcom (melayu) digi (cina) , kalau nak kene sokong bangsa , tapi kita yang pakai , lepas tu kopak poket , apa guna ?


itu lah dia kuasa pengguna . kalau melayu pun bagi perkhidmatan , lepas tu mahal nak mampos , takkan nak sokong jugak ? kalau kita dok sokong dia , dia kaya , kita papa kedana ?

okay , memang lah kalau kita pakai perkhidmatan bangsa india , mereka untung , mereka salurkan pada kuil ataupun bangsa diorang . tapi itu hak diorang . siapa kita nak halang ? diorang bagi perkhidmatan bagus , murah , aku sebagai pengguna mesti lah pilih yang murah .


aku bagi contoh , kata lah jiran aku , cik mon , cik bedah , dengan cik peah , jual kuih dekat pasar malam . tapi aku tak suka dekat cik mon pasal dia marah aku pecah kan pasu bunga dia . tapi kuih yang dia jual lagi murah dan sedap berbanding cik bedah dengan cik peah .
so what kalau aku tak suka dia pun ? kuih dia sedap lagi murah . persetankan perasaan tak suka tu . takkan aku nak bazirkan duit aku beli kuih yang tak berapa nak sedap dan tak berapa nak murah dari cik bedah dan cik peah . kann ? -tamat kisah contoh-


duit bukan senang nak cari bhaii . kalau senang tak pe . sebagai pengguna , kita berhak pilih . jangan kira bangsa apa . mana yang bagi perkhidmatan terbaik , itu yang wajar kita pilih .
memang lah orang akan cakap , kita kene sokong bangsa kita , tapi bukan itu cara nya . pilih mana yang terbaik . kalau nak harapkan sokongan semata , nak jadi kaya , tanpa bisnes strategi dengan perkhidmatan yang bagus , susah la hidup . bila melayu nak maju kan ?


tujuan aku tulis entry ni , bukan lah nak mengata atau mengutuk sesiapa mahupun bangsa bangsa kat malaysia ni . aku just nak bagi tau , bangsa apa pun , kita tetap sama . manusia . perlu berusaha untuk hidup . nak yang terbaik . maka dengan itu jadi lah pengguna yang bijak . jangan nak lempar hujah bukan bukan kat aku .

14 comments:

Hang Kata Hang Terer said...

Terbaik dari ladang... tapi ada jugak yg kena boikot... -israel-
kalau tu pun nak ikut strategi terpulang lah ya... bak kata nabil lu pikir la sendiri.....

mayamasturahahmad said...

abang terer > ini belum masuk cerita international la awak oiiii =='

Anonymous said...

so, nak cakap takyah sokong bangsa sendiri la ni? cakap bodoh, marah.

Anonymous said...

sokong dan bantu produk melayu muslim utk agama, bangsa dan negara!!!

mayamasturahahmad said...

anonymous pertama > kau ni mesti manusia tak paham bahasa kan ?

mayamasturahahmad said...

anonymous kedua > baiklah

Anonymous said...

xda semangat cintakan bangsa langsung. kalau tak arif tentang hukum, rujuk pada yg sepatutnya. jgn main ckap je...lari maksud. zero info. if u know nothing, please stop writing. MEMALUKAN.

mayamasturahahmad said...

wahai encik anonymous yang bijaksana lagi hebat hendaknya . sungguh beradab dan sopan . saya percaya anda terlalu banyak jasa nya terhadap bangsa dan negara . terima kasih kerana melemparkan komen yang sungguh kelembuan . saya sangat menghargai nya . and said that i know nothing ? okay than u knew too much . IM SO PROUD OF YOU . and for your request asking me to stop writing ? im sorry it wont happen although ur begging and kneeling . am i humiliating ? im so sory about that . <3

Anonymous said...

sorry, i mean u know nothing about this. not everything. cuba dalami n fahami apa yg org lain cuba sampaikan. jgn berckap sesuka hati dan mengikut emosi. sehingga membenarkan apa yg salah. awak xboleh betul sepanjang masa. mungkin kali ni awak salah, n sy cuba betulkan. susah ke nak terima? sekurang2nya kalau sy x menyumbang kpd bangsa dan negara, sy x menjatuhkan bangsa sendiri. penulisan ni sepatutnya menggalakkan ke arah mempertingkatkan ekonomi org melayu/agama islam. mcm mn? dgn menyokong perniagaan mereka lah. bukankah itu yg dianjurkan oleh agama? jgn risau kita akan rugi/papa kedana dgn mmbantu sesama agama. bahkan, kita mndapat berkat n ganjaran pahala dr-NYA. kalau ekonomi org islam maju, agama islam pun akan maju..MasyaAllah, besar sumbangan tu...

Dak Ketegaq said...

saya sokong Anonymous...

hang memang betoi... sedarlah berapa ramai sahabat Nabi Muhammad SAW menghabiskan harta mereka untuk kepentingan agama.. rasanya tak perlu nak hurai panjang... dalam matapelajaran sek rendah pun dah ada...

mayamasturahahmad said...

dear anonymous , adakah perkataan MEMALUKAN dan MENYURUH SAYA BERHENTI MENULIS itu sesuatu tindakan yang menyokong bangsa melayu ? kenapa tidak menegur dengan cara yang lebih berhemah ? andai kata anda punya seorang anak , dan dia baru belajar untuk bercakap , tetapi gagal pada mulanya , dan adakah anda akan terus menyuruhnya berhenti bercakap terus ? setiap orang punyai emosi . apa yang disampaikan dan apa yang diperkatakan perlulah memberi sedikit rasa hormat agar tidak mengganggu emosi seseorang itu . ibarat peribahasa "mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih "
menyuruh saya menyokong , tetapi apa yang anda lakukan ? adakah saya bercakap seperti saya tidak menykong ? saya cuma berkata tentang hak seorang pengguna . apa yang nak dikalutkan sangat ? mungkin anda lebih arif tapi anda bukan lah seorang melayu yang erti apa itu hormat .

mayamasturahahmad said...

dak ketegak > ya anda tahu segala nya . anda erti segalanya .

Anonymous said...

salam..
ur writing is rubbish..
ckp jngan maen ikut nafsu je..
tutup aurat dulu..
kalo bnda asas dalam agama pun kantoi,cermin diri dulu..
melayu=islam(majoriti)
kuasa politik melayu da makin kurang skrg..
ekonomi apatah lagi..
jangan da jadi macam singapura dah la..
azan pon x boleh nak laungkan sekuatnya..
ap makna nye kalo jd pengguna bijak,tapi maruah ekonomi tergadai?
cina da pegang penang skrg..
nak tau apa karpal sing cakap bila nak diwujudkan negara islam?
LANGKAH MAYAT DIA DULU..
again..
ur writing is rubbish...
sory 4 diz crazy words..
assalamualaikum

mayamasturahahmad said...

anonymous yang bijak bistari , waalaikumsalam . ni kenapa marah marah ni ? ish ish . emotional betul ? kan saya tulis pasal kuasa pengguna tu ? yang kalut cakap pasal agama lah kuasa politik lah tu semua kenapa ? haihhh . pakai tudung ? insyallah . doakan ye . tak semestinya klau tak bertudung tak boleh meluahkan pendapat kan ? this rubbish will not bothering anyone right ? its okay . no sorry needed . im totaly understand . hormone keep changing . dont forget to take hormone doses . it will help a lot :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...