diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Wednesday, May 11, 2011

selami hati ini


untuk menyelami hati dan perasaan seorang wanita itu kadangkala mudah kadangkalah payah . tetapi kadangkala mereka mereka yang menjadikan nya payah dek kerana ditenggelami keegoaan yang menutupi segala kefahaman . kefahaman adalah tunjang utama keserasian . tiada kefahaman , runtuh lah keserasian .



kadangkala , apabila si wanita menangis , bukan lah kerana dia lemah . bukan juga kerana dia menagih simpati . akan tetapi kerana itu yang termampu untuk mendapat sedikit perhatian yang didambakan .

kadangkala , apabila si wanita membangkang , bukan kerana ingin menunjuk kan dia kuat atau pun bijak , akan tetapi untuk menunjukkan yang dia juga tahu dan bukan lemah seperti yang selalu disangkakan .

kadangkala , apabila si wanita menolak sebuah pertolongan , bukan lah kerana dia berlagak kuat atau sombong . dia ingin berdikari . berdiri di atas kaki sendiri dan bukan mengharap simpati . juga dia ingin menyangkal kata kata mereka yang selalu memperkecil . dan mungkin dia tidak mahu menyusah kan mereka .

kadangkala apabila si wanita marah , bukan lah kerana ingin menunjukkan yang dia seorang yang emosi , dia hanya ingin memberi amaran supaya mereka tidak memperlekeh dan memperleceh . juga supaya dia tidak dipandang enteng .

kadangkala apabila si wanita mengeluh , bukan lah kerana dia berputus asa , dia hanya meluahkan sedikit perasaan yang terbuku di dalam jiwa dan mungkin juga si dia mengharapkan pertolongan akan dihulurkan dari mereka .

kadangkala apabila si wanita merajuk , dia tidak mengharapkan pujukan atau layanan istimewa , cukup sekadar perhatian dan belaian emosi yang mudah dan bukan nya suatu yang membebankan .

kadangkala apabila si wanita menegur , bukan lah ingin berlagak pandai , juga bukan ingin memerintah tetapi niat yang ikhlas di dalam hati untuk memperbetul . mereka sering menyalah erti dan menganggap ianya suatu arahan .



dia dan mereka bukan lah jauh berbeza , memerlukan antara satu sama lain . diciptakan untuk digandingkan bersama .

2 comments:

Dak Ketegaq said...

untuk lelaki tak dak ka? ngee~~~

mayamasturahahmad said...

nanti maya fikirkan ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...