diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Sunday, May 15, 2011

pemikiran , aurat , tudung dan 3GP

sekali lagi persoalan tudung aku bangkit kan . sedikit luahan yang aku harap takde yang mempertikai . 


tudung , simbol agama islam . menutup aurat kaum wanita . tapi aku rasa bukan simbolik untuk menutup kekejian hawa nafsu kan ?


okay bende yang aku nak bangkit kan ni mungkin sensitif , sebab isu ni mungkin akan berbaur keagamaan . tapi aku rasa bende macam ni semua perlu alert .


kenapa selalu ada yang mempertikai seorang wanita yang tidak bertudung bercakap tentang agama di khalayak umum . terutama di alam maya ni la . kalau perempuan tu tak pakai tudung kira perempuan tu tak layak cakap pasal agama ke apa ?

aku rasa benda macam ni memang tak wajar . selalu aku nampak ayat ayat keji seperti "ELEEHHHH , KAU PUN TAK PAKAI TUDUNG , ADA HATI NAK NASIHAT ORANG . PAKAI TUDUNG DULU BARU TUNJUK BAGUS"

OOO KALAU PAKAI TUDUNG BARU BOLEH CAKAP LAHH ? yang suka cakap macamtu , dah lah minda lembu , pemikiran tak maju , protes je lebih . bila orang cakap sikit , protes macam orang gila padahal tak tau pape -.- 

kenapa ada segelintir manusia ni selalu sangat nak berfikiran macam tu ? 



bagi aku soal bertudung atau tak , bukan lah medium untuk menghakim pekerti seorang wanita . serius aku cakap , PEREMPUAN PAKAI TUDUNG TAK SEMUA NYA AKHLAK MULIA , PERIBADI SOLEHAH . 





kenapa aku cakap macam ni ? sebab banyak berlaku depan mata . jangan lah ada yang nak mempertikai kan aku dengan soal ni . macam korang tak pernah tengok awek yang singkat otak nye yang memakai tudung dalam 3GP ? come on . kita bukan zaman charlie chaplin atau zaman tun abdul razak memerintah kan ? 

lagi satu aku nak ulas , perempuan perempuan BERTUDUNG yang melakonkan aksi aksi dalam henpon2 korang kite tuuu ,  memang sangat lembu otak nya . tak boleh fikir ke ? kok ye pun , bukak lah tudung tu . tak delah nampak rupa islam nye . sakit je mata aku tengok . rasa macam nak hempok pakai seterika 


aku bukan nak back up perempuan yang tak pakai tudung , atau nak jatuh kan perempuan yang bertudung , tapi aku cuma nak orang sedar yang fizikal bukan hakim dalaman . jangan menghukum seseorang itu hanya kerana dia melakukan kesalahan yang jelas , semua tu boleh diubah .

aku tau , membuka aurat tu memang tergolong dlam kategori berdosa dan akan di hitung , tapi beri masa . semuanya tak boleh berubah sekelip mata . segala yang dilakukan seharusnya "lillahi ta'ala" bukan kerana lain  . macam yang dah aku cakap dalam entry aku sebelum ni (KLIK SINI) .

ISLAM BUKAN HANYA PADA FIZIKAL PEMAKAIAN LUARAN , TAPI SEMAT DALAM HATI JIWA PENUH IMAN . 

41 comments:

pEn MemaNdu Patgig said...

wau...abg kacak...hahahha...

iman,akal semua x boleh dnilai pada luaran..kalo pkai tudung pon,pangai kalah monyet mgawan,xgune gak...memg islam myuruh umatnye mnutup aurat,tp kita sbgai HAMBANYA x layak untuk mnilai iman seseorang 2.kalo xpkai tudung pon,kite x boleh hukum dia.2 dosa dia ngan allah.wallahualam

mayamasturahahmad said...

pendrive4gig , itulah juga yang saya cuba sampai kan :)

pEn MemaNdu Patgig said...

maaf.saya pen memandu patgig

ARC™ said...

perempuan pakai tudung tak semuanya akhlak solehah

PEREMPUAN TAK PAKAI TUDUNG BUKANNYA SEMUA AKHLAK TAK SOLEHAH. Ramai je yang x solehah, pikirkan ayat ni ye dik

Dalam 3GP takde awek xpakai tudung ke?haha. Kalau kita belajar bahasa Melayu darjah 6, mesti pernah dengar peribahasa yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

Itu barang beb, ini hidayah. Kena usaha la. Pikir ari2 xde usaha xguna gak kan.

btw, aku jmpe blog ni dlm page karma tu wujud bla3.

Baca ni
Rukun Islam Kelapan: Hukum Karma"

ini teguran je dik, aku bukan nak berceramah ke apa. aku bukan ustaz tapi aku selalu nampak orang keliru dengan benda buat baik lillahi ta'ala ni

mayamasturahahmad said...

pen memandu , maafff :P

mayamasturahahmad said...

arc , abang ,first , time kaseh sebab singgah blog aku yang tak seberapa ni .


seken , aku takde lah pulak cakap budak pempuan tak pakai tudung takde dalam 3GP . hadoi . bende macam tu pun nak kene haighlight jugak ?
aku rasa kau dak DAPAT lah apa yang aku cuba sampai kan ni bang . aku kalau nak tulis memang payah nak terang semua . kena mulut ke mulut baru clear ,

aku tengok link kau bangi pun dah macam mengarut . mana lah dtg rukun islam number lapan ? darjah satu dah belajar , rukun islam ada 5 je

last , aku rasa komen kau komplikated la bang , kau macam nak hiruk pikuk kan jiwa aku je pk pk . haihh

ARC™ said...

komen aku senang je dik....orang sikit membaca memnglah rasa benda ni diluar tahap pemikiran. Tajuk tu untuk menyangkal pemahaman orang macam kome ni le

Baca dan fahamkan, tu pun nak aku hailaittt keeee keh3

rukun iman dan rukun islam mak bapak aku ajar dari kecik, xpayah masuk sekolah.

okbai. pls baca entry karma tu.

Shahmi Iffah said...

memang kite takley nilai org dari luaran je tp dah jelas lg nyata lau kite nak nasihatkan org kite kne cermin diri dulu ! mcm mane org yg kite nasihat tu nk terime nasihat kite lau die sndri tegok kite tak bertudung ? SENDRI MAU INGAT LA DERRR !

Kak Fenny said...

ARC™
apesal la kasor sangat negur budak ni. Mehla akak cakap lembut sikit. Dik, akak tau korang ni muda lagi, darah beliamuda mengalir, hangat2, fast n furious tapi kita kena ingat, manusia ni makan untuk hidup

tengah2 makan boleh mampus tercekik tanpa sempat bertaubat apetah lagi start pakai tudung

Sekian.

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

Aku petik komen2 orng pada satu entry ni :

Tak perlu kita nak judge, yg b'tudung tu jahat, yg xb'tudung tu baik...
pokok pangkalnya, kembali kpd tuntutan yg Allah dah wajibkan kita utk laksanakan. AURAT tu adalah tuntutan yang wajib kita patuhi, apa dlm masa ni kita boleh kata lg, aku tak pakai tudung pun, tpi aku lebih bagus dari kau.
Tak boleh... hukum ALLAH jangan dipandang remeh.
sama juga bagi yg bertudung, spatutnya mereka perlu lebih rasa malu krn mcm cik penulis katakan, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Seorang yg bertudung bt maksiat, habis semua yg bertudung di'COP' dengan label yg sama. Sungguhlah tidak adil penghakiman dari manusia.
YANG ADIL itu HANYA DIA. DIA yang ESA.hindarkan diri daripada perkara dilarang, pelihara kesucian tudung itu sendiri.
Yang tak bertudung, usahlah hidup dengan terus memberi alasan, tak bersedia. Sesungguhnya itu adalah tuntutan yang Allah WAJIBkan buat kita.

orang bertudung, buat maksiat, tak solat: 2 dosa
orang tak bertudung, buat maksiat, tak solat: 3 dosa
orang bertudung, jauhi maksiat, jaga solat: 0 dosa
orang tak bertudung, jauhi maksiat, jaga solat, 1 dosa..

tetap ada beza...

Baca ni : PEREMPUAN BERTUDUNG TAK BOLEH PAKAI

faiez zulaikha said...

saye setuju ngn ape yg kak maya cakap.kak maya punye post entry kali ni mengingatkan saye mase saye pergi terengganu.mase tu saye ikut rombongan.kitorang singgah solat subuh kat masjid terapung.lpas tu kan kak maya ade security guard tu sound saye sbb saye x pakai tudung.saye sakit hati tau kak maya.die ingat semue yg bertudung tu BAIK SANGAT KE???nasib baiklah ade mak cik-mak cik saye yg kebetulan ade kat situ bela saye.klau x dh lame dh saye cari tempat lain untuk solat.
pade pandangan sayelah, perempuan yg bertudung x semestinye solat dan perempuan yg x bertudung x semestinye x solat.sorilah klau ayat ni membuatkan kak maya pening.hehe=D

mayamasturahahmad said...

amira , panjang beno nama kau . okay lah aku ringkaskan komen aku , kau punya komen dah sama lebar dengan entry aku .

kau ingat macam tu ke kiraan dosa kita kat dunia ni ? so kalau sebab dia pakai tudung dan buat zina dunia yang ada sepuluh ribu jenis , dia dapat 1 je dosa ?

lepas tu kalau dia tak pakai tudung 1 dosa , tapi lain dosa dia tak buat tetap kene 1 dosa ?

aku rasa kau terlampau mengagungkan mereka yang bertudung lah dan tak dapat terima hakikat apa yang aku tulis .

mayamasturahahmad said...

kak fenny ,

mampus tetap mampus kak . kalau pakai tudung tapi buat dosa pun sama jugak . lebih baik akak suruh aku pakai tudung dan jangan buat dosa yang lain kak .

lambat laun aku pakai tudung kak. kau jangan lah risau . aku tau neraka tu siksa kak

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

HAHAHA semestinya tidak, tapi itu untuk kau fahamkan apa sebenarnya beza yang bertudung dan tidak bertudung. Kau kena fikir tersirat, jangan hanya nampak plain je.

Kau rasa aku tak boleh terima hakikat? kau dah baca entry yang aku bagi tu.. itu lebih kurang apa kau kata. cuba baca.

mayamasturahahmad said...

faiez zulaikha , amek kayu hempok je pak guard tu dik . lepas tu campak dia kat tasik tu

mayamasturahahmad said...

shahmi iffah , tertinggal lak komen kau .

okay kalau macam tu , ANDAI KATA mak aku tuu tak pakai tudung , tapi dia nasihat kat aku , so aku tak payah dengar laa ? haaa ? jangan lah bebal sangat budak . kau pegi je jaga boifren kau tu .

ARC™ said...

nasihat dr sume org kene dgr,tapi xpayah nak diskriminasi cakap org bertudung pun jahat,

lepastu taknak pakai tudung sebab masih belum terbukak pintu bla3

weh, nak masuk rumah pun, kau pegang tombol tu barula leh masuk rumah. Ini cerita pasal pintu hati? usaha la

mayamasturahahmad said...

amira , kenapa tak kau je yang fikirkan yang tersirat tentang tu ? well , lain orang lain cara . takpa .

and aku tak ada kata semua perempuan bertudung tak berguna ke apa . aduhai . tutup aurat tapi dosa sana sini ?

tudung=islam

orang kapir sekarang ni dah lah tunggu masa nak kondem orang islam . lagi pulak dengan ada nya manusia yang bertudung tapi tayang dosa , cemar lah nama islam .

buka minda kau fikir tentang apa yang aku tulis ni . perhati setiap ayat

Kak Fenny said...

wo wo hold yer seas horses. 1 thing at a time ye dik. Skang ni jangan lari topik, orang nak nasihat kau, maka input yang kami bagi kaula kene pikir.

kau la yang kene pikir,

orang kapir lagi suka tengok orang tak pakai tudung lepastu kondem orang pakai tudung. haa ambik ko

Kak Fenny said...

btw, mesti ko syok kitorg komen kan? dah 20 dah ni .

moh le pakai tudung

mayamasturahahmad said...

kak feny , bila masa aku kondem orang pakai tudung kak ? diorang kondem aku adelah ni .

ko watlek je kak . lambat laun aku pakai tudung kak . cuma aku harap aku sempat pakai sebelum aku pakai kapan la . aku tau neraka tu panas kak .

mayamasturahahmad said...

arc . kau ngan kak feny sayang betul kat aku kan bang , tak nak bagi aku kene dose suruh aku pakai tudung .

aku tau bang , aku baru lapan belas , minda aku baru je tebukak . bagi aku pelan pelan . usaha memang usaha bang . cuma kau tak nampak je . jam tu usaha bukan jamtu dapat hasil bang

aku mana ade diskriminasi orang pakai tudung bang , bende betol kot apa yang aku kata . ko pon jangan la kondem aku je . haihhh

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

Maya, kau masih gagal nampak tersirat dan aku masih gagal buat kau berfikir secara mendalam. Ya, lain orang lain caranya. Puas aku ulang bacaan entry kau, masih dan masih tiada yang tersurat untuk ini.

Orang kafir, nak kondem kita dengan AJAR orang tak bertudung buat dosa. Yang bertudung kepada tak bertudung. Ahh, sejauh mana orang kafir kondem yang penting hati wahai Maya. Hati tu, iman dan takwa.

Orang yang bertudung kondem kau? hmmm..

Sudahlah, aku doakan cepatlah kau bertudung. Bertudung dengan ikhlas. Tahu tanggungjawab seorang muslimah itu. Bukan seperti mereka yang TERPESONG tujuan bertudungnya. Kau sendiri tahukan tanggungjawab kau? Kau sendiri akan berubah nanti bukan? Moga kau berubah.. Semoga kau dirahmati Allah swt :)

Salam. *komen gua panjang2 plak, mesti kau pening

pEn MemaNdu Patgig said...

pnas dah....mgrib jom

mayamasturahahmad said...

mira . aku pulak doakan semoga doa kau termakbul . masehhhhhhh :D

mayamasturahahmad said...

pen , belum masuk waktu lagi . masjid tengah ngaji .

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

amin... sama2 :)

k e y r i said...

waa... aku rase bace komeng2 korang ni lagi bermakna/tambah pahala dr bace entry ni.:)

pEn MemaNdu Patgig said...

weh.jgn kondem aq...aq nanges kang...woot2 =.='

k e y r i said...

papepon aku doakan moge hang cepat2 tunaikan tuntutan Islam supaya menutup aurat ya? aku syg saudara2 aku sebab tu aku doakan :)

maisarah_ahmad87 said...

ASSALAMUALAIKUM!! hahaaa..

Hello3.. Uols.. Chill.. Pakai tudung? Aku rasa benda ni terlalu subjektif nak diperkatakan! Aku rasa, kalau adik aku nak pakai biar dia pakai ikut hati dia utk allah. Bab aku x nak kalau adik aku pakai tudung pakai baju singkat, lengan sikat atau ape2 pun..
Aku x cakap yg pakai tudung nie semua jahat or x elok. Tapi dia nak pakai atau x, itu dia punya pasal. Aku rasa kalau pakai tapi still buat pekara yg x elok pun x guna gak! Cuba korang pikir, yg pakai tudung ni, baju yg korang pakai sesuai x? And kalau setakat pakai tapi dada korang still TERKELUAR OR TERJOJOL, BAIK X PAYAH. And amik cermin renung balik diri korang..
Cakap byk x guna, sebelum nak hentam org cukup3 pikir dulu. Dia dah terang2 cakap dia tulis ikut kata hati dan akal, kalau x leh nak terima x payah baca! And ade 1 komen aku baca, yg kata dia suka komen byk lu silap la derr. Lu x yah nak pjg3 cite. Lu boleh delete komen lu kalau lu mau. Dia wat blog utk org baca bukan utk jadi batak!

atan said...

huuhuu..
panas2..

ckp banyak pon x guna, air dah jdi keruh..


klau kita umat islam kita mesti dah tau tujuan kita hidup kat dunia ni.
kita hidup untuk sembah allah jee sebenarnya kerja untuk makan n makan untuk hidup. buat ap nak buang masa lg. ingt Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.

kita ni hanya mnggu hari esok dan esok. x perlu nak tggu kelak tok berubah

korng pernah dnga x hadis nabi lg 1 ni? klau kita x nasihati n x amek tau pasal umat sesama islam maka dosanya kita akan perolehi sama n kita akan dpt dosa klau kita x amek tau..
rasa2 korng laa perlu kee kita wat x tau pasal bnda ni??


yg sebenaknya ni kes x boleh terima teguran jee. wat ap na panjgkan cerita ap yg elok kita amek n yg x elok kita biarkan, kita semua sama manusia biasa tiada yg terlepas dari dosa so mohlaa kita beruseha bersama..

mayamasturahahmad said...

atan , wahhhh berhadis bagai . terima kasih sudi singgah .

apa yang kau kata pasal tak terima teguran tu betul .

sekarang ni , entry yang aku buat ni senang je . aku cuma tulis supaya mereka diluar tidak mendiskirminasi wanita2 yang tidah bertudung . mereka yang memberikan tegurang mungkin terlampau fikir jauh ke depan .

aku pun ade tulis kan , lmbat laun aku akan bertudung jugak . nak hambat aku apa lagi ? ni lah satu cara yang salah untuk mengajar . semua nak gelojoh . slow2 sudah lah .

ni tak , budak baru belajar abc , dah bagi tajuk algebra . mane mau nye .

Anonymous said...

minta maaf yaa kalo trkasar....cba baca yg ini.. http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/12/alasan-kebiasaan-si-pelaku-dedah-aurat.html ..sory skali lg kalo buat saudari marah

atan said...

kita cuma bg teguran je nak buat ke x nak buat ke tu kami x paksa pon kan..

ade ke kita paksa??
cuma bg tau jee..

atantut said...
This comment has been removed by the author.
atantut said...

uit! nme aku pon ader kee..
huu huu..

ANONYMOUS yee aku rasa tu yg boleh menjelaskan semua ni..

jom ramai-ramai kita baca..
alasan si pelaku dedah aurat??

Gaban said...

Salam Semua.

Terima kasih pada semua yang banyak kasi nasihat kat adinda aku nie. Pasal pakai tudung ke tak ke, memang benda nie dah berbangkit dari dulu lagi. kasi chance Abg cakap sikit ok:

yang pertama, sebagai seorang abg memang nak tengok adik2 dia jadi orang yang terbaik dan beriman. Jadi dengan sedaya mampu abg nie, nak tunjuk contoh yang terbaik lah. Memang manusia banyak kelemahan, tapi jangan lah salah kan takdir dan orang lain kalau diri kita tak sempurna. Bagi Abg, yang salah tetap salah yang betul tetap betul. dalam topik pakai tudung ke tak, memang Abg nak Maya & Sara pakai tudung kalau boleh. bukan nak kata Abg ni sempurna, tapi kita kena kearah kesempurnaan, betul tak?.

Kita memang boleh cakap kalau pakai tudung, tak semestinya baik. Betul, memang tudung tu bukan boleh tukar orang tu jadi baik, Orang yang pakai tudung yang kena buat perangai baik kalau nak jadi baik. Tapi sampai bila nak sampai tahap 'baik' yang membolehkan pakai tudung tu? kenapa nak tunggu? :)

so Abg doakan Maya & Sara cepat2 la menuju kesitu ok !


Kepada anda semua yang beri nasihat, jangan la bosan utk menasihati ye!

mayamasturahahmad said...

haihhhh , bile abg dah bersuare , baik takyah kate ape2 :/

pEn MemaNdu Patgig said...

senyum
=)

Anonymous said...

sila rjuk surah :
-annur (ayt 31)
-al.a'araaf (ayt 26)
-al.ahzab (ayt 59)
-annur (ayt 60)

kalau x stuju jgn marah saye..mrh lah Allah di ats sane ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...