diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Saturday, June 18, 2011

✓ abah = live . X abah = die

abah . itu nama yang akan aku sebut setiap hari . itu orang yang bersama aku setiap hari . sempena hari bapa ni , aku nak cerita sikit , pengorbanan dan kenangan lampau aku dengan abah . 

bagi aku , abah seorang lelaki yang sangat sangat tabah dan bagi aku , tak ada orang yang lagi kuat dari abah . tak ada sape boleh chelen abah . tak ada orang yang lagi hemsem dari abah . buah hati aku pun kalau chelen abah aku , dia jatuh tangga ketiga lepas abah dengan abang aku . hihi


berketurunan jawa , dan memang taff orang nya . jangan ada siapa yang kacau anak abah . lebih lebih kalau anak perempuan . memang cari nahas . kami tiga beradik , abang , akak dan aku . abah beri lebih perhatian pada aku dengan akak pasal kami anak perempuan . abang ada cerita kat aku , masa dia kecik , abah garang dengan dia . tapi lain pulak pengalaman aku . semua kehendak aku yang tak melampau abah akan tunaikan semampu nya .

adik beradik aku memang jarak umur jauh jauh . so , masa aku kecik , abang kakak aku dah besar . aku memang dengan abah 24/7 . oleh sebab itu , masa aku nak masuk tadika , memang sangat sangat susahh . dua minggu pertama abah terpaksa tunggu aku dekat kelas . hilang je abah , mula air mata meleleh , lepas tu meroyan macam kene sampuk . abah tak marah pun aku nangis . dia pujuk2 aku . setiap hari pergi dan balik tadika aku dengan abah . 

habis masa tadika , nak masuk sekolah rendah . lebih kurang sama ceritanyaa . tangisan dan jeritan aku menghalang abah untuk balik . seminggu yang pertama , abah teman aku masa waktu rehat . hantar aku pergi dan balik . start minggu kedua abah pesan , abah tak teman aku masa rehat . aku kene rehat sorang sorang . masa tu sebak , pilu , berkecamuk semua ada . lama lama aku dah biasa . 


lama lama aku dah biasa dengan sekolah . aku mula pergi dan balik sekolah dengan van sekolah . masa aku darjah 1 , abah akan teman aku hari hari untuk tunggu van depan rumah . tapi masa aku darjah dua , abah suruh aku tunggu van sendiri . masa tu aku sekolah pagi , aku ingat lagi aku nangis sedu sedan masa tunggu van . padahal aku tunggu van depan rumah je . ade lah 5 meter dari rumah .  hahaha . 


nak kata aku gedik ke , mengada ngada ke , lantak la asal korang bahagia . ini cara abah aku . dia pun tak bising apa . semua kenangan tu memang kelakar . sampai sekarang abah masih lagi bagi aku sepenuh kasih sayang . Setiap hari abah akan call aku dua tiga kali untuk pastikan keadaan aku . apa aku nak dia bagi ikut kemampuan . abah cuba bagi aku kesenangan untuk hidup aku . abah tak nak tengok hidup aku susah . aku sangat besyukur dapat abah macam abah . 

aku tak dapat bayang hidup aku tanpa abah . abah ibarat nyawa aku . kalau pintu perlu kunci untuk dibuka , aku perlu abah untuk hidup . tak ada yang lebih berharga dalam hidup aku selain abah . SELAMAT HARI BAPA ABAH . AIILAAFFCCHIIIUUUCHOOOMAASSHHHH ♥

nampak tak superbike kat header tu ? haaaa , maya tau abah nak moto macam tu . nanti lepas maya dah kerja , maya ada duit banyak . maya belikan untuk abah k . abah boleh la rempit rempit nanti . abah dah nak penceh kann ? haa , nanti boleh la dating nagan mama naik superbike . lepas tu boleh bawak superbike gi kebunn . fuhhhhhh ! stylo habis ! :D


sebelum ni aku tak pernah tunjuk gambar ahli keluarga aku , entry hari ni aku lampirkan gambar2 keluarga aku yang ibarat nyawa aku . 


ini abah aku yang emsem , yang sengih malu malu konon brad pitt tu abang aku yang seken emsem dan yang kecik tu iman haikal anak kepada abang aku merangkap anak buah aku . 

haaaa , yang tengah lentok lentok manja tu mama , yang senyum nampak gigi ala ala comel tu akak aku , and yang manis cun cun tu isteri abang aku merangkap akak ipar aku .

sayangi diri anda , hargai keluarga anda , pandu cermat jiwa selamat . (ehh iklan plak)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...