diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Thursday, June 16, 2011

ambil jalan mudah ? kami dah biasa lagiii

elak digodam ? tutup server . takutt lettewwww . hahahaha . kan ada , pepatah , berani kerana benar takut kerana salah . lebih kurang kes macam ni . kalau kuat apa nak takut . ni nak tutup server bagai . hahaha . buat malu jaa . nampak sangat depa malaih nak pi kuat kan securiti website tu . nak jalan mudah punya pasai , macam tu lewww . hahaha . 

lepas ni bagi duit bejuta2 , buat website , lepas tu nak elak kene hack , tutup server . bijak bijak . kalau bab nak makan duit rakyat , memang bijak . kannnnn ??









Tiada kesan diceroboh
KUALA LUMPUR: Portal malaysia.gov.my tidak menunjukkan sebarang kesan pencerobohan seperti yang didakwa oleh kumpulan penggodam antarabangsa menggelarkan diri sebagai `Anonymous’ kononnya akan bertindak menggodam laman berkenaan pada jam 3.30 pagi tadi.


Sehingga jam 4.30 pagi tadi, laman berkenaan dilihat tidak mempunyai sebarang perubahan hingga menimbulkan tanda tanya sama ada Anonymous gagal atau berjaya tetapi dapat diatasi pengendali portal malaysia.gov.my.


Sebaliknya, kira-kira 30 laman web tempatan didakwa digodam oleh pihak tertentu disyaki penggodam tempatan yang terikut-ikut dengan ancaman Anonymous.


Antara web yang dikatakan digodam dengan menggantikan laman dengan nota amaran dan gangguan atau DDoS atau penafian perkhidmatan terhadap laman termasuk penang.uitm.edu.my dan tourmalaysia.com.my, manakala beberapa laman web seperti krustudios.com dan sabahtourism.com yang didakwa digodam Anonymous dan mengalami kebocoran menyebabkan ditutup oleh pengendali web masing-masing.


Pemantauan myMetro terhadap kebanyakan portal menggunakan domain .gov.my tidak dapat diakses, tetapi tidak diketahui sama ada berpunca daripada serangan DDoS atau pengendalinya bertindak menutup sementara laman berkenaan.


Ancaman godaman laman web malaysia.gov.my adalah cetusan tindak balas pengguna internet berikutan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses kepada lebih 10 halaman perkongsian fail yang popular dengan alasan perkongsian fail berhak cipta dan melanggar akta hak cipta. tempatan.


10 halaman yang terlibat adalah Warez-BB.org, ThePirateBay, Movie2k, MegaVideo, PutLocker, DepositFiles, DuckLoad, FileServe, FilesTube dan MegaUpload.


“Tindakan menyekat laman web seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks tidak boleh dimaafkan...ia sama seperti menafikan hak asasi manusia,” dakwa rakaman suara yang tersebar di laman Youtube sejak beberapa hari lalu.


Kumpulan sama dikatakan turut bertanggungjawab menggodam laman web Play Station Network, Mastercard dan Visa malah pernah menceroboh masuk laman web kerajaan seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia.


Minggu lalu Anonymous melancarkan serangan DDoS terhadap laman kerajaan Turki sehingga membawa kepada penahanan 32 suspek yang dipercayai anggota kumpulan itu.


Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pihaknya sedang bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan untuk merangka langkah keselamatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan serangan berkenaan.


“Sebelum ini laman sesawang kerajaan pernah digodam namun proses pemulihan berjaya dilaksanakan dengan kadar segera berikutan terdapat prosedur tertentu yang sudah dikenal pasti,” kata kenyataan itu. - myMetro


lepas ni nak hack , senyap senyap naaaaa :D 


btw, aku nak say tenkiiiiuueeeewww lerr kepada kerajaan yang menurun kan harga petrol sebanyak 10sen seliter kannnnn , setelah ianya dinaikkan bepuluh puluh ratus sen . tapii , kata makcik cleaner kat sini , nak dekat mengundi ni turun ler . satgi  lepas mengundi naik balikk . ada logik nya jugak tuuu :P 

1 comment:

Dak Ketegaq said...

sejak bila dah pandai bangkang neh? dulu bukan main berdebat lg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...