diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Sunday, July 10, 2011

politik menghancurkan rakyat ? politik makan duit rakyat ?

kesukaran dan kepayahan yang aku lalui untuk aku mengupdate blog aku ni . mintak maaf la kat geng2 semua . demi untuk tidak menghampakan geng2 semua , aku sanggup lah bertapa kat cc ni perah otak nak update ni . ecehhhhh , macam bagus je statement aku :P  info sket , aku dah benti kerja kat hotel cekik gaji tu . and esok , isnin aku nak stat kerja baru . mintak2 semua nya okay . 


banyak gak bende yang best2 jadik sepanjang aku tak update blog ni . walaupun tak update tp readers still ada . btw , minggu lepas buah hati turun kl . jumpa parent aku . hehehehe . green light . and we have a very great time together .


anddd , aku nak cakap pasal ... BERSIH . sangat bersihhhhh ! menyusah kan orang , kannnn ?! aku tak paham betul lah . kan aku dah bgtau dulu . pasal politik ni , semua akan bawak bencana . macam entry aku yang lepas (klik sini) . 

dan ini yang aku dapat  hasil skodeng sana sini . jangan nak ambiga ambiga ye . apakah kebaikan perhimpunan bersih ? untuk semua ini ??

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam... tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!



andd , aku ade jugak dengar yang si ambiga ni ade buat khidmat percuma untuk org islam yang nak keluar dari islam . orang macam ni ke yang kita nak follow ? jangan kerana politik , agama tergadai .

aku dah penat ulang apa yang aku dah bagi tau . walau sesiapa pun yang memerintah , ianya tetap sama . bagi aku biar lah siapa pun yang memerintah . asalkan negara yang aku duduk sekarang ni tak berperang macam kat timur tengah or kat negara2 lain . 




kalau sesiapa yang dok kat area2 kl mesti pernah nampak bangunan ni kan ? kalau yang tak tau , ni aku nk bagi tau . ni lah bangunan UMNO . memang nampak gah ! pertama kali aku tenmgok bangunan ni , perkara yang pertama terkeluar dalam pikiran aku , HARGA ! bape juta duit rakyat yang digunakan untuk bangunan ni . untuk membina , juga untuk menyelenggara . demmmm !! bangunan ni dipenuhi dengan lampu yang boleh tukar2 gambo nye yongggg , memang lerr canggih abehhhh . koyak juge ler poket para rakyatt kannn ? tapi dah biasa dahhh berkorban demi pemerintah -,-


gambar ni aku dapat dari en google yaaa :D




setelah aku selongkar sana dan sini , bangunan UMNO yang bertingkat2 tinggi nya tu berharga lebih rm 360 juta !! demmmmmm !! itu baru harga bangunan tu . belum lagi maintenance bangunan tu nak buat  lampu lampu tu . kalau lalu kat area situ memang meriah oiii . kalau kawasan kejiranan aku masa musim perayaan -.-


apa yang aku kata ni , bukan untuk kondem sape2 . mungkin jugak kalau partui politik lain yang memerintah , akan ada bangunan lain yang terpacak .mana tau lagi tinggi . nak lawan sapa lagi hebat . sapa lagi meriah ennn


marilah kita bangsa melayu bersatu padu dan jangan lah melakukan sesuatu dengan terburu buru dan menyusah kan orang lain . aku tak pandai pasal politik ni . tapi apa yang aku nampak , apa yang aku faham , ini yang aku tulis . macam yang aku cakap jugak , aku budak umur lapanblastaun . jangan gaduh ngan aku pasal politik . tumbuk muka kau nanti !

cakap banyak pun tak guna , kuasa ada baru berkate .




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...