diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Saturday, August 6, 2011

tohmahan keji , aku terima .

mulut mudah berkata . melemparkan kata dengan harapan darjat diri dipandang tinggi . tanpa menyedari keserongan pandangan insan lain . dengan sekadar melihat sedikit ciri , tohmahan dilempar tanpa usul . 


dengan hanya melihatr fizikal luaran , ciri dalaman dirungkai . aku tak paham. kenapa mesti macam tu ? tanpa memberui peluang untuk si mangsa menunjukkan sesuatu yang positif . tohmahan negatif terus dilempar .


sestengah orang kitra lebih selesa mempertikai dan menghakim orang lain berbanding menggunakan kebolehan itu terhadap diri sendiri . perasaan ingin tahu yang kuat juga mendorong neutron neutron minda berfikir kearah negatif . atau lebih mudah dirungkai dengan perkataan PENYEBOK .


bila difikirkan , rasa meluat bila berdepan dengan orang2 macam ni . memandang serong terhadap orang yang tidak pernah dikenali . bercakap pun tak pernah , macam2 dah keluar dari mulut . 


betapa typical nya orang kita dalam menjalani kehidupan . termasuk juga aku . manusia ada khilafnya , ada silap nya , tapi bukan kita layak untuk menghukum mereka . aku tak tau nak cakap macam mana . tapi aku lemah dengan orang yang mudah menghakimi dan menohmah . apa yang aku mampu buat , BERDIAM DIRI.


kepada rakan rakan aku yang menyokong blog aku ni , jutaan bilionn trimas aku lempatr kat korang . maaf sebab aku jarang update . laptop aku rosak , internet pun xde kat umah . cc sumber internet yang ada . tapi apa kan daya . ilham sangat tipis tatkala berada di cc yang hiruk pikuk orang penuh bermain game . akhir kata , selamat berpuasa wahai rakan rakan aku semua . terkasar bahasa , ampun maaf aku pinta . semoga tulisan aku tidak di alah erti  :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...