diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Sunday, December 18, 2011

TUDUNG DAN ROKOK

hari ini aku kembali menulis . seperti yang sebelum nya . kalau ada yang perasan , ada kelainan yang berlaku kepada aku . tak nampak ? takpe , itu tak penting . hehe :D


rasanya aku belum lagi menulis selepas aku start masuk UNISEL . ya , aku dah jadi siswi unisel sekarang . topik yang aku nak perkatakan hari ni , tentang isu , tudung dan rokok .






korang pernah tengok perempuan bertudung merokok ? mungkin ada yang pernah kan . pernah tak korang melemparkan kata dalam hati seperti "ishh bakpe gini . tudung comey doh , sap okok pule . bodhoo " .


sebelum korang melemparkan kata hati itu , korang fikir dulu tak antara sebab sebab kenapa dia merokok ? meh sini aku nak tolong korang fikir . yelah , nak fikir tu kan susah . macam nak pegi menyangkul tanah . haha


semua orang pernah buat silap kan ? jangan tipu lah kalau tak pernah . yelah , aku tau ayat aku klishe . ada sesetengah pihak sekarang ni lebih menganggap perempuan yang tak pakai tudung tu normal la kalau merokok . kalau yang pakai tudung tu luar normal . kadang kadang ada yang sampai tahap mengeji .




korang fikir , andai kata seorang perempuan yang sebelum ni dia ingkar perintahNYA dan dia juga seorang perokok , tiba tiba berniat untuk berubah . tiba tiba dia nak ikut perintahNYA . dia dah mula sembahyang , mula menutup aurat , mula berpuasa . kalau sesiapa yang baca ni merokok , mesti tahu kan payah nya nak berhenti kan ? aku tahu . sebab tu banyak kempen kempen berhenti merokok diadakan .


atau korang nak dia berhenti merokok dulu baru dia boleh pakai tudung ? macam tu ? kumpul dosa banyak banyak sebab tak tutup aurat dulu ? sebelum ni entry aku tentang aurat tudung dan 3gp mendapat tentangan banyak pihak . yah , mungkin aku masih jahil masa tu .


apa yang aku tulis ni sememang nya bukan untuk membekap mana mana pempuan yang merokok mahupun mahu mereka merokok , mahupun apa apa yang negatif yang korang fikir . kepada yang rajin nau memikir yang negatif tu , bawak bawak lah fikir positif atau mungkin boleh cuba kaedah berfikir dengan lebih jauh dan bernas .


wallahu'alam , wassalam

5 comments:

Mambang Terbang said...

kalau nk merokok jugak, lakukan didalam rumah je, sebab kebanyakan orang x sedap memandang orang perempuan bertudung yg merokok ni...kita respek org, org akan respek kita...dalam rumah smoking la puas2, kalau kt luar tu kurang2 kan lah, kita sebagai manusia ada harga diri masing2, jagalah harga diri kitA pabila diluar, jgn biar org buruk sangka dgn kita sebab habit kita :) thanks for reading :)


http://violencexx.blogspot.com

mayamasturahahmad said...

alamak . lupa pulak nak tulis pasal tu . btw , thanks mambang :D

Samad said...

hye maya ;D

nayayin said...

penulisan anda sentiase terbaek cik maya :)

mayamasturahahmad said...

thanks nayayin :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...