diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Wednesday, February 8, 2012

HIDUP

cerita hidup bukan boleh ditulis atas kertas meggunakan pensil . setiap kesilapan , ada si pemadam yang sedia memadam setiap kesilapan , dan si pensil akan kembali memperbetulkan setiap cerita dan si pembaris yang memacu garisan hidup untuk menjdi lurus dan benar . cerita hidup itu kekal , takkan ada pemadam yang akan memperbetulkan setiap yang salah dan takkan ada pembaris yang akan membimbing untuk melukis garis yang lurus atau jalan yang benar .


cerita hidup dipacu oleh kita sendiri . dan yang mencipta jalan itu ? DIA yang maha kuasa . kau takkan mampu berbuat apa apa tanpa izin dan kehendak DIA .


semua yang berlaku , setiap liku , setiap duka ada punca , dan ada hikmah  nya . punca dan hikmah itu adalah dua perkara yang sangat berbeza . kau takkan mampu tahu apa hikmah sebelum sesuatu itu berlaku tapi kau boleh mengkaji apa punca itu sebelum ianya berlaku .


renungkan setiap bait perkataan . setiap baris ayat . kita manusia . takkan tahu apa yang terbuku dihati manusia lain walau bentuk hati itu sama tapi apa yang terkandung takkan mungkin sama . setiap guris yang timbul pasti ada cerita . cerita sebuah kehidupan . semakin banyak guris dan duka , akan ada dua cerita selepas itu . sama ada kau akan lebih kuat dan terus harungi hidup dengan pernuh hormat atau kau akan menjadi pasrah dan terus hidup dibayangi setiap guris dan duka malah mungkin cerita kau akan berhenti dengan ajal yang tidak dijangka oleh izrail itu sendiri .


hidup ini banyak cerita . kau takkan dapat bongkarkan semua . kerana itu manusia bukan seorang untuk merungkai dan menjalani hidup . hidup itu akan lebih indah jika kau bijak mengaturnya .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...