diPOWERkan oleh , NUFFNANG

Tuesday, March 12, 2013

#18 alahai PTPTN

Selesai urusan pinjaman PTPTN . berakhirnya sepuluh jam penantian giliran . aku sampai unisel dalam pukul 10 . pukul 7.15 aku sampai rumah . 

Alkisah , ada student yang menunggu dari jam 9 pagi , sampai pukul 6.30 petang , ditolak permohonannya . salah seorang student yang direjek permohonannye ni coursemate aku . dari sabah jauh meratau ke semenanjung untuk menuntut ilmu . dia ni pun sama jugak macam aku . menunggu lebih sepuluh jam . 

Ceritanya bila dokumen (sijil muet) yang sepatutnya ada dalam senarai lampiran , tak disenaraikan , dan tidak diberitahu secara langsung , mahupun tidak langsung . dan obviously , benda ni tak sepatutnya berlaku .

Student ijazah yang memohon melebihi 220 orang . satu urusan mengambil masa lebih kurang 10 minit . pegawai PTPTN yang menyemak ada kesemuanya ada 7 orang . maknanya ada 7 kaunter . 2 untuk diploma , 2 untuk ijazah dan 3 lagi untuk urusan lain . engkorang dah boleh nampak kan dia punya urusan akan mengambil masa yang sangat panjang . dengan lunch hour nya , dengan rehat minum petang nye . hehhhhhhhh

Releven nya kat sini , kenapa urusan penyerahan dokumen , tak dibahagikan kepada 2 hari ? memandangkan tempoh masa urusan tu yang agak lama . kalau nak buat satu hari pun , tak boleh ke PTPTN hantar lebih pegawai ? 

Itu tak masuk pulak student yang kene turun naik keluar masuk sebab pegawai ni langsung tak boleh nak tolak ansur . mostly benda yang diambil kira tu pun , takde kaitan pun dengan urusan PTPTN ni . macam cop timbalan dekan yang tak diterima sebagai saksi . kalaupun tak diterima , kenapa tak di bagi tau dari awal ? benda tu pun menyusahkan student . 

And student yang direject permohonannye pun , tak langsung diberi sedikit belas kasihan . sepuluh jam tu derrrr . ada yang tertidur , tertidur . yang skip kelas , skip kelas . apa lah salahnya , student yang tak cukup dokumen nye tu di beri pengecualian , hantar dokumen tu by hand ke , pos laju ke . ni tak . nak haritu jugak .   kalau tak , tunggu arus perdana bulan april . pehhhh . hancur hati dengar akak pegawai tu dengan suara lantang dia selamber je cakap , " kalau takde , tunggu april" . kau buta ke tak nampak sttudent tu tunggu dari pagi ?

Masa dok menunggu , ada sorang member aku punya member ni  bagitahu yang ayahnya baru meninggal 3 hari lepas . dia ada telefon pejabat PTPTN mintak pelepasan untuk hantar lewat sikit sebab nak uruskan hal arwah ayahnye , pun tanpa belas di rejek permintaan nya . terpaksa lah kawan ni yang asal dari terengganu ulang alik ke sini nak uruskan PTPTN . kalau tak , bulan april . kalau situasi tu jadi kat aku , dahlah mental diuji dengan kehilangan , lagi nak diuji dengan masalah PTPTN macam tu , memang langsung hilang semangat .

Kalau dapat bulan april , berkemungkinan besar untuk bayar yuran semester ni tak lepas sebab april tu dah penghujung sem . dan pulak yuran memang kene bayar sebelum exam .  kalau takde duit ? nak bayar pakai apa ? nampak tak semua tu boleh menyusahkan student ? 

Akhir kata , aku harap lepasni PTPTN boleh lah menimbangtara kan mutu perkhidmatan mereka . jangan lah menyiksa student yang nak menimba ilmu ni . lagipun student ni jugak yang bayar gaji engkorang pegawai PTPTN . kalau takde student yang kene bayar 4% interest tu , tak bergaji engkorang . 

PRU nak dekat . lagi senang kalau PTPTN dimansuhkan kan ? renung renungkan . dan selamat mengundi .

nota kaki : al-fatihah buat arwah ayah member .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...